Bufet Buka Puasa,

Bufet Kembara Ramadan Di Swiss-Garden Hotel & Residence Genting Highlands Bawah Dari RM100

Rabu, Mac 15, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian.  Alhamdulillah kurang dari 10 hari lagi kita nak sambut bulan mulia. Bulan Ramadan tidak akan lengkap tanpa iftar atau lebih dikenali sebagai buka puasa. Mencari pelbagai hidangan yang terdiri daripada masakan tempatan dan antarabangsa? Jangan cari lagi jom ikut Maha, kali ni kita pergi naik ke tempat sejuk untuk makan buka puasa.



Mungkin ramai yang tidak tahu di Genting Highland sini, ada hotel dengan harga bufet buka puasa di bawah RM100. Percaya atau tidak? Sini lah tempat yang Maha maksudkan tu Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Alhamdulillah hari tu Maha dapat jemputan untuk merasai dan menikmati juadah berbuka puasa di kawasan yang sejuk berkabus ini. 

Malam dan Siang Diselubungi Kabus


Tapi bestnya bukan sahaja dapat makan dapat juga menginap di sini untuk satu Malam. Jom Maha bawa korang tour dalam bilik hotel sebelum kita tengok menu buka puasa yang disediakan. Sebelum ini Maha pernah ceritakan tentang hotel ni pada posting "Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands Percutian Yang Giler Seronok". Ini adalah kehadiaran kedua Maha di hotel ni, yang sebelum ini adalah beberapa hari sahaja sebelum di umumkan PKP pertama tahun 2020 tak silap. Kali ni datang lagi dapat pula bilik Delux Room yang cantik ini sangat selesa.





Kemudahan semua ada dalam bilik ini lengkaplah macam WiFi yang laju, peti sejuk mini, cerek elektrik, nak bancuh kopi dan teh pun ada sambil merenung ke tingkap yang menyamankan disertai kabus-kabus. Walaupun sini tak sampai puncak Genting Highland lagi tapi kalau waktu malam sampai ke pagi sejuk sangat, dan diseliputi kabus tebal tak nampak pada pemandangan dekat. Tapi jangan risau bilik air ada air panas untuk mandi hehehe.




Paling best kat hotel ini adalah pemandangan daripada kolam renangnya di tingkat 41. Kat situ satu pemandangan indah dengan hiasan dan dekorasi yang menarik. Suasana sejuk dengan angin yang kuat dan kolam renang mereka menariknya air tidak sejuk, malah suam-suam jadi boleh berendam waktu malam atau pagi. Naik atas lagi ada pula kemudahan gym dan juga bilik aktiviti zumba atau yoga yang luas. Jadi duduk sini rasa tak nak keluar best sangat. 





Kalau menginap sini harga bilik termasuk sarapan untuk dua orang. Sempena dengan bulan Ramadan ini mereka ada juga buat Inap & Iftar Ramadan Staycation. Harga tu termasuk dengan sahur dua orang dan juga bufet buka puasa sangat berbaloi. Juga ramai orang memilih untuk menginap di sini bukan sahaja menarik tapi juga ia terletak di lokasi yang strategik. Kita boleh akses ke beberapa kawasan tarikan pelancong yang terkenal seperti Genting Highlands Premium Outlet (GPO) dan Kereta Kabel Skyway untuk terus naik ke puncak.

Buka Puasa Dengan Bufet Kembara Ramadan


Ok kita masuk part makan untuk promo buka puasa di sini. Swiss-Garden Hotel & Residence Genting Highlands menawarkan hidangan bufet murah di area sini. Barisan chef dan tukang masak sekali lagi akan menyajikan hidangan kegemaran yang terkenal dan kekal di Restoran Garden Terrace satu-satunya restoran di hotel ini. Bufet kali ini bertemakan 'Bufet Kembara Ramadan', di mana ia membawa kita kembara yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang lazat dan yang berbeza setiap hari. Chef Sunny Cho dan pasukannya akan memastikan keaslian ditampilkan pada setiap item yang dihidangkan dan dihidangkan pada bulan yang mulia.





Bagi mereka yang menjaga urutan cara pemakanan sunnah buka puasa seelok-eloknya berbuka dengan kurma atau buah-buahan. Kemudian disambung dengan makanan ringan yang segar seperti salad dan makanan tradisional. Kalau orang Melayu akan makan nasi kena dengan Sambal Belacan, Budu, Acar Mentah, Kicap Cili Bawang, Rojak Mamak dan pelbagai pilihan Ulam-Ulam Kampung, Papadom dan Acar Rampai serta banyak lagi.





Lepas tu akan pergi mendirikan solat Maghrib dahulu. Di sini pihak hotel menyediakan ruang solat yang boleh dilakukan di surau dalam Ballroom di Aras 5. Bila dah selesai yang wajib tu baru diteruskan pula dengan hidangan utama lauk pauk dalam bufet di sini seperti Kengsom Siakap, Keli Masak Berlado, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Kari Kambing, dan Kambing Golek. Jangan bimbang ini kerana ia adalah konsep bufet jadi boleh ditambah berulang kali tapi ingat makan jangan membazir kerana kita nak meraikan bulan mulia. 





Sesudah habis makan utama barulah boleh melangkah kebahagian manisan di mana pelbagai jenis pencuci mulut kampung menggunakan resipi yang telah diwarisi turun-temurun. Tergoda dengan pencuci mulut yang berwarna-warni dan lazat seperti pelbagai jenis buah-buahan, Cendol, Aiskrim, Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah, Puding, Jeli dan Kuih-kuih Melayu. Di samping itu, terdapat Sudut Pastri dan banyak buah-buahan bermusim tempatan termasuk Tembikai, Tembikai susu, betik dan banyak lagi.





Tidak dilupa juga stesen minuman, kalau makan tiada minum boleh tercekik juga dibuatnya. Minuman yang segar dan sejuk menghilangkan dahaga seperti Sirap Bandung, Jus Nanas, Jus Oren, Sirap Limau dan Jus Jambu Batu. Kalau nak yang panas juga ada dalam bufet di sini iaitu Teh Tarik atau Kopi Tarik. Segar dalam kekenyangan dan dicucuk kesejukan bila kena air minuman panas rasa tenang sangat. 



Detail berkaitan dengan harga dan juga waktu bufet ini bermula:

Garden Terrace Restaurant @ Tingkat 5
Tarikh mula bufet : 24 Mac – 21 April 2023
Harga : RM75+ (Dewasa) RM38+ (Kanak-kanak 6-12 tahun, OKU & Goldies 60 tahun ke atas)
*Harga untuk Early Bird tempah sebelum 23 Mac dapatkan diskaun 10%.

Betul tak Maha cakap yang bufet kat sini kalau korang tengok harga sangat murah untuk level hotel bertaraf 4 bintang ini. Bawah daripada yang selalu kita tengok kat hotel-hotel di tengah Kuala Lumpur. Mungkin sekali sekala nak berubah angin makan berbuka puasa di kelilingai kehijauan dan kesejukan jauh dari kesibukan kota. Sini tempat yang mesti ada dalam senarai untuk berbuka puasa tahun ini ok. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua.

Untuk maklumat lanjut tentang tembahan dan promosi yang ada sila layari :-







0 Pandangan: