Brunei,

Nak Mencuba Sajian Negara Brunei Dan Malaysia Ramadan Ini Boleh Datang Ke Santapan Ummis Hijau Kasturi

Rabu, Mac 06, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang pernah cuba masakan orang Brunei? Kalau Maha memang tidak pernah dan ini pertama kali dapat rasa masakan Brunei. Jom kita cuba sempena dengan Ramadan akan datang restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi membawakan gabungan sajian desa dua negara ini.



Meneruskan konsep bufet untuk buka puasa Ramadan akan bermula pada 13 Mac 2024 hingga 8 April 2024. Dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam. Kali ini membawa tema Sungkei Di Desa: Air Tangan Ibu. Terdapat lebih daripada 45 jenis hidangan gabungan masakan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan nanti. 




Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka.




Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar dan banyak lagi.




Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi. Juga ada Mee Kari Nyonya, Rojak Buah, Kuih Popiah Goreng, Cucur Udang Rangup dan macam-macam lagi.





Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.




Harga promosi ‘Early Bird’ RM 50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024. Harga normal pula adalah sebanyak RM 59.90 nett untuk dewasa dan RM25.00 nett ditawarkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah serta warga emas berumur 60 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma. Namun bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan untuk tempahan awal.





Selain itu, buat mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Pelbagai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging.Berharga RM19.90 bagi 500gm, semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan. Info lain restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau sebarang acara hubungi:
Tel: 03-40324383 (pejabat)
Tel: 017-6534133 (operasi) 
Tel: 011-23058511 (pengeluaran/production)

Alamat: 
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, 
No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.








0 Pandangan: