Barcook Bakery Bukan Sahaja Ada Roti Malah Lebih Daripada Itu
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha memang bab kalau nak buat pastry atau roti ni memang tidak menjadi lah kalau bakar tu keras membatu. Bukan sebab apa nak menguli tu tak pandai langsung pastu nak pastinya timing yang tepat untuk masukkan setiap bahan. Jadi nak senang Maha memang pergi beli sahaja kat kedai dah pasti sedap dan juga kena dengan selera.

