Istana Budaya,

Pementasan Teater Tanjong Dari Pilah Ke Istana Budaya

Khamis, Julai 28, 2022 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha nak tanya bila last korang pergi tonton teater kat tempat berprestij seperti Istana Budaya. Kalau Maha last sekali pergi masa PGL dan lepas tu tak ada kesempatan lagi nak pergi. Ditambah lagi pula kita terpaksa batal dan tangguh banyak aktiviti dan persembahan teater kerana pandemik yang melanda. 



Namun sekarang Alhamdulillah segala dan kembali kepada asal walaupun ada beberapa SOP seperti memakai penutup muka masih dikuat-kuasa bila dalam ruang seperti Istana Budaya ini. Maha cerita ini bukan apa kerana tak lama lagi akan ada persembahan sebuah teater yang diangkat daripada sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah bakal membuat persembahan di tempat yang berprestij segah Istana Budaya. 

Itulah yang nak Maha kongsikan kali ini iaitu Teater TanjongKelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya dan ianya akan berlansung dari 9 hingga 11 September 2022. Dianggotai seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Juga disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah. 



Wow hebat bukan mereka ini semua. Teater ini adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. Ahmad Rashidi Hasan. Ia bakal menangkat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater Melayu asli yang kian pudar dalam diri masyarakat kita. 

Selain itu juga, objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan.



Teater Tanjong ini bakal dihebatkan dan juga diterajui oleh pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar. Teater ini di sokong penuh oleh MOTAC, UPSI, UiTM, JKKN N.Sembilan, Yayasan Budi, Mycreative, Cendana dan PRISMA dalam memastikan teater ini terus berjaya dan tercapai matlamatnya. 

Pada tanggal 11 August 2022 telah diadakah majlis sidang media pementasan Teater Tanjong bertempat di Istana Budaya. Tutur hadir pada majlis tersebut adalah Kartunis Ujang dan Prof. Dr. Ahmad Rashidi pengarah dan juga barisan pelakon seperti Zamir Rashidi dan ramai lagi. 


Sedikit sinopsis tentang jalan cerita Teater Tanjong ini.

Ia menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. 

Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong. 

Apa konflik yang berlaku? Dan apakah kesudahannya? Semuanya akan terjawap dalam pementasan Tanjong di Istana budaya nanti. 


Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih. Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.

Korang boleh dapatkan tiket bermula sekarang dengan harga diskaun sebanyak 10%  untuk pembelian awal sehingga 1/8/2022.

Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang https://ilassotickets.com/event/tanjong/ 

Follow perkembangan dan cerita lanjut teater ini di laman sosial media:






6 ulasan:

  1. Menarik, kalau dekat, nak jugak pergi menonton. Tak pernah tonton teater di Istana Budaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun jarang dapat pergi kalau ada naskah ug hebat dan mantap jer seperti teater Tanjong ni

      Padam
  2. tak pernah sekalipun menonton teater

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini lah masanya ada peraduan leh menang tiket

      Padam
  3. Jom kita gi sama-sama kelak MM. Mesti best kan, boleh bersilat bagai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai baju Melayu and bertanjak masa tengok ni ada beran hehehe..

      Padam