Food Review,

Jom Nikmati Makanan Jepun Di Fu-Rin Japanese Restaurant Glenmarie Hotel & Golf Resort

Khamis, November 17, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dah lama Maha tak makan makanan Jepun yang halal kat Malaysia ni. Walaupun sekarang ni ada banyak tapi tak semua menggunakan bahan yang betul-betul membuatkan rasa makanan Jepun tu seperti negara asalanya. Susah nak dapat yang macam ni. Tapi Alhamdulillah Maha dijemput untuk Food Review di Fu-Rin Japanese Restaurant yang terletak dalam Glenmarie Hotel & Golf Resort Shah Alam.



Maha pun baru tahu pasal tempat ni walaupun sebenarnya restoran Jepun ni dah beoperasi lama kat hotel ni. Jangan bimbang kat sini Chef yang menyediakan makanan Japanese ini adalah muslim dan pastinya sumber dan rantaian pembekal adalah mereka yang mempunyai Halal demi nak bagi makan kepada pelanggan mereka yang pelbagai bangsa dan agama ni. Maha pun berjumpa dengan Chef Abdul Ghani bin Sulaiman atau lebih senang disapa dengan panggilan Chef Gan



Beliau yang bertanggungjawab menyediakan dan  memastikan semua bahan yang digunakan adalah Halal dan juga berkualiti. Sebab tu makanan Jepun kat sini rasa seperti makan kat negara matahari terbit tu sebijik. Suasana dalam restoran ni pun sangat tenang jer dengan ruang yang gelap malap membuatkan kita berselera nak makan bersama dengan kawan atau juga nak bawa business partner makan sini pun sesuai juga.





Hari tu Maha datang bersama rakan blogger hebat iaitu Kifli Mally yang sudi temankan Maha makan. Kami dihidangan dengan pelbagai jenis makana yang dimulakan dengan Rainbow Maki. Kalau korang tengok kenapa ia dipanggil rainbow sebab ada pelbagai warna dalam maki ni seperti penggunakan daging Salmon segar, lepas tu ada daging maguro, isi ikan herring, buah avocado dan ikura macam caviar juga lah. 

Rainbow Maki



Maha tak pandai sangat nama-nama makanan Jepun ni semua tapi chef ada terangkan faham lah sikit-sikit. Makan Rainbow Maki ini didatangkan dengan sos masih dan sesetengah orang suka campur dengan wasabi nak bagi tak berapa rasa makanan mentah. Kalau Maha tak minat nak campur wasabi ni. Makan dengan sos masin atau yang manis tu dah cukup.

Anago Tempura


Lepas tu pula menu kedua kami dihidangkan dengan Anago Tempura. Iaitu makanan yang Maha suka dalam banyak-banyak makanan Jepun ni sebab ia digoreng garing dan rangup. Dalam tempura ni ada gorengan seperti clean-tasting eel atau belut yang telah dibersihkan, sayur capsicum, sayur daun oba, daikon atau hirisan lopak putih dan datang dengan mellow tempura sauce.



Sedikit info yang chef kongsikan kepada kami semasa makan tu bahawa Anago sebagai alternatif kepada unagi di mana belut air laut ini sesuai untuk menggoreng, manakala unagi air tawar lebih sesuai untuk barbeku. Juga Anago mempunyai kalori yang jauh lebih sedikit daripada unagi, jadi sesetengah pakar pemakanan menganggapnya sebagai pilihan yang lebih sihat. Banyak ilmu yang dapat dari chef ni bagus lah.

Hamaguri Osuimono


Kemudian pula kami dihidangkan lak dengan Hamaguri Osuimono iaitu lebih kepada sup sihat dimana dalamnya ada makanan laut segar seperti Clams, kombu and katsuobushi dan juga cendawan. Makan sup ni kalau waktu sejuk mesti sedap selera jer. Akhir sekali kami dihidangakan pula dengan set paling lengkap dalam hidangan yang ada kat sini. Ia dipanggil Fu-Rin Bento dimana semua yang Maha dah cuba tadi ada dalam set ini serta ada tambahan lain juga.



Dalam set ini ada daging ikan salmon segar, daging maguro segar dan butterfish diperap dengan sikit minyak zaitun dan ada juga shioyaki saba yang dimasak dengan shoyu atau kicap ini Maha paling suka. Setengah fillet ikan tenggiri yang hanya memerlukan sedikit perahan lemon untuk menyerlahkan kesedapan tapi Maha makan macam tu dengan nasi dah cukup. Ada juga tempura moriawase udang dan sayur-sayuran juga ada chawanmushi ramai suka ni telur yang dikukus lembut jer. Ada juga teriyaki ayam dengan sup miso ditambah lagi dengan pelengkap nasi dan salad.

Fu-Rin Bento - RM99


Satu set ini cukup melengkapi dan menjelmakan intipati masakan Jepun sebenar. Harga untuk satu set Fu-Rin Bento ni adalah RM99 untuk satu orang makan. Ni sahaja dah cukup kenyang tak perlu lagi side dish ala-cart yang lain kalau bagi Maha lah. Makan pula dengan Japanese Teh yang sejuk dengan ais perhh best terangkat. Semua hidangan ini kalau korang nak cuba boleh nikmati waktu makan tengah hari dan makan malam. Restoran ini beroperasi setiap hari kecuali Isnin tutup. Ia buka dua sesi iaitu dari jam 12pm-2:30pm makan tengahari dan 6:00pm-10pm untuk makan malam.



Jadi macam mana rekemen makanan Japenese Maha kali ini buat korang berselera tak. Kalau nak cuba datang lah bawa kawan atau keluarga. Juga suasana sesuai untuk makan bersama dengan rakan perniagaan nak bincang business dan makan-makan. Parking pun banyak sini luas tak bimbang tak perlu bayar pun parking. Nanti kalau korang dah cuba komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua. 

Sebarang update promosi atau juga nak buat tempahan boleh hubungi:



0 Pandangan: