Cream-O,

Jalan Dan Menang JACK ‘n JILL Cream-O ‘Selangkah Jalan Sedetik O-Some’

Jumaat, Mac 18, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang tak perlu untuk lari jauh hanya jalan sahaja sekeliling rumah atau kawasan perumahan dan kumpul 10K langkah. Korang boleh sama-sama berjalan dan berpeluang memenangi hadiah O-some, pada masa sama membantu kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi kempen JACK ‘n JILL Cream-O ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’ yang telah diadakan bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2022.



Kumpulkan keluarga dan rakan-rakan untuk meluangkan masa dan bergembira bersama. Anda hanya perlu berjalan sebanyak 10,000 langkah. Mudah, bukan? Menerusi jumlah langkah itu, anda akan mampu meningkatkan jumlah langkah harian dan turut berpeluang memenangi hadiah yang O-some! Hanya Berjalan, WhatsApp dan Menang! 



Korang hanya perlu ikuti langkah-langkah ini :

1) Beli produk JACK ‘n JILL Cream-O bernilai RM5. Simpan resit pembelian anda!

2) Berjalan 10,000 langkah dan tangkap layar (screenshot) langkah anda yang direkodkan menerusi app kiraan langkah yang anda gunakan. 

3) WhatsApp ke +6011 5500 1878 butiran diri, tangkap layar paparan app kiraan langkah, resit pembelian dan jawab satu soalan mengenai kempen ini. 



Korang berpeluang untuk menjadi pemenang kempen ini! 

Pemenang Hadiah Utama 
1x Kad Hadiah Apple Store bernilai RM5,000 

Hadiah Tempat Pertama 
1x Kad Hadiah Apple Store bernilai RM1,500 

Hadiah Pemenang Tempat Kedua 
5 x Kad Hadiah JD Sports bernilai RM500 seorang satu

Hadiah Saguhati 
40 x Pemenang hadiah saguhati akan menerima Kad Hadiah JD Sports bernilai RM200

Setiap 10,000 langkah akan menyumbang 10 mata ke Dana JACK ‘n JILL Cream-O. Berdasarkan mata kumulatif pada akhir kempen, JACK ‘n JILL Cream-O akan menyumbang sehingga RM15,000 ke Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia). Sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini bagi memenuhi keperluan Kembali ke Sekolah mereka tidak lama lagi.



Jom, sertai kami untuk hari yang O-some setiap hari! Kongsikan kempen JACK ‘n JILL Cream-O ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’ dan pengalaman berjalan anda di laman Instagram, Facebook atau Tiktok anda. Lebih ramai, lebih meriah!



Mari usahakan ini agar lebih ramai berjalan demi kesejahteran kanak-kanak kurang bernasib baik serta peluang untuk memenangi hadiah yang O-some! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.urc.com.my

#CreamOMY 
#CreamOMYSelangkahJalanSedetikOsome 








2 ulasan:

  1. Weekend nie kita jalan22 kat Puttrajaya yee, mesti boleh 10K langkah tu

    BalasPadam