Dapur,
Resipi Soda Jelly Asam Boi Yang Dah Viral
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama tak update blog ni rasa dah macam bersawang sangat tapi tak apa kita gagah juga walaupun macam-macam perkara dihadapi sekarang. Nak update kali ni satu resipi yang dah viral oleh seorang pempengaruh popular di Malaysia.
Nama resipi ini Soda Jelly Asam Boi. Minuman ni viral tak silap nama asalnya dia Air Limau Kasturi. Ramai orang suka minum time panas-panas. Tak silap ada jual kat area Sri Kembangan. Tapi Maha tak pernah cuba cuma Maha ambil resipi ni daripada akaun TikTok @chesayang_kitchen. Dia selalu lalu FYP Maha jadi teringin nak cuba dan kita kongsi kat sini harap halalkan yer resipi ni.
Bahan untuk buat jelly limau ni.
- 1 liter Air (sukat guna botol besar)
- 1/2 paket Serbuk Agar-agar (5 gram)
- 1 senduk Cordial Lemon
- Sedikit Pewarna Kuning
- 1/2 senduk Gula
Bahan untuk campuran
- 2 biji Jus perahan Limau Kasturi
- 1.5liter Minuman Aiskrim Soda
- Asam boi
- Limau kasturi
- Biji selasih (telah rendam)
Cara-cara nak buat Soda Jelly Asam Boi
1) Sediakan periuk atas api perlahan dengan 1 liter air, masukkan serbuk gar-agar, masuk cordial Lemon, pewarna kuning dan gula.
2) Gaul sekata dan masak sehingga ia mendidih. Bila dah mendidih boleh masuk dalam bekas asing untuk disejukkan.
3) Masukkan biji selasih dalam air dan rendam sehingga kembang.
4) Bila bahan jelly tadi sudah mengenyal dah boleh dihidangkan.
5) Cara hidangan boleh isi mangkuk dengan ais batu, tuangkan minuman aiskrim soda, cedokkan jelly yang mengenyal tadi dan masukkan dalam mangkuk berisi ais.
6) Masukkan pula jus limau kasturi, asam boi, dan juga biji selasih
7) Siap boleh makan dengan penuh nikmat
Resipi mudah dan juga membuat hari kita lebih segar. Kalau tak nak buat korang pergi lah beli sahaja kat gerai yang terletak di Sri Kembangan tu. Maha cuba kongsikan daripada resipi yang viral harap di Halalkan. Selamat mencuba semua.
0 Pandangan: