Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Buffet Ramadhan Murah. Papar semua catatan

Ramadan Tiba Lagi Bufet Meriah Kembali Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi lagi disayangi. Ramadan tiba lagi bufet mula memeriahkan suasana. Itu adalah lumrah yang kita akan hadapi sepanjang sebulan bulan Ramadan nanti. Walaupun tahun ini agak lain sikit kerana kena ikut SOP yang ketat sambil menjaga jarak dan juga kebersihan sentiasa cuci tangan bufet tetap berjalan. 


Buka Puasa Istimewa Dalam Normal Baharu di Lugar De La Boda @ Puchong

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi juga. Tinggal kurang dari beberapa hari sahaja lagi untuk tibanya bulan mulia bulan Ramadan. Kali ini kita masih meraikan bulan penih keberkatan ini dalam normal baharu. Semua kena patuhi SOP demi untuk putuskan rantaian Covid-19 ini. Tapi tetap meraikan suasana puasa dengan sederharna. 


Rasa Klasik Dan Asli Masakan Melayu Untuk Iftar Ramadan Di The Everly Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan pihak The Everly Putrajaya juga memberikan anda satu lagi pilihan untuk berbuka puasa. Kali ni hotel mewah yang terletak di kawasan strategik tengah-tengah Putrajaya dengan dikelilingi pusat beli-belah dan kawasan rekriasi ini menawarkan juadah berbuka puasa yang lebih klasik dan rasa kampung yang asli. 


Bertempat di Fuze Restoran level lobby hotel ni korang boleh nikmati lebih daripada 100 jenis juadah untuk berbuka puasa. Semua menu ini akan sentiasa ditukar setiap minggu untuk memberikan pengalaman makan yang berbeza untuk setiap kali kunjungan korang ker sini. Hidangan tradisional Melayu yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut membuat korang rasa serba salah tak cuba semuanya. 






Sebelum-sebelum ni Maha pergi berbuka puasa di sini mereka masih mengekalkan konsep dengan pelbagai buah gerai yang menyediakan pelbagai hidangan utama seperti Kambing Golek, Roti Canai dan Murtabak, Shawarma, Nasi Kerabu, Laksa Pinang, Sup Utara, Mee dan Kueh Teow Goreng, Cekodok dan Cucur Asli serta banyak lagi gerai. 



Cuma tahun ini mereka menampilkan kelainan dimana ada satu gerai yang dipanggil Korean Conner menyerdiakan Ayam Goreng Ala Korea. Ayam goreng Korea ini disalut dengan sos yang sangat pedas bagi kanak-kanak Maha rasa tak sesuai tapi untuk orang dewasa ok lah. Kemudian ia dilimpahkan lagi dengan cheese leleh yang cair di atas ayam tu. Nak tahu korang kena datang sini memang akan suka punya. 









Kat bahagian makanan utama ada pelbagai lauk-pauk tradisi Melayu seperti Asam Pedas Ketam, Daging Salai, Sambal Paru, Ikan Masak Steam, Tahu Sumbat, Pucuk Paku Goreng Belacan, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Ini untuk makanan berat dan membuat kita rasa tak boleh bangun kalau makan banyak hehehehe semua sedap belaka. 








Bukan sahaja ada masakan Melayu dalam bufet mereka kali ini tapi juga ada masakan India, Cina, Nyonya dan Eurasia. Ini kerana mereka nak meraikan kepelbagaian masyarakat yang datang dari pelbagai negara seluruh dunia. Kalau kat bufet buka puasa ni tak ada pencuci mulut tak sah jugakan.









Tahun ini mereka membawakan gerai yang menyediakan Apam-balik panas dan rangup juga gerai membuat waffle. Semua ni mereka buat live depan mata tetamu yang bakal datang dan makan panas-panas. Juga pelbagai kuih-muih tradisi yang manis-manis boleh dinikmati di sini. Berganding pula dengan pelbagai kek dan puding modern. Maha suka buah-buahan dan jeruk-jeruk di sini kerana ia segar dan masih rangup tengok lah.  

Harga Iftar Ramadan The Everly Putrajaya
RM108.00 nett untuk Dewasa
RM54.00 nett untuk kanak-kanak dan juga warga emas

Tempahan awal sebelum 1 Mei 2019
RM98.00 nett untuk Dewasa
RM49.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas 

Selain dari pada menjamu selera korang kat sini juga akan dijamukan dengan persembahan nyanyian daripada DUWA Music. Kalau kat sini korang jangan risau tentang parking memang banyak kat bahagian bawah hotel. Juga kemudahan bilik air dan juga ruang solat yang besar memudahkan untuk korang menunaikan kewajipan rohani. Bufet ini akan bermula dari tarikh 9 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 6:30malam hingga 10:00malam.   






Kalau yang datang atau nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai seperti syarikat, badan koporat atau keluarga yang besar korang boleh buka puasa khas di Bilik Banquet yang exclusive. Juga mereka ada sediakan pakej yang istimewa untuk siapa yang nak bermalam di hotel dan berbuka puasa sekali di sini. Kalau nak tahu semua tu boleh terus hubungi mereka. Korang kena datang tau best sini selesa. Selamat menjamu selera semua ok. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 6011-6318 6029
        03-88922921
        03-88922929 
E-mail : zikri.zuraimi@theeverlygroup com
              farah.hanis@theeverlygroup.com






Buffet Iftar Ramadhan Untuk Warga Kajang Dan Setempat Dengannya Dari Djarilicious Catering

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Untung warga Kajang kerana bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi boleh berbuka puasa dengan harga yang sangat murah. Bertempat di De'Orchid Glass Hall Tingkat Empat Plaza Metro Kajang akan menyajikan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Djarilicious Catering

Istimewa Selera Indonesia Berbuka Puasa Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi bakal menjelma dan sekarang tengah rancak promosi untuk bufet Ramadhan. Tahun ini Hotel Aloft Kuala Lumpur tidak mahu terlepas menawarkan hidangan istimewa bertema 'Selera Indonesia'. Selalu kita makan masakan tempatan jer kali ni boleh cuba utuk berbuka dengan juadah dari negara jiran.

Rencah Nusantara Bufet Berbuka Puasa Sempena Ramadan Di The Everly Hotel Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak bawa kepada korang satu lagi tempat untuk berbuka puasa yang tidak pernah mengecewakan setiap tahun. Mana lagi kalau bukan The Everly Hotel Putrajaya dengan tema tahun ini adalah Rencah Nusantara - 4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa.


Kenapa 4 chef dan 4 rencah apa yang Maha faham mereka memperkenalkan 4 orang chef dengan keistimewaan masakan tersendiri dari empat pelusuk tanah air. 4 chef tersebut adalah seperti Chef Ismail yang asal dari pantai timur semenanjung yang membawa masakan istimewa seperti Ikan Patin Masak Tempoyak dan Perut Masak Asam.


Manakala Chef Mario yang berasal dari utara tanah air yang memperkenalkan masakan istimewa mereka seperti Mee Kuah Daging. Seorang lagi Chef Syukri yang berasal dari selatan tanah air membawakan keistimewaan masakan seperti Asam Pedas Tetel Tulang Rawan dan Chef dari barat semenanjung iaitu Chef Jamal pula membawa menu minum petang yang popular seperti Apam Balik Crispy.



Itu baru menu yang istimewa tapi masih ada juga beberapa buah gerai, dimana terdapat chef akan masak secara live disitu. Gerai ini dibina dalam hotel itu yang akan membuatkan korang lebih rambang mata nak cuba semua. Seperti ada gerai Mee Goreng Mamak dan Kueh Teow Goreng, gerai Kambing Panggang, gerai Roti Canai, gerai Kebab, gerai Sup Gear Box, gerai buah-buahan dan gerai paling menarik adalah Sayur Campur Panas.






Dalam banyak-banyak semua menu ni yang paling Maha suka adalah Sup Gear Box dan juga Mee Sup mereka memang terbaik. Kuah yang terasa rempahnya bersama daging lembut serta pelbagai bahan boleh ditambah sebanyak mana ikut suka kita nak terlalu pedas atau pun kurang pedas.


Buffet buka puasa kali ini harga jauh lebih berbaloi dimana sekiranya anda buat tempahan sebelum 30 April 2018 ini harganya hanya RM88.00 nett. Manakala kalau tempahan selepas tarikh tu harga akan jadi RM98.00 nett. Bestnya pula kalau korang tempah untuk satu pejabat atau makan berkumpulan setiap 10 tempahan orang akan dapat 1 tambahan tiket percuma.








Bagi keluarga yang datang dengan kanak-kanak diantara umur 6 hingga 12 tahun serta warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan dapat diskaun 50% daripada harga asal. Jadi untung sangat kat situ memang jimat dengan pilihan makanan yang banyak bagi Maha ini sangat berbaloi. Bufet Ramadhan kat sini juga dijamin 100% Halal daripada JAKIM.





Bulan Ramadhan ini juga The Everly Putrajaya menawarkan pakej penginapan 1 malam dengan harga hanya serendah RM369.00 nett termasuk sekali dengan sahur dan buffet buka puasa bagi 2 orang. Wow sangat best untung mereka yang datang atas urusan kerja boleh menginap sini dan dapat tidur selesa serta dapat makan sedap-sedap lagi.





Nanti Maha akan ceritakan pengalaman Maha berbuka puasa di sini buat anda yang tidak pernah cuba dan rasa nak datang. Ini cuma pengenalan sahaja tau ada lagi yang banyak dan menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Selamat menjamu selera dan selamat menyambut bulan puasa semua. 

Harga :  
RM88.00 nett untuk dewasa (tempahan sebelum 30 April)
RM98.00 nett tempahan hari biasa
RM49.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 011-6318 6029
        03-8892 2929