Halal,
Kedai Serbaneka Thailand Terbesar Di Kuala Lumpur, Thai Street Mart
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Last sekali Maha pergi bercuti ke negara gajah putih ini pada bulan Februari lepas bersama kawan-kawan pepon. Masa tu kami pergi kat kepulauan paling popular iaitu Phuket. Memang meriah dan penuh dengan pelancong dari pelbagai negara dan disesakkan lagi dengan cuaca yang sangat panas. Sangat mencabar datang bercuti di sana pada masa tu.
Sekarang rasa rindu pula nak datang sana tapi almaklumlah kerja pula tengah banyak. Paling rindu adalah makanan halal di sana. Semua orang tahu yang Thailand sangat popular dengan makanan enak-enak. Kalau datang tak cuba makanan Halal memang rugi. Terutama ramai orang Malaysia kalau datang akan beli makanan di 7Eleven di sana.
Tapi kini, Maha tak perlu lagi terbang jauh ke Thailand kerana Thai Street Mart membawakan pengalaman makanan jalanan Thai yang sebenar terus ke Malaysia. Sebelum ni ada satu sahaja tak silap kat Bukit Bintang. Tapi sekarang dah banyak cawangan kedai sebaneka ini. Kat area Bandar Sri Permaisuri pun dah ada satu buka. Jadi Maha teruslah serbu ker sana.
Kedai sangat bersar dan kemas tapi barang masih belum banyak lagi. Barang-barang yang Maha cari adalah jual kat dalam kedai tu. Paling best cari mereka punya CP Burger yang popular. Kalau kat Thai Street Mart ni Insha Allah semua yang dibawa masuk ada Halal. Jadi tak risau nak ambil untuk beli. Cuma harga biasa sedikit mahal, tapi berbaloi untuk hiangkan rasa rindu nak makanan jajan-jajan dari Thailand.
Selain makanan dan minuman kat situ juga ada jual alat solek. Cuma tak banyak pilihan masih baru kot. Tapi orang Malaysia pun suka beli alat solek kat sana. Bedak ada, shampoo ada, pencuci muka ada dan macam-macam lagi lah.
Cuma satu korang kena cuba mereka punya minuman Thai Tea dan juga Macha Green Tea memang pure sangat. Pekat dan rasa seperti orang Thailand yang buat. So lepas ni kalau rasa rindu nak cari makanan Thailand boleh datang ke Thai Street Mart macam-macam ada dalam tu. Ia juga berdekatan dengan rumah jadi tak perlu pergi jauh-jauh.
0 Pandangan: