Hogoh De Coco Paya Pulai Drive Thru Boleh Duduk Makan Pun Boleh
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada cite pasal Coconut Shake yang original terbaik di negeri Pahang negeri kelahiran Maha iaitu Hogoh De Coco tapi cawangan yang kat Temerloh Jaya tu dah tutup. Jadi balik cuti raya hari tu gigih juga cari rupanya mereka dah ada buka kat tengah bandar Temerloh. Ia terletak betul-betul depan Plaza Temerloh kalau orang sana tahu lah plaza tu hehehe. Cuma kat situ tak boleh minum kat restoran ia hanya untuk walk-in dan drive thru sahaja.

