Beli Rumah,

Kediaman Tiara Sendayan Dalam Perbandaran Premium D Pegangan Bebas

Selasa, Mei 16, 2023 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Memiliki rumah sendiri adalah idaman semua orang terutama mereka yang sudah bekerluarga. Ini dalam memastikan pesekitaran yang bagus sihat untuk pembesaran anak-anak dan perkembangan keluarga. Juga Kawasan yang bakal didiami nanti ada segala kemudahan dan jauh dari sebarang bencana alam.



Almaklumlah sekarang ni dengan ekonomi yang tidak menentu ditambah juga cuaca yang cepat sangat berubah menjadi faktor pemilihan rumah baharu. Sebelum ini Maha ada kongsikan kepada semua tentang kediaman Tiara Sendayan yang popular daripada pemaju Matrix Concepts.  Mereka mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam Tiara Sendayan dan fasa sebelumnya telah dijual sepenuhnya sejak tahun 2018 lagi.

Kini mereka memperkenalkan kediaman fasa terakhir di Tiara Sendayan. Petak kediaman kali ini dikelilingi oleh persekitaran yang menghijau. Fasa kediaman akhir di Tiara Sendayan adalah hampir melengkapi segala-galanya yang memenuhi gaya hidup penduduk. Sejauh mana pembangunan kawasan itu juga merangkumi kemudahan runcit yang luas, hab pendidikan, rekreasi luar, taman gaya hidup, Bazar Makanan, Stesen Minyak dan banyak lagi.



Kediaman kali ini datang dengan kemudahan terbaik seperti Tiara Biz, Central Park seluas 12 ekar, Stesen Minyak, Medan Tiara, Sekolah Global Matrix, Kelab Desa d'Tempat dan X-Park Sendayan, Dataran Saudagar Sendayan. Semua perkara di atas telah siap dan sedia digunakan bagi kemudahan kepada masyarakat.

Terletak di sebelah Bandar Sri Sendayan, masa perjalanan hanya kurang dari satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke sana ia juga membuatkan ramai yang memilih untuk terus menetap luar dari kota tapi masih mampu untuk akses kepada ibu negara Malaysia ini.



Kini korang ada lagi peluang terakhir untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan.
a) Presint 164C3-A&B ialah petak kediaman terakhir di Tiara Sendayan
b) Tiada lagi 1 atau 2 tingkat pada masa hadapan.
c) Ini adalah peluang terakhir untuk memiliki siri rumah tiara.
d) Presint akhir ini dilengkapi dengan ruang hijau yang luas.
e) Cukup Lengkap dengan keperluan harian

Kediaman terakhir kali ni terdiri daripada 336 unit di atas tanah pegangan bebas. Rumah itu datang dengan saiz lot 20' x 65' hingga 20' x 75' dan binaan untuk satu tingkat bermula dari 1,056 kaki persegi. reka bentuk yang dilanjutkan sepenuhnya dan dua tingkat bermula dari 1,576 kaki persegi. Ia menyasarkan pembeli rumah pertama dan nester kosong. Fasa kediaman terakhir di Tiara Sendayan akan dilancarkan tidak lama lagi. Daftar minat anda sekarang.



 
Maklumat Projek

Fasa Akhir yang akan dilancarkan tidak lama lagi terdiri daripada Anara, Calia dan Elara di Tiara Sendayan. Manakala saiz lot 20’ x 65’ untuk konsep satu tingkat dan 20’ x 70 – 75’ untuk konsep rumah dua tingkat. Keluaran binaan dari 1,056 kaki persegi untuk rumah setingkat dan 1,576 untuk rumah dua tingkat. 

Hanya ada 336 unit dalam tanah seluas 20.54 ekar. Reka bentuk dalam rumah juga menjadikan ia sangat sesuai untuk dimiliki keluarga yang saiz sederhana kerana adanya 3 bilik tidur + 2 bilik mandi untuk rumah setingkat manakala 4 bilik tidur + 3 bilik mandi bagi rumah dua tingkat. Kalau korang tanya harga hanya dari 225k untuk rumah setingkat dan 360k untuk rumah dua tingkat. 

Kemudahan Yang Ada Di Tiara Sendayan

Ini adalah ciri utama yang kebanyakan pembeli rumah baharu akan pertimbangkan untuk membeli sesuatu kawasan kediaman. Seperti di Tiara Sendaya segalanya telah tersedia seperti Central Park seluas 12 ekar dengan kemudahan, Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Keranjang, Kawasan Gim, Stesen Parcourse, Teres Tempat Duduk, Tempat Perlindungan, Kawasan Permainan Kanak-Kanak dan banyak lagi.

d’Tempat Country Club

Bagi Semua pembeli Calia & Elara akan mendapat keahlian kelab percuma dari 2 penggal hingga 5 penggal. Kemudahan yang akan dapat menjadi ahli kelab ini dapat menggunakan kemudahan tambahan yang ada tersedia seperti kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, Spa, bar dan kafe.



 
Matrix Global Schools

Kemudahan tempat pendidikan yang berhampiran juga membuatkan satu kawasan itu menjadi tumpuan ramau. Sekolah ini akan dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing. Ia terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.

X-Park

Bagi menangani masalah gelaja remaja yang tiada arah tuju suka melepak maka pusat sukan di bina dalam kediaman ini juga. Ia datang dengan kemudahan untuk melakukan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu. Ini sangat bagus dalam membina generasi muda yang lebih sihat dan beripaksikan kepada aktiviti sihat dan berkualiti.

Sendayan Merchant Square

Kawasan perdagangan 163 unit pejabat kedai melengkapkan Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti. Dilengkapi dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa hadapan. Memudahkan penduduk untuk mendapatkan keperluan harian dan juga mengadakan aktiviti jual beli yang lebih exclusive.



Bagi Maha segala yang diperlukan telah jelas dan nyata di Tiara Sendayan ini. Cuma pilihan hati dan kemampuan diri sahaja untuk memilih dan memiliki. Bagi yang berpandangan jauh ini adalah pelaburan yang berbaloi dan menguntungkan. Juga satu aset yang tidak akan luput nilai jika ditukarkan. Mungkin bukan bagi kita waris generasi yang akan datang telah ada segalanya hanya di Tiara Sendayan.

Mahu maklumat lanjut boleh layari laman web:

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts







5 ulasan:

  1. Project baru ke ni?
    Berbaloi jugak projek ni, harap2 are promosi yg hebat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes fasa baharu tambahan dari yang ada lebih cantik dan sesuai tuk yang ada family milikinya...

      Padam
  2. kak ana pernah pii sini Maha, memang cantik dan tenang sangat sebagai pilihan kediaman :)

    BalasPadam
  3. Cantik cantik design rumah dekat Tiara Sendayan ni, Sesuai sangat untuk yg da bekeluarga nak rumah yang besar n selesa pada harga berpatutan

    BalasPadam
  4. Cantik-cantik rumah kat sini kan Maha, banyak kemudahan disediakan.. memang berbaloi kalau dapat beli..

    BalasPadam