Food Review,

Nikmati Satay Paling Sedap Di Shah Alam Iaitu Satay Bakar Seksyen 13

Isnin, Januari 15, 2024 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau sebut satay korang akan nak makan satay kat mana? Cuba share lokasi dan pengalaman korang makan satay paling sedap yang pernah korang rasa. Kalau Maha setakat ni yang dah jumpa dan dah datang makan adalah Satay Bakar yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.



Hari tu Maha pergi jalan area Shah Alam kat stadium tu and rasa mengidap nak makan satay. Pusing punya pusing jumpalah restoran Satay Bakar. Tak tahu macam mana rasa Google tengok review setakat ni Alhamdulillah ramai kata satay sini besar dan juga tiada lemak. Jadi teruslah masuk dan nak cuba makan kat sini. 




Bila masuk kedai tak besar pun just simple dan nice dekorasi tak terlalu heavy dan juga ia ada dua tingkat tau. Bahagian bawah lebih kepada untuk makan-makan dan juga bahagian atas lebih kepada untuk nak adakan acara atau majlis yang melibatkan ramai orang. Mungkin dalam 20-30 orang kot boleh muat atas tu. Juga siap ada kemudahan tandas dan juga ruang solat yang selesa.




Sempatlah berborak kejap dengan owner kedai saja nak tanya bila restoran Satay Bakar ni beroperasi. Ia bermula Februari 2020 hanya jualan kiosk kecil-kecilan di Seksyen 13 dan juga Seksyen 2. Namun kini, Satay Bakar mengorak langkah dengan membuka restoran pertamanya ini di Seksyen 13 Shah Alam. Masih kekalkan menu utama mereka iaitu Satay Bakar tanpa lemak. Proses daripada penyediaan daging dan perapan semua dihasilkan sendiri. Daging tu diperap dengan 8 jenis rempah ratus yang buat ia begitu sedap. Kat sini bila ada order baru mereka mula memasak satay jadi ia lebih sedap dan panas-panas.



Kat sini ada banyak set satay yang boleh koran nak pilih seperti Satay Bakar Couple Set yang ada 2 ketul nasi himpit, 2 minuman dan juga boleh pilih nak 20 cucuk satay ayam atau daging atau juga mix. Satay ni terletak bukan sahaja pada perapan dan juga pemilihan daging tapi juga pada kuah kacang yang disediakan. Kuah sini pekat yang tidak kedekut kacang yer sangat sedap tak pedas dan tak manis sangat.
Couple Set 



Satay Arnab Dan Satay Itik

Selain daripada satay daging atau ayam kat sini juga ada jual satay lain seperti satay Kambing, satay Arnab dan juga ada satay Cendawan. Nak bezakan satay ni korang tengok pada lidi penyucuk tu akan ada warna jadi setiap warna berbeza ikut jenis sataylah. Kalau korang bernasib baik menu satay bermusim ada juga seperti satay perut, satay kerang, satay lidah, satay udang dan satay itik. Kena tanya kat kaunter masa nak order menu bermusim ini. 



Hati tu Maha datang dengan kawan jadi Maha order Couple Set yang ada 10 cucuk satay Daging dan 10 cucuk satay ayam. Daging yang digunakan pula adalah daging Tenderloin yang tidak liat dan lembut bila dibakar. Saiz satay pun besar boleh tahan kalau satu cucuk tu RM1.40 untuk satay ayam dan RM1.90 untuk satay daging Tenderloin.

Nasi Lemak Telur Mata


Kat sini ada juga menu lain yang boleh makan dengan satay tau iaitu Nasi Lemak. Korang pernah makan Nasi Lemak dengan satay?. Juga baharu tahun ini mereka perkenalkan menu dessert Kek Coklat bersama dengan Airkrim Vanilla. Best lah makan. Minuman Maha boleh cadang pada korang cuba minuman Air Bunga Telang. Memang sangat menyegarkan dan memberi rasa yang seimbang lepas makan satay panas-panas tu. 

Air Bunga Telang

Kek Coklat Dengan Aiskrim Vanilla


Kenyang sangat makan satay kat sini sebab saiz sangat besar dan juga tiada lemak. Korang yang duduk area Shah Alam boleh datang cuba makan sini kerana ia buka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Hari Rabu merea tutup tak silap Maha korang boleh tanya kedai kot dengan tel no yang ada ni ok. Nak buat tempahan pun boleh juga atau nak delivery ke rumah pun boleh. Nanti kalau dah cuba boleh tinggal komen di sini ok. Selamta menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Tel :012-3349149








2 ulasan: