FoodPanda,

foodpanda Menggamit Kenangan Dan Nostalgia Bersama Makanan Warisan Tempatan

Isnin, September 12, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia adalah tuan rumah kepada wadah tumpuan budaya dan cita rasa unik. Sempena sambutan Hari Malaysia, foodpanda menggamit kenangan dan nostalgia bersama beraneka jenis makanan warisan tempatan hasil air tangan HomeChef mereka sendiri.



Ini termasuk beraneka jenis kuih-muih yang lazat dan menjadi kegemaran rakyat tempatan seperti Karipap, Onde-Onde, Cucur Badak, Pulut Panggang, Keledek Goreng dan Kek Sarang Semut.

Sayantan Das, Ketua Pegawai Eksekutif, foodpanda Malaysia berkata, “Hasrat kami adalah untuk membantu HomeChef ini supaya mereka terus memperoleh pendapatan. Ramai di antara mereka memulakan perniagaan ini selepas kehilangan sumber pendapatan utama semasa pandemik. Minat mendalam di bidang masakan dan rasa kasih terhadap makanan telah menarik minat kami untuk bekerjasama dengan mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan ke “dapur” mereka untuk menikmati makanan lazat yang dimasak di rumah. Kami berharap dengan pelancaran HomeChefs, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan untuk menjangkau asas pelanggan yang lebih luas.



HomeChef ialah satu inisiatif yang dimulakan oleh foodpanda untuk menyediakan platform kepada bakal chef untuk memperoleh pendapatan sambil melakukan apa yang mereka gemari – memasak. Melalui pengenalan ini, chef warga Malaysia yang tidak mempunyai modal untuk membuka kedai masih boleh memasak dari dapur mereka dan mengembangkan tempahan seterusnya mencapai matlamat keusahawanan mereka.

Sebagai contoh pemilik Warung Tok Ciden, Herman Sinwan, berkata pandemik telah menyebabkan dia terpaksa menutup tiga buah restorannya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. “Pada masa itu saya memutuskan untuk membuka perniagaan di rumah saya sendiri dan menyenaraikannya di aplikasi foodpanda. Saya amat bersyukur kerana platform ini telah banyak membantu kami dalam menjana pendapatan.”



Masrufa Binti Madi, pemilik Ameera Kitchen Bake and Cook berkongsi bahawa pandemik telah menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji daripada bekas majikannya. “Untuk mengatasinya, saya mencadangkan idea untuk memulakan perniagaan dalam talian sendiri kepada suami. Kami bermula dengan menjual pencuci mulut seperti Banana Cake, Royal Butter dan banyak lagi di Facebook dan Instagram. Apabila perniagaan semakin berkembang, kami mendaftarkan perniagaan secara rasmi dan menyenaraikannya di foodpanda untuk meningkatkan jualan.”

Bagi  meraikan semangat kepelbagaian di kalangan rakyat Malaysia dan sokongan terhadap cita rasa tempatan yang digemari ramai, foodpanda Malaysia terus menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perniagaan dari rumah dengan menyediakan sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya dan mencapai potensi penuh mereka,” tambah Sayantan.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif HomeChef oleh foodpanda, sila layari https://bit.ly/3KURZs4.









0 Pandangan: