Biar Ori Baru Sempoi,

F&N Melancarkan Kempen 'Biar Ori, Baru Sempoi' Teh Tarik Kegemaran Rakyat Malaysia

Jumaat, Mei 05, 2023 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Semua orang rakyat Malaysia atau pelancong luar mesti suka minuman Teh Tarik. Minuman teh berbuih halus ini menjadi kegemaran sejak sekian lamanya. Namun, disebabkan gaya hidup yang semakin sibuk, agak sukar untuk generasi muda Malaysia duduk dan menikmati secawan teh tarik. 



Bagi mengatasi masalah ini, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, salah satu pengeluar dan pengedar minuman terbesar telah melancarkan F&N Teh Tarik dalam format yang mudah untuk dibawa ke mana-mana pada April 2020. Kempen terbarunya “Biar Ori, Baru Sempoi” ini dianjurkan bagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama dengan menampilkan video dan lagu tema baharu yang disampaikan secara eksklusif oleh penyanyi dan rapper terkenal tempatan, MK K-Clique.



Kempen F&N Teh Tarik baharu ini bertujuan untuk menarik perhatian generasi muda Malaysia dengan cara yang ceria lagi bertenaga dan mengujakan. Ia juga membolehkan mereka menikmati Teh Tarik kegemaran pada bila-bila masa, tidak kira di mana mereka berada.



F&N Teh Tarik ORI yang dibru menggunakan krimer pekat manis F&N dan teh asli memberikan Teh Tarik sejuk dengan rasa mantap dan asli. Dicipta untuk dinikmati pada bila-bila masa tidak kira dimana, ia sesuai selepas sehari bekerja ataupun semasa bersama dengan kawan-kawan. Produk minuman ini kini boleh didapati dalam 2 variasi iaitu ORI dan Kurang Manis dan didatangkan dalam format botol dan juga tin.



Bagi korang yang nak merasai dan mencuba sendiri minuman yang mantap boleh ke beberapa lokasi yang menyediakan minuman ini secara percuma. Kempen ini juga menempatkan mesin layan diri interaktif yang unik di kawasan transit utama di Malaysia bagi membolehkan orang ramai mendapatkan Teh Tarik mereka secara PERCUMA untuk sebulan.



Lokasi terpilih sepanjang bulan Mei ini ;

- Stesen LRT KLCC (5-9 Mei)
- Penang Sentral (11-15 Mei)
- Stesen LRT KL Sentral (18-22 Mei)
- JB City Square (25-29 Mei)

F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis juga akan dilancarkan di Malaysia Timur bermula bulan Mei, sebagai usaha untuk meluaskan lagi penawarannya kepada semua rakyat Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut mengenai F&N Teh Tarik, sila layari www.fn.com.my atau laman media sosial rasmi @fnndairies di Facebook dan Instagram.






2 ulasan:

  1. Ala.... Xlalu KLCC minggu nie.. Minggu depan ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe stock kan dah banyak bro huhuhu...

      Padam