Bangsar,

Jugle House Membawakan Khasiat Madu Dalam Produk Kesihatan, Makanan dan Minuman

Jumaat, Mei 27, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kita tahu memang banyak makanan sunnah yang sering diceritakan dan boleh search kat mana-mana antara makanan sunnah yang baik untuk diamalkan. Salah satunya adalah Madu. Rasulullah S.A.W juga mengambil madu setiap hari diwaktu pagi dengan mencapurkan satu sudu madu dengan satu cawan air sejuk. Jadi haruslah kita mengamalkan pengambilan makanan sunnah madu ini setiap hari.



Kebaikan lain yang boleh diperolehi dengan mengamalkan makan madu ini ia dapat membantu meningkatkan imun badan. Madu mempunyai pelbagai khasiat, serta kaya dengan mineral dan vitamin, antioksidan dan enzim yang membantu meningkatkan keimunan dan melindungi badan kita. Ia juga dijadikan sebagai satu bahan ubat semula jadi untuk melegakan batuk dan sakit tekak seberkesan dengan dextromethorphan iaitu bahan ubat yang dijual di farmasi dalam ubat batuk.

Kelebihan Dalam Madu


1) Madu mempunyai makanan prebiotik oligosakarida untuk bakteria baik
2) Prebiotik meningkatkan bakteria baik dalam makanan yang ditapai yang kita makan
3) Membantu mengekalkan kuantiti bakteria baik dalam usus kita
4) Madu menyediakan 17g karbohidrat setiap sudu
5) Pembebasan perlahan fruktosa ke dalam aliran darah untuk membekalkan tenaga yang lebih mampan berbanding glukosa
6) Pengganti tenaga yang murah berbanding dengan gel karbohidrat tenaga komersial



Sebab itu banyak pakat nutrisi menggalakkan untuk kita mengambil sekurang-kurangnya 17gram hingga 30gram madu setiap hari. Banyak mana 30gram madu itu sama dengan satu sudu masak kat dapur yang sering kita gunakan. Tapi digalakkan kalau nak mengambil madu menggunakan bahan selain dari besi atau tembaga. Itu pantang larang yang diberikan lebih elok gunakan sudu plastik atau juga sudu kayu. 

Terilhamnya Jungle House


Salah satu lokasi yang mana tempat untuk dapatkan madu berkualiti dan juga terbaik terus daripada hutan yang tidak tercemar adalah di Jungle House. Sebuah kedai menjual pelbagai jenis madu dan di sini ada lebih daripada 12 jenis madu yang diambil daripada pengeluar madu dari Indonesia, Thailand dan Malaysia sendiri.

Pemilik dan Pengasas Jungle House Cik Ashley Lam dan Encik Paul Poh 


Menurut pengasas dan pemilik bersama Jungle House, Encik Paul Poh dan Cik Ashley Lam. Kisah bagaimana Jungle House diasaskan sememangnya amat menarik dan merupakan satu pengalaman semanis madu yang disediakan di gedungnya. Ia bermula sebagai pengembaraan menyusuri hutan tebal di Garut di Jawa Barat, Indonesia beberapa tahun lepas telah mencetus minat Paul dan Ashley terhadap madu apabila mereka terserempak dengan sekumpulan pemburu lebah asli yang memberi peluang kepada mereka mencuba madu hutan segar.








Mereka memburu madu yang tulen, organik, mentah, tidak tercemar itu mempunyai perisa bunga yang dikunjungi lebah madu untuk nektar dan debunga, dan berbeza daripada madu yang pernah dirasainya sebelum ini. 12 jenis madu yang ada di sini iaitu jenis Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) dan Fruit Boss (nektar bunga durian).








Di Jungle House bukan sahaja menjual madu dalam bentuk asli tapi juga terlah dihasilkan beberapa produk hiliran daripada madu itu sendiri. Antara yang popular dan menjadi pilihan adalah Sabun Madu Handmade, Mask Muka dari madu, Hand Crafted Honey Drink, Honey Spread, Sparkling Juice, Russioan Honey Cake, Enhance Tea dan Cofee dengan madu serta macam-macam lagi produk yang boleh didapati di sini.








Kalau korang biasa jalan ker shopping complek besar akan dapat lihat beberapa cawangan Jungle House yang ada seperti di Pusat Beli-Belah One Utama, Mid Valley Mega Mall, Pavilion Elite, Central I-City, D Pulses, IOI City Mall dan Queensway Mall, dan hanya menawarkan produk runcit. Manakala cawangan ke 8 ini adalah yang terbaharu dengan berkonsepkan santai kafe secara terbuka dan tertutup di Jalan Telawi 3, Bangsar. Di cawangan ini ada memperkenalkan produk baharu iaitu Oat Sarapan Madu dan Croffles (gabungan croissant dan wafel) bersama madu. Memang sangat sedap dan juga lazat selain sihat untuk dinikmati.

Berkongsi Resipi Menggunakan Madu


Masa sesi pengenalan cawangan terbaharu di Bangsa ini telah dijemput pakar nutrisi, Cik Indra Balaratnam. Selain berkongsi tentang kebaikan dan kelebihan madu yang Maha ceritakan tadi beliau juga berkongsi kepada semua tetamu yang datang dua resipi mudah yang dihasilkan dengan menggunakan madu. Selain daripada boleh makan terus madu juga boleh dicampurkan dalam beberapa hidangan dan masakan untuk mendapat sama khasiat yang kita perlukan.





Hari itu Cik Indra berkongsi resipi Salad Ayam Quinoa Dengan Vinaigrette Balsam Royal Black Jungle House dan Oat Semalaman Jungle House. Sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan yang ada didapur rumah kita dan juga penyediaan yang cepat dan sedap. Kita juga boleh campurkan madu dalam masakan tradisi seperti kerabu, pencicah kuih dan macam-macam lagi. Demi untuk dapatkan khasiat madu yang banyak itu. Mungkin lepas ni kita boleh terus menkonsumsi madu dalam makanan harian kita.





Industri madu juga mengalami cabaran dan ancaman pada zaman sekarang ini. Masalah utama yang dialami oleh pengambil madu asli adalah perubahan iklim yang tidak menentu dan juga penebangan hutan tanpa kawalan serta juga penjualan madu yang tidak asli berleluasa di pasaran sekarang ini. Jadi pastikan asli baru beli. Nak beli sekarang boleh guna promo kod "MAHADI20" boleh dapat diskaun 20% untuk semua item di Jungle House. Promo ini sehingga 31 Ogos 2022 boleh shopping sekarang.

Maklumat lanjut tentang Jungle House atau memesan produk madu di dalam talian boleh layari:- 
Tel :  +6012 203 0317
 









2 ulasan:

  1. Susah nak dapatkan madu yang betul-betul terjamin ketulenannya. Kena perhati betul-betul. Boleh masukkan Jungle House dalam checklist antara madu tulen selepas ini. Terima kasih atas review-nya! ^_^

    BalasPadam
  2. Wowo...thanks for sharing this space, gonna dropping by soon to try out the drinks & foods. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam