Dapur,

Hanya 168 Kalori Sahaja Resipi Diet Kentang Goreng A.S. Miso Dan Honey Glazed

Ahad, April 30, 2023 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan yang dikasihi sekalian. Masih sempat lagi untuk Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua kerana sebelum cuti hari tu tak sempat nak ucapkan. Dah seminggu lebih kita berhari raya dan juga macam-macam juadah raya dan masuk dalam perut ni. Rendang ada, ketupat ada, Lemang ada, Lontong dan kuah Lodeh, Laksa, Nasi Minyak dan macam-macam lagi. 



Dah tiba minggu ni pula untuk ramai yang mana nak kembali kepada keadaan asal telah pulang ke gym. Mungkin ada juga yang dah cari-cari menu makanan sihat untuk buat masak kat rumah. Jangan pening kepala Maha bagi korang laman web yang penuh dengan resipi sihat dan mudah untuk dicuba kali ini. Layari sahaja www.uspotatogoodness.com.my ada berpuluh resipi sihat Kentang AS yang disediakan oleh seorang Pakar Pemakanan, Indra Balaratnam

Indra Balaratnam, Pakar Pemakanan


Salah satu resipi yang paling Maha suka dan tertarik dalam banyak-banyak tu yang nama resipinya adalah "Kentang Goreng A.S Miso & Honey Glazed". Maha kongsikan bulat-bulat resipi dari laman web tu kat sini berserta dengan berapa kiraan kalori dan khasiat lain bagi mereka yang betul-betul menjaga defisit kalori untuk kesihatan dan menjaga badan.

Resipi Kentang Goreng A.S Miso & Honey Glazed


Masa Persediaan: 5 minit
Masa Memasak: 15 minit
Masa Sedia: 20 minit
Jenis Kentang: U.S. Frozen Crinkle Cut Fries
Hidangan: 3 orang
Cara Persediaan: Airfryer & kuali

Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini:
• 200 gram U.S. Crinkle Cut Fries
• 2 Sudu besar pes Miso Putih
• 2 sudu teh Halia (dikisar halus atau parut)
• 2 sudu besar Madu
• 2 sudu teh Cuka Beras
• ¼ cawan (60 ml) air
• 1 sudu teh Biji Bijan (yang panggang)
• 1 tangkai Daun Bawang (dihiris nipis)

Cara pernyediaan masakan ini pun sangat mudah:-
1. Masukkan U.S. Crinkle Cut Fries ke dalam airfryer dan masak mengikut masa dan suhu yang ditunjukkan pada pek. Ketepikan
2. Sedia satu mangkuk kecil, campurkan pes Miso, Madu, Halia kisar, Cuka Beras dan air sehingga sebati.
3. Tuang adunan yang dicampurkan tadi ke dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Matikan api.
4. Masukkan U.S. Crinkle Cut Fries yang telah dimasak dan salutkan dengan campuran yang dimasak tadi.
5. Tuangkan U.S. Crinkle Cut Fries yang telah dikacau di atas pinggan dan di atasnya tabur dengan bijan panggang serta daun bawang yang dihiris nipis sebelum dihidangkan.

Maklumat pemakanan setiap hidangan:
Kalori: 168
Protein: 3g
Jumlah lemak: 4g
Karbohidrat: 31g
Serat pemakanan: 2g
Natrium: 455mg

Kalau nak lagi senang terus klik link ini je https://uspotatogoodness.com.my/recipes/miso-honey-glazed-u-s-fries/. Kat situ ia lebih jelas dan juga boleh korang tinggalkan komen macam mana dengan rasanya dan penyediaan resipi ini mudah ke atau rasanya macam mana. 



Sebenaranya Maha kongsikan resipi berasaskan Kentang AS ini kerana ia banyak khasiat. Hanya dengan satu biji kentang AS bersaiz sederhana ada semua nutrean yang diperlukan. Ianya seperti 27 miligram Vitamin C yang baik untuk meningkat sistem imun badan. Juga ia ada 26 gram karbohidrat iaitu sumber tenaga utama untuk otot. Sesuai mereka yang tengah buat badan. Lagi ada 3 gram protein berasaskan tumbuhan untuk ligamen dan tisu penghubung. Serta ada Vitamin B6 yang membantu metabolisme, mencipta sel darah, dan mengekalkan sel yang sihat.



Paling penting sekali adalah Kentang AS ini salah satu sayuran yang serba boleh kerana terdapat banyak cara untuk memasaknya seperti bakar, kukus, rebus, goreng dan mereneh. Juga ia bebas lemak, natrium dan kolesterol jadi ia satu pilihan yang sihat. Boleh layari laman Facebook rasmi Kentang AS Malaysia untuk sebarang informasi https://www.facebook.com/MYpotatoesUSA.


#uspotatoes #uspotatogoodness #uspotatorecipes #goodnutrition







2 ulasan:

  1. I need this! Boring la makan nasi nowadays 😄😄🥔🥔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow boring makan nasi tekejut kita awak heheheh ni lebih sihatkan...

      Padam