Buka Puasa,

Ramadan Tahun Ni The Manhattan FISH MARKET Hidangkan Menu 'Iftar Ceria'

Sabtu, Mac 09, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat pecinta makanan laut yang memang kalau setiap kali ada promo mesti tidak pernah ketinggal korang kena cuba ini. Restoran pakar dalam makanan laut gaya Amerika yang mempesonakan dan makanan laut yang segar-segar, The Manhattan FISH MARKET menyediakan menu baru sambut Ramadan.



Nama set menu baharu ini pun dan ceria dan buat korang rasa tak sabar-sabar nak cuba. 'Iftar Ceria' memang betul-betul ceria dibuatnya. Pilihan yang menarik dan juga kali ni membawakan rasa autantik yang unik korang kena nikmati betul-betul. Maha diberi peluang mencuba menu baharu mereka ni baru-baru ini dan memang mula-mula agak rasa lain tapi bila dah makan dan terus makan baru dapat rasa yang sebenar.




Kali ini Iftar Ceria membawakan Cilantro Pesto Shrimp Pasta dan Green Mojo Baked Dory. Kalau korang yang suka rasa pedas boleh cuba Green Mojo Baked Dory yang sesuai dimakan bersana nasi istimewa mereka. Ikan Dori yang dibakar dan disadur dengan sos Green Mojo penuh dengan cili hijau. Manakala pada yang suka kurang pedas Cilantro Pesti Shrimp Pasta pilihan terbaik. Tapi awas pada yang alahan kepada kekacang makan ini tidak sesuai dengan korang. Hijau tu daripada daun Ketumbar dan penuh udang segar.




Dua pilihan menu ini sesuai untuk makan secara sendiri atau juga dalam set Iftar Dua Rasa. Kalau ambil set dua tu korang akan dapat sekali dengan dua Wild Musroom Soup dan dua minuman Ice Peach Tea. Paling sesuai dipadankan dengan dua jenis minuman baharu mereka iaitu Lychee Mint dan Mango Tango Pop tapi harga lain lah. Ia sangat segar dan menyegarkan. 





Pada yang datang dua ke tiga orang korang boleh ambil set Baked Spicy Seafood Platter. Rasa sauce cili mereka pedas yang agar pedas juga tapi masih boleh terima oleh tekak orang Melayu. Dalam satu bakul tu ada pelbagai jenis makanan laut seperti Udang, Sotong, Mussels dan Dory Flitter. Juga dalam tu ada Shimeji Mushrooms dan sayur campur. Bagi Maha kalau makan dengan nasi kena tekak Maha kalau makan bergitu sahaja pedas tu menyucuk hehehe.



Promo menu untuk Ramadan ini hanya ditawarkan sehingga 21 April 2024 di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET. Apa lagi serbu lah masa nak buka puasa ni kerana ia memberikan kelainan pada rasa waktu berbuka puasa. Jangan lupa kongsikan berita menarik ini dengan rakan dan keluarga anda. Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa semua. 







0 Pandangan: