Bandar Baru Bangi,

Restoran Isketambola Di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi Sajikan Nasi Goreng Selambak

Khamis, November 10, 2022 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni dah tiga kali berturut-turut yer Maha pergi makan makanan laut tapi lain konsep dan penyediaanya. Seperti mana restoran yang Maha nak kongsikan pada korang kali ini iaitu Restoran Isketambola yang ada pelbagai makanan dan juga terdapat masakan laut yang bakar-bakar. Tapi istimewa kat sini makanan laut bukan biasha-biasha tau ia bersaiz gergasi.



Yer lah mana taknya pertama kali Maha tengok ada kerang saiz sangat besar lebih besar dari jari-jemari Maha yang comel ni tau. Kerang ni makan apa pun tak tahu lah, mana dia orang dapat memang besar gilerrr. Takut juga nak makan tapi sebab teruja jadi Maha pilih juga untuk rasa Kerang Gergasi boleh masak rebus atau bakar ikut selera korang.




Selain tu ada juga makanan laut yang besar-besar seperti Ikan Siakap, Ikan Pari, Ikan Bawal Emas, Ikan Cencaru, Ikan Jenahak dan juga ada Ketam, Udang dan Sotong. Cuma hari Maha datang tu banyak dah habis sebab memang ramai orang order. Kat sini macam biasa korang pilih makanan laut nak di masak oleh pekerja mereka dan nanti timbang dan buat bayaran lepas tu mereka akan masakkan ikut resipi yang korang nak.



Korang nak Ikan Bakar Sambal boleh, Ikan Bakar Kunyit boleh, Ketam Goreng Tepung boleh, Ketam Masak Salted Egg boleh juga nak Ketam Masak Sambal Telur pun boleh. Rambang mata bila dah tengok makanan laut ini. Harga kat sini ikut harga pasaran dan memang bebaloi lah kalau makan bersama keluarga atau kawan-kawan ramai.



Itu baru bahagian makanan laut ada banyak lagi kat sini. Mereka juga ada Warong Goreng-Goreng kat luar restoran tu. Ini kerana mereka kalau goreng nasi goreng ker atau mee ker memang api sangat besar dan membara gituwww. Korang boleh pilih nak masakan panas yang nama pun dah unik apatah lagi rasanya. Korang boleh pilih nak:

1) Nasi Goreng Jamaica Daging Teriak


2) Nasi Goreng Kambing Sekilo



3) Mee Goreng Sambal Sotong Sesenduk



4) Kuetia Goreng Udang Berlambak 



Kalau korang tengok harga tu nampak macam mahal ini kerana ia sangat banyak sampai melimpah-limpah satu pinggan tu. Kalau orang biasa makan boleh kongsi 2 atau 3 orang memang banyak sangat. Puas hati dengan cara masak panas-panas dan juga rasa sedap memang terangkat best. Bahagian Goreng-goreng ni Maha sangat rekemen kalau korang nak cuba terbaik.



Lepas tu ada pula Warong Stimboat Pak Maun. Sejak bila Pak Maun jual steamboat ni, yang aku tahu pak maun ni kaki twist and kelab malam adalah wakakaka, tapi itu dalam filem Tan Sri P.Ramlee la. Pastu ada juga Warong Jajan-Jajan. Kat sini ada masak nugget, french fries, sosej dan juga yang panas-panas budak-budak suka tu. Sebab tu restoran ni sesuai untuk bawa satu keluarga semua ada jenis makanan.




Ada juga pencuci mulut kat Warong Masam-Masam Manis laaaa. Kat situ mereka ada sediakan Scooptail atau Rojak Buah. Scooptail ni alah sama macam koktail yang viral kat tepi jalan tu ada macam-macam buah dan juga dimasukkan dengan susu dalamnya. Sini pun ada tak perlu nak baris panjang-panjang. 



Best kat Restoran Isketambola ni meraka bawakan konsep zaman P. Ramlee dengan nama makanan serta juga dekorasi dalam tu mengimbau zaman kat Studio Ampas dulu. Pulak tu semua staf mereka ada pakai tarbuslah macam dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tak silap Maha lah. Tu yang santai duduk lepak sini sambil makan-makan. Restoran ni buka setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Jadi orang sekitar Bangi dan berhampiran boleh datang cuba. Orang KL pun boleh turun nak rasa kelainan kat restoran ni.





Nanti dah cuba bagi komen sikit tentang apa pengalaman korang makan kat sini ok. Maha pun nak tahu juga. Sebab bagi Maha memang rekemen sangat restoran ni semua ada dan makananya ada rasa yang tersendiri lain daripada yang lain. Selamat menjamu selera semua dan selama mencuba.

Tel : 016-2301769 / 014-9658030






11 ulasan:

  1. nampak besau betul kerang tu. menyelerakan. ingat seksyen 7 shah alam tau tadi. hahah rupanya dibangi. insyaallah jika ada kelapangan, akan kesana mencuba kedai2 makan yg telah direview oleh Mana yg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer pergi restoran ni hari-hari buka hehehe bawa satu family baru meriah...

      Padam
  2. Sebab rumah kita dekat kan, boleh la pergi anytime. Menarik gak juadah ada kat situ.

    BalasPadam
  3. I know my friends suka sgt makan kerang! Kena bawa mereka go here and try this out la! Sure semua teruja tengok seafood and makanan yang ada kat sini, makan confirm puas dengan portion mcm ni

    BalasPadam
  4. nama restoran ni.. catchy sungguh la.. heheheheh suka dengan pilihan makanan kat sini.. macam2 ada

    BalasPadam
  5. Wahhh semua menyelerakan! Rasa macam nak ke Bangi walaupun lokasi ku jauh di Damansara. Hahaha. Buffet Ramadan dia nanti mesti lagi meriah kan. Boleh allocate masa utk ext year.

    BalasPadam
  6. Thanks so much for sharing this spacious with fresh seafood restaurant to enjoy food. Gonna drop by this place for a meal when I'm at Bangi. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Nampak fresh betul seafood semua tu. Kerang pun besar2. Boleh try makan dekat sini. Portion pun nmpk banyak

    BalasPadam
  8. Dah sampai nak besar tangan kerang dia! Puas hati makan sebijik pun, boleh share satu pinggan.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama29 Mei, 2023

    Nice post thank you Antonio

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama01 Jun, 2023

    Nice post thank you Jeff

    BalasPadam