Danau Kota,

Kancil Raja Pais a.k.a KRP Adalah Pakar Masakan Tempoyak No.1 di Malaysia

Ahad, Oktober 02, 2022 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai anak kelahiran Temerloh Pahang Maha sebenarnya bangga dengan apa yang ada di daerah kelahiran Maha ni. Kalau orang sebut sahaja Temerloh, Pahang apa yang terlintas di dalam pemikiran korang sekarang ni. Selain daripada tempat pelancongan pastinya makanan yang cukup sinonim dengan daerah Temerloh ni.



Mestilah Patin Masak Tempoyak. Ini kerana sungai Pahang antara tempat penternakan patin sangkar dan juga tempat pembiakan patin liar yang popular. Kadang-kadang ada orang yang memang peminat makanan Patin Masak Tempoyak ni sanggup mencari sejauh dari utara atau selatan untuk dapatkan yang terbaik. 



Tapi orang Kuala Lumpur dah ada pilihan untuk menikmati Patin Masak Tempoyak asli dari Temerloh ini. Hanya datang sahaja kat Kancil Raja Pais (KRP) atau dahulu dikenali sebagai Kancil Raja Patin di Danau Kota Setapak KL. Maha sendiri datang makan kat sini dan mencuba menu mereka dan terbukti ia pakar masakan tempoyak no #1 di Malaysia



Memang terbukti dengan rasa dan juga bahan yang Kancil Raja Pais aka KRP gunakan adalah bahan segar dari Sungai Pahang seperti Ikan Patin. Setiap hari mereka akan dapatkan bekalan ikan yang segar dibawa terus daripada Temerloh ke cawangan mereka di KL ini. Kalau orang Temerloh dah tahu kat sana ada cawangan utama Kancil Raja Pais ini sendiri.

Set Gulai Patin Tempoyak (RM 19)


Hari tu Maha datang mencuba pastinya menu wajib kat sini iaitu Set Gulai Patin Tempoyak. Kalau korang suka makan ikan patin ni bahagian mana adakah kepala atau juga ekor. Bagi Maha sendiri suka makan bahagian isi perut tengah. Situ memang banyak lemak ikan yang lembut dan sedap gilerrrr. Sampai menjilat jari lah dibuatnya kalau makan Patin Masak Tempoyak ni.

Set Patin Pais Bakar (RM 25)

Set Patin Kayu Api (RM 25)


Kemudian menu patin lain yang Maha cuba hari tu adalah Set Patin Pais Bakar dan juga Set Patin Kayu Api. Apa beza kedua-duanya ini adalah cara masakan di mana satu ia dibakar dalam oven atau atas dapur gas. Manakala satu lagi yang agak gelap sikit ini ia dibakar dengan kayi api sehingga bila gigit dapat rasa asap kayu yang meresap dalam makanan tu lazat gilerrrrr.

Sifud Pais Tempoyak (Dari RM 31.70)

Keli Pais Bakar (RM 10)


Selain itu juga ada makanan laut yang dimasak dengan tempoyak juga seperti Set Sifud Pais Tempoyak dan juga ikan sungai Keli Pais Bakar. Ia juga dimasak dengan menggunakan kuah tempoyak dan rasa lain kerana menggunakan ikan lain. Kalau yang tak makan ikan atau seafood boleh lah tempah Ayam Goreng. Tapi tak digoreng dengan tempoyak lah hehehehe. 

Ayam Goreng (RM 5 Seketul)


Kali ini kat Kancil Raja Patin memperkenalkan dua menu baharu mereka untuk menambah lagi variati dalam pemilihan menu makanan. Menu terbaharu itu adalah Sotong Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak dan Udang Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak. Ini pertama kali Maha rasa memang jatuh cinta pada tepung yang mereka gunakan sangat membuatkan makanan laut tu rangup diluar dan dalam masih lembut dan berjus lagi. Satu pinggan tu memang Maha boleh habis seorang ditambah lagi dengan saus yang diperbuat daripada tempoyak dan juga rasa manis, masam dan pedas.

Udang Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak (RM 25)

Sotong Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak (RM 25)


Gabungan ini sangat mantap dan memang kena kalau makan ratah macam tu sahaja pun boleh kalau nak makan dengan nasi pun bagi Maha sangat sesuai. Menu baharu ini hanya ada di cawangan Kancil Raja Pais aka KRP Danau Kota Setapak sahaja buat masa ini. Maha suka makan kat Kancil Raja Pais aka KRP ini kerana restoran mereka yang luas dan selesa serta bersih. Nak makan pun sangat berselera. Tapi kalau tak boleh datang restoran Kancil Raja Pais aka KRP di Danau Kota Setapak ni boleh sahaja order melalui perkhidmatan penghantaran makanan, bawa pulang, COD atau juga pandu lalu.




Mungkin masih yang belum tahu kat mana terletaknya Kancil Raja Pais cawangan Danau Kota Setapak ini ia betul-betul berhadapan dengan Medan Selera Danau Kota dan juga sebaris dengan kedai 99 Speed Mart Taman Setapak Indah. Kalau nak senang korang boleh sahaja Waze atau Google Maps sahaja Kancil Raja Patin (nama lama) mesti jumpa. Tak apa nanti Maha tinggalkan alamat penuh dan juga link Waze dan Google Maps restoran ini. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam untuk sesiapa datang makan tengahari atau malam.



Maha sangat rekemen restoran ini kepada korang yang nak cari originaliti Masak Patin Tempoyak. Boleh war-war pada kawan-kawan yang suka masakan ini ok. Selamat mencuba dan juga selamat menjamu selera semua.

Sebarang tempahan atau pertanyaan dan mencari lokasi boleh rujuk di sini:

Alamat: Kancil Raja Pais aka KRP  Danau Kota,18, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, KL
Whatsapp: 013 432 6165







11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedap try lah dtg kita suka makan sini

      Padam
  2. Sedapnya Patin Masak Tempoyak... Lama juga LeYa tak makan.... Nampak menyelerakan sungguh Maha makan ye! Okay...nak singgah jugalah nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah kita pun baru tahu kat KL ada kedai tempoyak sedap hehehe boleh datang selalukan

      Padam
  3. Untung dapat duduk kat hotspot logo mereka ni. Ruby suka duduk situ sebab lawa bergambar. Makanan sini memang shedappppp. Tak cari yang lain!

    BalasPadam
  4. Next time ajak I please sebab I dah pandai makan patin masak tempoyak. Hehe

    BalasPadam
  5. Patin antara pilihan lauk sajian AM yang paling suka.. Nak nak kalau Patin Tempoyak.. Memang favourite AM dan anak2.. Nanti AM nak bawa anak2 cuba menu kat sini juga la..

    BalasPadam
  6. So sedap la....hungry hungry craving for tempoyak dishes after reading la...thanks for letting me know this place. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Wow best nyer semua makanan kat sana, i nak try their famous sos tempoyak

    BalasPadam
  8. Nearby jer kat rumah Nell, boleh la plan go makan2 here nanti. Wahh, sure best kan tengok menu2 yang Maha order! Harga pun quite reasonable tengok portion hidangan! 👍🏻

    BalasPadam
  9. waaaa sedapnyaa! saya memang suka patin masak tempoyak! bolehlah nnti datang sini & cuba menu mereka :)

    BalasPadam