Disebalik Pandemik Dan Musibah, Perjuangan RichWorks 2021 Membangkitkan Mereka Yang Terkesan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi serta dirindui sekalian. Tahun 2021 telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan pengalaman yang menjadikan kita lebih kuat hari ini. Walaupun disebalik melandanya pandemik yang sehingga kini memberi kesan kepada jutaan orang daripada sekecil-kecil kepada yang sebesar-besar impak kepada rakyat jelata, RichWorks terus bantu ramai bangkit.
