Aplikasi,

Tawaran Hebat Harga Dari RM2.90 Untuk Menu Terpilih Dengan Aplikasi Marrybrown

Jumaat, Mei 13, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog Maha dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kita masih lagi dalam mood berhari raya kan raya sebulan. Ada juga yang tengah sambung dengan puasa enam di bulan Syawal ni. Tapi ada juga yang sibuk rancang untuk buat rumah terbuka atau majlis makan-makan. 



Cuma dan bosan tak tahu nak hidang makanan apa. Yer lah Hari Raya dah puasa makan Rendang, Ketupat dan Lemangkan. Kali ni buat majlis nak juga hidang juadah yang berlainankan. Apa kata cuba hidangan makanan dari Marrybrown. Sebab apa sekarang ini lepas raya Marrybrown masih ada lagi Deals sehingga 40% dan harga dari RM2.90 sahaja untuk menu terpilih. Wahh boleh jimat ni untuk buat majlis makan-makan kat rumah.



Korang kena muaturun aplikasi Marrybown secara percuma sahaja dalam Google Play atau App Store atau korang klik kat sini senang https://mbapp.marrybrown.com. Lepas tu daftar sebagai ahli dan secara automatik korang akan layak untuk redem FREE Marrybrown's Crispy Chicken sebagai ahli baru sahaja. Maha sendiri dah muaturun aplikasi ni memang sangat mudah dan mesra pengguna. Paling best kita boleh siap-siap pilih tawaran yang kita nak dan kita terus je order dekat outlet dan cashier akan scan QR code tawaran yang kita dah pilih tu. 



Tawaran Deals dari aplikasi Marrybrown ni ada banyak pilihan, macam Maha hari tu dah redem seperti Onion Rings 6-pc, Mushroom Soup, Boba Tea dan juga Tower Burger Combo.  Kalau korang masuk dalam aplikasi tu dah ada senarai korang klik sahaja kat butang Deals. Cuma masa nak redem tak semua outlet Marrybrown boleh guna aplikasi ini lagi ada sesetengah sahaja korang boleh rujuk senarai outlet yang terpilih di sini https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets. Nasib ada outlet yang dekat dengan rumah teruslah Maha tebus deals ni.




Ada 2 cara yang korang boleh buat penebusan Deals ini :

Cara pertama : Tawaran pada tab Home
Pada tab home, bila korang scroll korang akan nampak deals yang dalam kotak warna hijau tu dan korang boleh terus klik pada tawaran pilihan korang. Kemudian korang ikut je arahan yang diberikan. Tekan ‘redeem’. Kemudian tengok deals yang korang dah reedem di bahagian 'My Rewards'. Semasa buat order korang hanya tekan tawaran yang dipilih dan scan kod QR di outlet Marrybrown yang mengambil bahagian untuk reedem makanan korang.





Cara Kedua : Klik Tab Deals
Korang juga boleh terus klik tab Deals dan pilih tawaran yang korang suka. Step sama juga dengan cara dekat tab home tadi dan korang boleh scan QR di outlet berdekatan yang mengambil bahagian tawaran pilhan korang. Senang kan?



Tawaran deals ini boleh korang tebus untuk makan dine-in kat restoran Marrybrown sendiri atau juga untuk bawa balik ke rumah. Kalau kata nak buat majlis makan-makan atau jamuan raya nak ada menu tambahan istimewa dari Marrybrown boleh lah buat penebusan sekarang. Jadi apa tunggu lagi, korang cepat-cepat muaturun aplikasi Marrybrown dan dapatkan Deals 40% atau dengan harga dari RM2.90 ini sekarang ok!.

Maklumat lanjut tentang tawaran in layari 


#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBApp







0 Pandangan: