nuttela.Coklat,
Riangkan Pagi Dengan Aneka Botol Selamat Pagi Nutella Edisi Terhad
Dalam dunia kini, pagi adalah waktu paling sibuk, padat dengan kesesakan lalu lintas serta menguruskan rutin harian. Oleh itu, Nutella ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bertenang seketika, kembali menikmati keseronokan bersarapan, dan mulakan hari dengan aura positif bertemankan 3 aneka botol edisi terhad Selamat Pagi Nutella yang menarik, empat resipi inspirasi lokal, dan kolaborasi sarapan bersama Grumpy Bagels untuk suatu tempoh terhad.
Malaysia memiliki sebahagian daripada landskap dunia yang sangat indah seperti gunung-ganang yang menggapai awan, hamparan tasik yang mendamaikan serta pantai jernih yang menakjubkan. Sarapan tradisi yang sering dihidangkan seperti nasi lemak dan roti canai, menggambarkan kekayaan warisan budaya pelbagai etnik negara ini. Kepelbagaian inilah yang menyuntik inspirasi kepada Nutella untuk memperkenalkan aneka botol edisi terhad, yang menampilkan landskap matahari terbit dari tiga lokasi ikonik termasuklah Gunung Kinabalu di Sabah, Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, dan Pulau Perhentian di Terengganu yang boleh didapati bermula dari 1 Julai di seluruh negara.
Setiap botol turut disertakan dengan kod QR yang memberikan resipi inspirasi tempatan untuk semua peringkat kemahiran, baik mereka yang baru belajar memasak mahupun untuk yang sudah pakar di dapur. Resipi yang ada termasuklah French Toast Roti Canai, Fruit Wrap Roti Canai Nutella, dan Roti Celup Telur Nutella. Sebagai sebahagian daripada kempen, Nutella bekerjasama dengan seorang cef, yang merupakan pemenang anugerah terkemuka di Asia Tenggara, Reynold Poernomo untuk mencipta resipi Roti Canai Bakar dengan Nutella – cita rasa gabungan budaya masakan Malaysia dengan keenakan sapuan Nutella yang kaya dengan kacang hazel dan kokonya.
Diane Gan, Ketua Pemasaran Jenama Kluster Nutella, Asia Tenggara dalam kenyataannya berkata, “Untuk kebanyakan orang di Malaysia, waktu pagi mereka selalunya begitu rutin, kelam kabut dan sentiasa berulang-ulang. Inilah yang perlu dihadapi terutamanya oleh para ibu dalam menguruskan rutin harian anak-anak mereka, dengan menyiapkan mereka untuk ke sekolah, di samping memastikan mereka ceria semasa memulakan hari mereka. Kami memahami bahawa memikirkan hidangan untuk sarapan pun boleh menjadi satu tekanan harian.
Dengan kempen Selamat Pagi Nutella, kami berharap dapat mengurangkan tekanan tersebut dengan memperkenalkan resipi sarapan yang ringkas, inspirasi daripada tempatan yang mampu menambah keseronokan dan kemesraan semasa bersarapan dengan seisi keluarga. Sama ada hidangan roti canai yang mudah atau sekeping roti bakar dengan Nutella, kami berhasrat untuk membantu setiap keluarga mengembalikan kegembiraan semasa bersarapan dan menjadikan momen di waktu pagi lebih bermakna. Ini kerana, apabila pagi dimulakan dengan aura yang positif, sepanjang hari akan menjadi lebih ceria.
Bagi menambahkan lagi keriangan pagi, Nutella bekerjasama dengan Grumpy Bagels untuk memperkenalkan Yuzu Cream Cheese Bagel dengan Nutella, yang memberi kelainan pada rasa dan kesegaran kepada menu di kafe bermula dari 1 sehingga 14 Julai. Pelanggan yang membeli bagel tersebut dan berbelanja minimum sebanyak RM100 di kafe turut berpeluang memutarkan roda dan memenangi hadiah eksklusif – agar mereka lebih teruja melalui pengalaman bersama Selamat Pagi Nutella. Hadiah yang disediakan termasuklah Beg Tote Nutella x Grumpy Bagel, Baju-T Nutella x Grumpy Bagel, set ganjaran Nutella x Grumpy Bagel edisi terhad, Nutella B-Ready, dan Biskut Nutella.
Sepanjang kempen ini.
Nutella menjemput rakyat Malaysia untuk memeriahkan lagi hari mereka dengan mencuba pelbagai resipi enak sarapan pagi yang boleh didapati di laman web Nutella atau meluangkan masa bersama yang tersayang dan berkongsi pengalaman positif dengan mengetag Nutella di Facebook atau Instagram. Bagi mereka yang berada di sekitar Lembah Klang, anda boleh berkunjung ke Grumpy Bagels dan membuat mereka tersenyum apabila anda memesan Yuzu Cream Cheese Bagel dengan Nutella edisi terhad. Aneka botol Selamat Pagi Nutella edisi terhad yang memaparkan landskap ikonik matahari terbit di Malaysia boleh didapati dalam saiz 68g di cawangan kedai terkemuka seluruh negara mulai Julai 2025. Untuk ketahui lebih lanjut tentang kempen Selamat Pagi Nutella, sila layari www.nutella.com/my/.
0 Pandangan: