Anime,

POP MART Terus Perluas Operasi Di Asia Tenggara Dengan Pembukaan Gedung Pertama Di Malaysia

Isnin, Mei 29, 2023 Mahamahu 0 Comments

POP MART, syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara.



Jenama tersebut telah mengalu-alukan penyertaan cawangan runcit terbaharunya hari ini dengan pembukaan rasmi gedung POP MART pertama di Malaysia di tingkat lima pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL) di Jalan Bukit Bintang.

Presiden POP MART Global, Justin Moon, telah merasmikan majlis memotong reben bersama Pengarah POP MART South Asia Pte Ltd, Tan Tong Hong, Pengurus Besar POP MART Malaysia Sdn Bhd, Max Tan dan Pengarah Kanan, Bahagian Penyewaan Pavilion KL, Lovell Ho.



Malaysia ialah pasaran terbaharu di rantau ini yang menjadi tumpuan POP MART selepas jenama tersebut bertapak di Singapura – gedung POP MART telah dibuka di Funan, Singapura pada 2021. POP MART telah menceburi pasaran Malaysia buat pertama kali pada awal 2021 menerusi gedung e-dagang rentas sempadan. Dalam tempoh dua tahun lepas, syarikat telah mengembangkan pasaran Malaysia dalam usaha membina landasan yang kukuh bagi membuka gedung fizikal tempatan.

Justin Moon POP MART Global President


Pembukaan gedung Malaysia membuka lembaran baharu dalam peluasan perniagaan POP MART di Asia Tenggara. Malaysia berpotensi besar sebagai sebuah pasaran utama bagi kami selepas Singapura,” kata Moon. “Kedua-dua negara mempunyai budaya tempatan yang sebanding dan juga pasaran pengumpul koleksi mainan seni yang agak besar. Kami boleh memanfaatkan pencapaian kami di Singapura untuk membina operasi di Malaysia, dengan potensi meluaskan perniagaan ke negara-negara jiran yang lain.” 

Gedung POP MART Pavilion KL seluas 146 meter persegi (1,569 kps) ini telah direka bentuk untuk menarik hati golongan dewasa muda dan milenial dengan lampu warna RGB berubah-ubah di pintunya dan juga reka hias dalaman yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Rangkaian barangan di POP MART Malaysia termasuk produk edisi terhad bagi peminat tempatan seperti DIMOO Mango Jelly (Jeli Mangga) Plus , SKULLPANDA Dark Maid Edisi Terhad 100%, Labubu Shepherd Edisi Terhad 100% dan bahan koleksi popular lain. 



POP MART juga meraikan satu lagi detik penting hari ini, iaitu hari jadi DIMOO, salah satu IP (harta intelek) utama dan watak paling disayangi jenama ini. Para peminat boleh menebus pelbagai cenderahati DIMOO dengan pembelian yang dibuat dan lebih penting lagi, menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk memiliki Siri Retro DIMOO, yang dibawakan secara eksklusif di POP MART Pavilion KL hari ini.

POP MART bercadang untuk terus meluaskan pasaran Malaysia dengan membuka lebih banyak gedung fizikal dan mesin layan diri (robo shop) di lokasi-lokasi utama di Malaysia, selain daripada saluran dalam taliannya. Sejak melancarkan perniagaan globalnya pada 2018, POP MART sentiasa memberi keutamaan kepada pasaran Asia Tenggara. Menurut Moon, bagi kebanyakan jenama China yang menceburi pasaran luar negara, Asia Tenggara adalah salah satu daripada pasaran utama buat mereka. 



Negara-negara Asia Tenggara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, penggunanya mempunyai kuasa beli yang besar dan ruang pasarannya agak luas. Dalam pada itu, budaya penduduk di sini begitu terpelbagai, dan mereka sanggup menerima budaya dan produk asing. Tahap pelaburan yang tinggi disertakan oleh sokongan kukuh  bagi perusahaan yang dibiayai pelabur asing telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang mantap,” tambahnya. 

"Pasaran Asia Tenggara ialah pasaran yang patut diterokai, dari segi potensi perniagaan di dalam atau di luar talian. Kami bermula di Singapura dan kini menceburi pasaran Malaysia. Kami berharap untuk terus meluaskan pasaran kami di Asia Tenggara dan membina rangkaian jualan di dalam dan di luar talian, dengan menyesuaikan sepenuhnya kepada budaya tempatan,” kata Moon. 

POP MART Pavilion KL terletak di 5.39, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam









0 Pandangan: