Buffet,

Makan Malam Antarabangsa Menampilkan Fusion Japanese Antipasto Buffet Di Mardhiyyah Hotel & Suites

Selasa, September 13, 2022 Mahamahu 0 Comments

Masakan Jepun telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Rasa kemeriahan kesegarannya, seimbang dengan rasa pedas cuka Jepun sudah pasti memikat selera rakyat Malaysia. Restoran Royale Songket Mardhiyyah Hotel & Suites, yang terletak di Aras Lobi memperkenalkan Makan Malam Bufet Antarabangsa yang menampilkan Fusion Japanese Antipasto Buffet.



Bermula pada 5 September 2022, Makan Malam Bufet Antarabangsa akan menampilkan Fusion Japanese Antipasto sebagai hidangan tambahan untuk makan malam bufet hari bekerja. Bufet makan malam ini disediakan dari Isnin hingga Khamis & Ahad (tidak berkenaan pada cuti umum) bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam, dengan harga serendah:

- RM 95.00 nett untuk dewasa
- RM 65.00 nett untuk warga emas (60 tahun ke atas)
- RM 65.00 nett untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

Menghidangkan anda pelbagai jenis Sushi iaitu Makizushi, Inarizushi, Miso Glazed Edamame, Apple-Pear Chukka Idako Salad, Japanese Chilled Soft Tofu, Kanikama Chukka Wakame, Tradisional Ramen Sup dan Spicy Ramen Sup, Udon Noodle, Soba Noodle, Ramen Noodle with perasa, Nasi Goreng Bawang Putih Jepun, Yakitori, Chawan Mushi, Okonomiyaki dan Teppanyaki.






Manakala bagi mereka yang menggemari Tempura Mariowase, Royale Songket turut menyediakan pelbagai jenis Tempura seperti Tempura Kani, Karaage Ayam, Tempura Sayur dan Tempura Ikan





Kunjungi Restoran Royale Songket untuk menikmati masakan asli Malaysia dan Antarabangsa sambil memukau dengan hiasan dalaman baharu di Mardhiyyah Hotel & Suites. Anda pasti akan berpuas hati dengan suasana mesra pelanggan dan pengalaman selesa untuk menikmati hidangan di sana.






Apabila anda memasuki Royale Songket, anda pasti akan terpukau dengan pencahayaan dari serata tempat yang melengkapkan suasana kemewahan restoran.






Anda digalakkan membuat tempahan awal dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55118811 EXT, 2612 Royale Songket Restaurant atau WhatsApp & hubungi 019-2616847/012-3518284. Semua menu disahkan Halal oleh JAKIM & JAIS.

Layari :-













0 Pandangan: