Terbaru Terkini

Cara Rebus Nasi Impit Lebih Cepat Dan Jimat Gas

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Ada satu tips yang sempat Maha belajar dan praktikkan. Kalau ikutkan tips ni dah lama dikongsikan tapi baru tahu. Mungkin ramai kawan-kawan luar sana dah tahu pasal tips ini. Bagaimana nak masak Nasi Impit agar dapat jimat gas memas dan juga dapat masa dengan sempurna.


Sensasi Bakeri Kegemaran Korea : Tous Les Jours Buka Cawangan Baharu Di Sunway Pyramid Dan Sunway Velocity

Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira untuk mendapat berita bahawa Tous Les Jours, kafe bakeri yang diiktiraf global, akan membuka dua cawangan baharu yang amat dinanti-nantikan. Kedua-dua pembukaan ini merupakan lokasi terawal yang dibuka di Malaysia berikutan termeterainya perjanjian francais induk dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings, pada bulan Januari 2025. Tous Les Jours sekali lagi akan menawarkan pilihan pastri, kek dan roti yang serba menarik di lokasi perdana Sunway Pyramid dan Sunway Velocity.


'Sajikan Dengan Keaslian, Jadikannya Rasa Italian' Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B.I.G. Publika

Keceriaan suasana, aroma yang memikat, dan keaslian rasa Itali kini boleh dinikmati di majlis pelancaran "Make It Authentically, Make It Italian," yang merupakan acara kolaborasi antara The Food Purveyor (TFP), Kedutaan Itali Kuala Lumpur dan Agensi Perdagangan Itali (ITA). Berlangsung di Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Publika pada 10 Jun 2025, di mana pencinta-pencinta makanan dijemput untuk merasai sendiri kehebatan sajian Itali melalui demonstrasi masakan yang menarik, pemberian sampel produk makanan, dan pameran barangan premium ‘Made in Italy’.


Kini Boleh Dapatkan Produk Halal Dari Indonesia Dengan Mudah di IndoGrocer

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kat Malaysia ni nak cari Bakso daging yang sedap dan juga betul-betul ikut citarasa dari negara jiran agak susah. Kalau ada pun mungkin harganya yang agak lebih tinggi dari biasa. Jadi solusinya buat sendiri sahajalah kat rumah. Cuma nak buat tu tak tahu caranya nak jadikan sesedap yang dijual.


Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Banyak sumber alam yang boleh dijadikan makanan sehingga peribahasa menyatakan 'Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup'. Tuhan dan jadikan pelbagai sumber alam semulajadi terutama selepas hujan. Tumbuh meliar didahan pohon getah yang telah mati.


Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai

Siapa sangka masakan Malaysia mendonia apabila menerima Anugerah Emas pada pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 di Dubai baru-baru ini. Lagi indah apabila masakan Nasi Kerabu dipilih sebagai 'The Best National Cuisine in the World' dalam pertandingan tersebut.


Kedai Serbaneka Thailand Terbesar Di Kuala Lumpur, Thai Street Mart

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Last sekali Maha pergi bercuti ke negara gajah putih ini pada bulan Februari lepas bersama kawan-kawan pepon. Masa tu kami pergi kat kepulauan paling popular iaitu Phuket. Memang meriah dan penuh dengan pelancong dari pelbagai negara dan disesakkan lagi dengan cuaca yang sangat panas. Sangat mencabar datang bercuti di sana pada masa tu.


Lactalis Memperkenalkan PRIDE Family Milk Powder Di Malaysia

Keluarga di Malaysia yang sedang mencari susu tepung berkhasiat dan lazat kini bolehlah tersenyum gembira! Lactalis, syarikat tenusu terkemuka dunia berbangga untuk mengumumkan pelancaran PRIDE Family Milk Powder di Malaysia – satu penanda aras dalam misinya untuk membekalkan generasi masa depan dengan kualiti dalam nutrisi harian mereka.


Masih Tersenarai Dalam 'Top 10 Most Engaging Food Reviewer in Malaysia'

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama juga tiada update terkini kat blog Maha ni. Almaklumlah sibuk dengan kerja hakiki. Tapi minat menulis manis tidak dilupakan terus semangat walaupun jarang-jarang. Namun masih ada lagi pembaca dan juga mereka yang merujuk kepada blog Maha untuk cari tempat makan. Walaupun disaingi dengan sosial media yang lain.


Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Salam sejahtere kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tahun 2025 masih lagi tiada rumah idaman. Kai ini Laman Sendayan 2 terletak di Bandar Sri Sendayan sebuah perbandaran yang dibina untuk masa depan mampan, bertenaga dan direka dengan teliti untuk keluarga bahagia.


Mengandungi DNA Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan pengimport menarik balik produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dari pasaran tempatan.

Berdasarkan siaran media rasmi BPJPH, hasil pemantauan bersama dengan BPOM mendapati 11 'batch' daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi (porcine) melalui analisis makmal.

Penemuan ini telah mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan pengguna Muslim termasuk di Malaysia, khususnya berkaitan tahap ketelusan sistem pensijilan halal antarabangsa.



Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) bertindak pantas dengan mengeluarkan surat pemanggilan rasmi kepada pengeluar dan pengedar produk-produk terlibat untuk segera menarik balik produk tersebut dari pasaran.



Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengeluarkan kenyataan rasmi pada 22 April 2025 yang menyokong penuh tindakan BPJPH dan BPOM, serta mengambil langkah pemantauan bersama agensi agama negeri untuk memastikan produk-produk terbabit tidak berada dalam pasaran tempatan.



JAKIM menyeru orang ramai turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sekiranya menjumpai produk tersebut di pasaran.

Aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM melalui pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do