Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready Kini Dalam Bentuk Bar

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Nutella, sapuan kacang hazel yang ikonik, telah memperluas rangkaian produknya dengan Nutella B-Ready, iaitu produk biskut yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia. Direka khusus untuk mereka yang sentiasa aktif dan sibuk serta mereka yang ingin mendapatkan makanan ringan antara sajian utama, Nutella B-Ready baharu merupakan penyelesaian yang sesuai dan tepat.


OMG, Munchy Meraikan Ulangtahun ke 30 Dan Sertai Peraduan Oh Munchy's Goodness Scan, Play & Win

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selama 30 tahun Munchy's telah menyebarkan kebaikan dengan ciri khasnya. Menawarkan biskut yang enak dan sihat yang dibuat untuk semua orang dalam keluarga, jenama biskut No.1 Malaysia telah mencipta banyak saat gembira yang menghubungkan orang-orang bersama.


Tengok Sahaja Dah Terliur Belum Rasa Lagi Mesti Nak Berkali-kali Cookies By Chef Jo

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bukan semua orang ada kemahiran dalam menghasilkan biskut atau kuih raya kerana ia memerlukan pengalaman. Bukan macam masak lauk-pauk boleh main campak-campak sahaja dah masakan ikut firasat. Tapi itulah yang Maha buat kalau memasak lauk kat rumah, tak tahu korang pulak macam mana. Terus terang Maha cakap untuk buat biskut dan kuih raya ini sangat remeh dan juga perlu ketelitian.

GoodMorning VHalia 18 Bijirin Minuman Sejuta Khasiat Juga Boleh Buat Biskut

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu korang kalau pagi-pagi ada tak minuman tambahan yang korang ambil untuk memastikan sentiasa bertenaga sepanjang hari. Sekarang ni Maha tengah mencuba satu minuman bijirin yang nampak macam bagus ditambah lagi dengan Halia Buluh didalamnya.


Inilah dia minuman GoodMorning VHalia 18 Bijirin adalah minuman halia-bijirin yang komprehensif dengan 18 jenis bijirin serta halia yang berkualiti tinggi. Ok Maha senaraikan 18 bijirin yang ada dalam minuman ini Job’s Tears, Beras Merah, Biji Teratai, Biji Rami, Bijan Hitam, Walnut, Biji Chia, Kacang Soya Hitam, Kernel Aprikot, Berat Pulut, Beras Perang, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Barli, Kacang Mug, Kacang Hijau dan Lentil.


Semua ini kalau kita study sikit ia bagus untuk organ dalaman seperti jantung, peparu, buah pinggang, limpa & perut dan hati. Jadi ia memang menjaga semua sekali tapi kenalah minum dengan konsisten kalau setakat minum sebulan lepas tu nak sihat dan baik memang tidak lah.


Tapi sebab apa nama minuman ini VHalia 18 Bijirin paling utama adalah Halia. Mereka menggunakan bukan halia biasa yang kita buat masak kat dapur tapi ini adalah Halia Buluh yang boleh didapati di negara Taiwan. Halia Buluh ini mempunyai aroma dan rasa yang pekat sebab itu bila korang bancuh minuman ini ia lebih pekat dan bau yang kuat.


Tak apa sapa yang suka halia memang tak ada masalah apabila habis hujung minuman akan ada rasa pedas sedikit. Halia ini tujuannya untuk memanaskan badan, penghadaman, menggalakkan peredaran darah dan anti-inflamasi dan selsema.


Jadi memang minuman ini bagus untuk orang dewasa mahupun warga emas semua orang boleh minum tak ada masalah. Cara penyediaan minuman ini mudah sangat sebab ia dah dijadikan serbuk jadi hanya campurkan 3 sudu VHalia dengan 150ml air suam sahaja. Kacau sampai larut dan boleh minum waktu pagi boleh atau malam pun boleh.


Tapi Maha bukan sahaja minum macam tu setiap hari Maha jadikan satu resipi masakan menggunakan produk VHalia 18 Bijirin ni. Nak minum setiap hati tak berapa lalu sebab bau dan rasa kuat halia tu jadi Maha cipta satu resipi dan masih boleh nikmati VHalia ini.


Resipi tersebut adalah Biskut VHalia dan bahan-bahan yang digunakan sangat sikit tapi paling penting kena ada produk VHalia lah ok. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan.


Bahan-bahan:-
1) 2 cawan Tepung Gandum
2) 3 sudu VHalia 18 Bijirin
3) 125 gram Mentega
4) 1 cawan Gula Perang (dikisar)
5) ½ cawan air panas
6) 1 camca besar Madu

Dah cukup hanya ini sahaja bahan yang Maha gunakan untuk jadikan biskut yang boleh makan setiap hari tak rasa sangat halia. Cara penyediaan biskut ini pula sangat mudah pakai campur jer jom kita tengok pula cara nak masak.


Cara penyediaan :

1)    Satukan bahan tepung gandum, VHalia, mentega dan gula perang. Ingat tau gula perang tu kena kisar halus sebab nanti bila adun gula tu tak hancur dan biskut yang hancur. Gaul dengan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.


2)    Buat lubang di tengah adunan tadi untuk masukan air panas dan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati dan bagaikan menjadi doh adunan yang lembut.


3)    Pada waktu ini panaskan oven. Masa untuk membuat bentuk ikut suka kita nak buat bentuk apa. Maha sebab nak jadikan ia nampak biskut jadi buat bulat sebesar duit 50sen dan leperkan. Pastikan ia tidak tebal seperti mana yang Maha buat ia akan membuatkan biskut lambat masak.


4)    Sediakan satu bekas pembakar yang disalut dengan mentega untuk elak dari melekat. Susun pada jarak yang jauh sikit untuk pastikan ia tidak bercantum.


5)    Akhirnya masukan dalam oven dan masak pada suhu 200◦ selama 15 minit sahaja kalau tak tebal biskut tersebut.

Sekarang dah siap dan boleh dimakan masih ada bau halia yang kuat dan juga masih dapat rasa halia tapi dalam bentuk biskut ok lah sikit. Boleh bawa ke pejabat atau mana-mana sahaja untuk setiap masa menikmati VHalia ini.


Kalau korang rasa nak bawa dalam bentuk sachet pun mereka ada produk minuman ini dengan dalam satu pek tersebut ada 8 sachet hanya RM10.90. Ini untuk memudahkan kita minum setiap hari tak perlu sukat dah siap hanya masuk dalam cawan dan masuk air suam. Good Morning VHalia 18 Bijirin kini boleh didapati di Guardian, Caring dan kedai-kedai farmasi, anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian. Selamat menikmati minuman VHalia dan semoga anda mendapat manfaat kesihatannya. Maklumat selanjutnya: https://goo.gl/YJWRno. Selamat mencuba.






Nak Jadi Ejen Jual Famos Cookies Boleh Tambah Pendapatan Sampingan

Salam sejahtere kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama tak update blog ni rehat jer semenjak daripada sibuk raya hari tu sampai ker hari ni tak putus-putus jemputan rumah terbuka. Lemau macam lemaunya kuih raya hehehe. Tapi hari ni nak share peluang kepada suri rumah atau mereka yang nak buat business kecil-kecilan.


Famos Cookies yang cukup viral dan popular tu masih mencari kepada sapa-sapa usahawan yang mahu menjadi ejen jualan produk cookies mereka. Tak kisah lah anda suri rumah ker atau juga pemilik restoran atau butik pengantin boleh menjadi ejen mereka. Ini sebab cookies ini boleh dijadikan sebagai cenderamata, hamper juga goodies bag kepada tetamu.


Ye lah sebelum ni orang ingat bila jual cookies ni jer untuk beli nak makan sendiri. Tapi sebenarnya ia dah jadi lebih daripada biskut untuk makan sambil tonton tv. Tapi ia dah boleh jadi sebagai pemberian bermakna di hari bahagia anda.


Contoh pengantin yang nak buat goodies bag untuk tetamu cookies macam ni dah mula menjadi trend. Sebab Famos Cookies ini boleh disediakan dalam bekas botol yang kecil dan comel macam ni. Pastu boleh tampal sticker dan dihias dengan reben atau bunga pasti menarik. Pulak tu nampak exclusive dan mewah pada harga berpatutan.


Kalau nak letak dalam hamper juga sangat sesuai sebab selalu orang bagi makanan ringan yang tak tahu sedap atau tidak bukan. Jadi ambil Famos Cookies ni masuk sekali dalam hamper korang memang sesuai. Ada dalam pelbagai saiz botol yang cantik dan sesuai jadi hamper.


 


Tu belum masuk part rasa biskut ni kalau ikut pada penghayatan dan rasa yang Maha dan makan habis 3 botol memang sedap. Ini kerana ia adalah biskut home made yang menggunakan Beryl's Chocolate dan gula perang sebagai bahan utama mereka yang menjadikan biskut ini rasa sihat dan tidak terlalu manis.

Jangan risau cookies ini di datangkan dengan 4 rasa unik iaitu :-
1) Classic Choco Chips
2) Peanut Choco Chips (Dengan kacang tanah panggang)
3) Coconut Choco Chips (Dengan kelapa panggang)
4) Seeds Choco Chips

Bagi memastikan biskut ni terus menjadi pilihan ramai mereka juga telah melancarkan 2 lagi rasa baru iaitu Double Choco Chips yang menggunakan Dark Chocolate dan juga RV Choco Chips ini sangat istimewa iaitu menggunakan base Red Velvet. Jadi ia pasti akan menjadi kegilaan ramai pecinta coklat dan juga Red Velvet.


Harga sangat berpatutan ini harga untuk beli makan-makan kat rumah sahaja iaitu RM19.00 untuk botol 240gram dan RM25.00 untuk botol 310gram yang ni khas sempena musim perayaan sahaja. Tapi yang botol Maha peggang tu botol panjang berat 240gram. Cantik kan nampak botol pun menarik senang nak bawa mana-mana dan boleh makan bila-bila masa.

Pada yang nak jadi ejen tu harga korang lain lah dan ada tawaran istimewa. Nak tahu lebih lanjut korang boleh pergi ker Facebook atau Intagram mereka. jadi tunggu apa lagi peluang nak jana pendapatan tambahan sempena dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni. Jom kita cuba. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan dan maklumat lanjut layari :
Email : thefamoskitchen@gmail.com
Whatsapp : 012-7746433 / 016-6416433 (Pn Zeta)











Perkara Unik Tentang Packaging Viral Cookies Premium Buat Korang Jatuh Hati Sebelum Rasa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalu kita beli biskut tak kisahlah kat pasar raya ker atau kat mana-mana stokis mesti kita akan nampak botol plastik yang bertudung merah atau pun bungkus dalam bekas plastik putih yang tiada daya tarikan.


Tapi biskut keluaran Viral Cookies Premium ini membuktikan bahawa packaging memainkan peranan penting dalam menghasilkan satu-satu produk betul tak. Ia akan mempengaruhi keunikan dan keberkesanan marketing kepada pembeli. Itu adalah salah satu strategi kepada penjualan menurut kata pengusahan dan pemilik biskut ni Enchik KC.


Maha pertama kali tengok kepada kotak bungkusan biskut dikeluarkan sangat terpegun dan sangat mengujakan. Bukan setakat design yang menarik menggunakan tema biskut juga mesra pengguna. Sesuai sangat untuk dijadikan hadiah atau doorgift special dengan tidak perlu pembungkusan yang cantik.



Setakat ini terdapat 2 jenis biskut yang dihasilkan bawah produk Carleed ini iaitu Viral Cookies Premium Fantastic Four  dan juga Viral Cookies Premium Tat Nanas. Maha paling suka sekali adalah packaging untuk Fantastic Four ini sangat-sangat menarik dan juga senang untuk dibawa dengan adanya pemegang diatasnya. 


Kalau kita datang bertandang ke rumah jiran atau sedara mara bawa buah tangan seperti ini sangat-sangat sesuaikan. Kotak yang menarik warna yang tertarik pasti buat kita rasa tak sabar nak makan biskut dalamnya. Tu baru cite bab kotak dalam biskut ni pula ada 4 jenis variasi biskut yang pelbagai rasa. 



Gabungan 4 jenis biskut tu adalah Americano Walnut Chips, Blacky Oat Coffee, Strawberry Nutty dan Butterscotch Almond. So kalau kita beli satu kotak ini akan dapat 4 sekali gus memang seronok. Saiz biskut juga besar dan puas kalau kita dapat kunyah sambil tonton drama 'Biar Aku Jadi Penunggu'. Bagi Maha biskut macam ni bukan sahaja sesuai pada musim perayaan tapi juga sebagai minum petang atau kudapan.





Sekali Maha ngap biskut ni memang terasa rangupnya dan juga kegaringan kacang yang ada dalam biskut ni juga tidak begitu manis . Bagi Maha biskut ni kena ada kat meja setiap rumah senang nak hidang pada tetamu yang datang secara tiba-tiba kan.


Ada satu lagi biskut yang menarik keluaran Carleed ni iaitu Tat Nanas. Ini satu lagi kalau korang tengok kotak bungkusan biskut ini sangat-sangat kreatif. Menggunakan rupa seperti buah nanas dan bentuk yang ada daun nanas di atas sangat menarik. Cara nak buka kotak ni pun ada skill tau korang tengok video unboxing yang Maha sediakan ni. 



Dalam kotak Tat Nanas ni ada 15 biji tat untuk kotak percubaan. Tapi lepas sekali cuba pasti nak lagi kerana Tat Nanas ni tidak seperti tat biasa ia tidak mudah pecah bila dipegang dan hancur didalam mulut. Rasa nanas pun sedap dan tidak begitu manis jadi sesuai untuk semua peringkat usia.

Harga :
Tat Nanas = 200gram RM15
                    600gram RM35
Fantastic Four = RM25



Bagi Maha betul lah packaging yang menarik bukan sahaja membuatkan produk kita nampak exclusive tapi kita nak juga menjaga kualiti kepada produk yang nak di sampaikan kepada pembeli. Kalau biskut macam ni kita jual kat luar negara orang rasa tertarik tak mestilah kan, jadi tepuk dada tanya seleralah kan.


Buat korang dah mula jatuh cinta pada 2 Viral Cookies Premium ini boleh lah dapatkan secara online dan juga beberapa stokis yang telah menjual biskut ini. Ada juga beberapa stesen Petronas sekitar KL juga menjual biskut ni. Nak maklumat lanjut boleh dapatkan maklumat di Facebook dan Instagram Viral Cookies Premium ini. Selamat menikmati semua ok.

Maklumat lanjut dan untuk pembelian layari :
Tel :  013 9985 148






Ini Rupanya Biskut Gery Saluut Malkist Yang Viral Di Laman Social Tu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Patutlah sekarang orang duk perkatakan pasal Biskut Gery Saluut Malkist tu. Maha sendiri juga terjebak beli juga biskut ni sebab tengok kawan-kawan duk update kat facebook hari-hari makan biskut ni sedap sangat ker.



Sebelum ni usha-usha orang yang jual secara online jer ingat nak beli tapi dapat tahu yang kat Mydin USJ ada jual stock biskut ni terus pecut bawa kereta pergi beli kat sana. Tak mahal pun hanya RM3.20 sahaja satu pek plastik ni. 



Ada dua perisa lak tu yang satu tu biskut salut dengan keju Perancis yang sweet sangat dan satu lagi pula biskut salut dengan cokolat. Terus beli dua-dua perisa ni sebab nak tahu sedap sangat ker biskut ni. 



Balik sampai rumah terus buka dan rasa sendiri memang betul lah kata ramai orang biskut ni macam berhantu tau. Sekali makan memang tak boleh henti sebab sedap sangat rasanya. Walaupun kalau korang tengok mereka macam gunakan biskut kering biasa jer. Korang nak tahu kena cuba sendiri tak boleh nak dikatakan.



Biskut ini made from Indonesia yang diimport ker Malaysia. Biskut ni juga ada sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia yang telah diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. So boleh nikmati tanpa was-was. Lepas ni akan beli lagi selagi masih ada stock dan juga sebelum ia jadi lebih popular.