Ambassador in Our Hand,
FiTA UiTM Perkasa Tradisi Dan Budaya Bersama Komuniti Orang Asli
Selaras dengan seruan Kerajaan Madani untuk terus memberi perhatian kepada masyarakat Orang Asli, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana menyahut inisiatif tersebut melalui penganjuran program CASA X Ambassadorial: Tradition in Our Heart, Ambassador in Our Hand.
Dekan FiTA, Profesor Madya Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahaya, menyatakan bahawa program ini berpotensi menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sahsiah dan pemikiran pelajar melalui penglibatan aktif bersama komuniti luar, khususnya masyarakat Orang Asli/Asal. Ia bukan sahaja memperluas ruang komunikasi dan pemahaman budaya, malah membina hubungan yang berteraskan keikhlasan dan kepercayaan. Jalinan ini dijangka dapat mengukuhkan hubungan antara pelajar FiTA dan komuniti secara berterusan dan bermakna.
Sementara itu, Koordinator Bidang Pengurusan Industri Kreatif, Dr. Hazlin Anita Zainal Abidin, menyatakan bahawa pemilihan tema program ini mampu memberi impak yang signifikan serta membuka peluang kepada pelajar untuk mengenali kumpulan minoriti ini secara lebih dekat. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap kepelbagaian budaya, malah melalui aktiviti seperti lawatan ke perkampungan Orang Asli, hubungan antara pelajar dan komuniti luar dapat diperkuat. Dalam masa yang sama, ia turut memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis.
Program ini bertujuan menyatukan elemen seni kontemporari dengan warisan budaya, dan dianjurkan oleh pelajar Pengajian Pengurusan Industri Kreatif. Pelbagai pengisian menarik yang meraikan kepelbagaian budaya dan kreativiti pelajar bakal berlangsung, antaranya: Lentera Budaya: Budaya Malam Warisan, CINEMOVE: Layar Kita, Cerita Kita, Lintas Loka: Jiwa, Alam dan Warisan Orang Asli, Majlis Anugerah Dekan: Shine & Excellent, dan Ambassadorial Arts Night Award: Celebrating Creative Excellence.
Kesemua program ini akan berlangsung dari 2 hingga 5 Julai 2025 bertempat di Ruang Eksperimental FiTA (REF), UiTM Puncak Perdana. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial Instagram di @serenosproduction atau @kitahouse.official, atau hubungi Nur Diyana Ismail, Pengarah Promosi dan Publisiti di talian 011-37711584.
0 Pandangan: