Air Nanas,

Resipi Menyegarkan Jus Nanas Sejuk Sehingga Ketekak

Jumaat, April 15, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih lagi dalam bulan Ramadan jadi masih sesuai untuk Maha kongsikan lagi resipi mudah orang bujang buat. Kali ni kita nak buat minuman yang segar dan menyegarkan. Sesuai untuk korang nak buat juadah minuman ketika berbuka puasa memang satu gelas tu tak cukup lah hehehehe.



Jom kita buat resipi Jus Nanas menggunakan bahan yang senang nak dapat kat rumah. Paling penting kenalah ada buah Nanas. Tak kisah Nanas jenis apa pun MD2 ker, atau Josapihe atau juga Nanas Sarawak ker yang penting buah nanas tu kena masak baru lah sedap. Kalau muda tu buat colek atau makan dengan sos rojak best lah. 

Mai tengok bahan-bahan yang Maha gunakan :
- 1 biji Buah Nanas
- 1 senduk Gula Putih
- 500ml Air Putih 
- Secubit Garam
- Pewarna kuning




Cara nak membuat Jus Nanas ni sangat mudah:
1) Kupas kulit buah nanas dan potong menjadi kecil kiub lagi cantik
2) Sediakan periuk dan masukkan air putih dan masukkan gula serta buah nanas yang telah dipotong
3) Masak sehingga air mendidih dan masukkan secubit garam untuk rasa lebih lemak dan juga setitik pewarna kuning. Tak nak masukkan pewarna pun boleh.
4) Masak sehingga semua sehingga buah nanas layu dan juga air gula larut. Boleh dihidangkan dalam cawang dengan ais batu untuk sejuk dan menyegarkan.



Jadi macam mana ada berani tak nak buat hehehehe. Ni kalau dah masuk waktu azan Maghrib tak pandang kiri kanan terus terjah air nanas ni. Pulak tu dengan sejuk ais batu perhhhh dalam tu masukkan pula potongan buah nanas yang dimasak tadi. Sambil minum sambil kunyah-kunyah memang layan. Nanti kalau korang dah cuba komen kat sini ok. Selamat berbuka puasa dan selamat mencuba. 










0 Pandangan: