Fast Food,

Port Lepak Paling Popular Di Kota Damansara Ra.Re Foodspace @ Kota Dame

Ahad, November 21, 2021 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Semenjak dah boleh makan kat kedai makan dan juga restoran ramai orang pakat mencari tempat untuk makan yang best dan menarik. Maha pun sendiri tetap mencari juga mana-mana tempat makan baru yang boleh buat port untuk lepak-lepak dan chillout dengan kawan-kawan hari-hari biasa atau hujung minggu.



Tak nak pergi jauh-jauh pun yang ada dekat area Kuala Lumpur ini pun dah cukup tak perlu rentas negeri. Sehinggalah Maha jumpa satu tempat ini memang sangat rare gilerrr. Suasana dan makanan yang ada sangat banyak ditempatkan dalam satu lokasi. Ini pun kawan-kawan yang rekemenkan kepada Maha tak jauh terletak di Kota Damansara jer. Tempat yang Maha maksudkan adalah Ra.Re Foodspace.




Apa yang Maha boleh gambarkan kat sini bagaikan syurga dunia, kenapa? Kerana kat sini ada lebih kurang 30 buah gerai makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang sangat-sangat lazat dan buatkan korang meleleh air liur. Bayangkan kalau korang nak pilih makanan dalam banyak-banyak gerai itu macam manalah ye.



Kalau Maha nak senaraikan semua makanan yang ada dan gerai yang ada kat sini memang sampai 10 posting kot tak habis. Kali ini Maha nak highlight beberapa gerai dan makanan yang menjadi viral sejak dua menjak ini. Paling menjadi pilihan adalah gerai Balang Man. Ia hanya gerai minuman tapi air yang disediakan buat mengigau malam bila minum.





Antara minuman yang menarik kat sini seperti Teh Ais Madu ini memang menjadi pilihan utama orang datang beli minuman kat Balang Man ni. Kemudian ada Teh Hijau, Air Jagung, Soda Herbs dan juga Teh Ais Vanilla Ice Cream. Menarik pula kat Balang Man ini ada Loyalty Card dimana korang boleh kumpul cop dan tebus minuman percuma bila bilangan cop dah mencukupi. Tebusan minuman percuma ini hanya boleh pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Jadi dah untung kat situ dapat minum air percuma.






Itu baru satu Maha sentuh bab minuman belum lagi pergi pada makanan-makanan yang ada kat sini. Sangat banyak dan Maha senaraikan beberapa yang menjadi viral dan pilihan ramai serta Maha pun suka. Korang boleh cuba Sate Wak Samurai, Smashed Burger, Miecord Char Koay Teow, Yong Tow Foo Ah Keong, Big Joe’s Fried Chicken, Adik Sup, Jom Mentong korang boleh dapat Bakso Beranak kat sini, MakCha Ayam Pasu, Mee Goreng Ketagih, DNA Burrito, Wak & Wok Masakan Panas dan banyak lagi.







Lepas tu pula untuk menjadi pencuci mulut kat sini yang popular dan orang tercari-cari iaitu Misang Lah iaitu Pisang Goreng Cheese dan Coklat. Pastu bagi yang kaki Shisha kat sini pun ada korang boleh layan pelbagai perisa Shisha sambil borak-borak dengan kawan-kawan.




Korang tengok lah meja makan Maha ni penuh dengan makanan sebab semua sedap-sedap dan kena cuba. Pulak tu harga makanan kat sini sangat berpatutan dan mampu beli. Bermula paling murah serendah RM3 sehingga paling mahal pun RM25 tak silap Maha lah. Jadi semua orang tak kira bangsa, pangkat dan usia boleh datang makan di sini.








Apa lagi nikmat yang korang cuba dustai bila datang makan kat sini. Memang heaven lah. Pulak tu setiap hujung minggu malam Jumaat dan Sabtu korang boleh makan sambil layan persembahan busker. Selalunya busker ini buat persembahan dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Korang boleh join untuk menyanyi bersama kalau rasa berbakat. Baru lah havoc dan meriah.




Juga yang paling-paling Maha suka dan juga tak ada lagi kat tempat makan lain yang ada di Kuala Lumpur ini adalah ruang makan atas pokok. Korang bayangkan makan atas pokok yang dibina pondok sangat indah dan cantik. Pulak tu bila waktu malam diterangi dengan cahaya lampu sangat-sangat romantik. Bagi pasangan yang nak makan berdua kat atas ni layan suasana tanpa gangguan orang lalu lalang boleh makan kat atas yang dipanggil sebagai GAYAT dan juga Atas Pokok.




Kalau hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat korang boleh booking tempat makan atas ni dengan DM kat IG dan FB @Ra.Re Foodspace. Boleh juga whatsapp no hotline 013 356 5295 untuk booking tempat makan atas ni. Kalau hujung minggu tak boleh booking konsepnya first come first server lah. Kalau makan atas pokok ni konsepnya korang kena pergi gerai makanan yang korang nak beli makanan tu order dan bayar kemudian bawa makanan tu naik atas pokok.




Tapi tempat lain masih banyak juga ada kat sini kawasan luas kot. Korang boleh pilih yang bawah bumbung atau juga nak lagi rare pilih bawah MRT. Special tau makan kat bawah landasan MRT. Cuma kalau datang hujung minggu tu agak kena awal sikit lah sebab ramai takut tempat penuh. Kalau datang makan hari biasa Isnin hingga Khamis tiada masalah tempat makan ok. Sebab tu Maha suka datang hari biasa lepas habis kerja tak nak balik redah jem pergi lepak sini makan sampai kenyang perut dan happy-happy lepas tu baru balik dah takda jem.




Hidup kat KL ni kena pandai lah mencari keseronokkan diri agar tak menjadi tekanan. Inilah salah satu caranya. Tempat Ra.Re Foodspace ini beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Jadi memang dah cun habis kerja terus lepak ngan kawan-kawan tau bawa keluarga makan tak perlu nak masak malam dah. Lagi pun kat sini ada sediakan kemudahan seperti surau untuk solat lelaki dan perempuan serta juga ada tandas yang selesa untuk menunaikan hajat atau nak segarkan diri hehehehe.



Kalau nak cari Ra.Re Foodspace ini ia betul-betul sebelah dengan Uptown Kota Dame dan juga dekat dengan stesen MRT (Kota Damansara) dan Segi Collage Kota Damansara. Senang waze jer pasti jumpa punya lah. Parking kat luar sepanjang jalan tu boleh park ok. Maha sangat rekemen kepada korang untuk datang makan dan enjoy suasana kat sini baru lah KL. Pada yang dah datang makan boleh tinggalkan pendapat korang kat sini mungkin kita boleh kongsi-kongsi cerita menarik. Selamat menjamu selera semua dan selamat berhibur.

Maklumat lanjut tentang promosi dan juga aktiviti menarik di Ra.Re Foodspace boleh layari:

Waktu Operasi: 5.00 petang – 12.00 tengah malam
No. Hotline: 013 356 5295

#RaReFoodspace #UpTownKotaDame #RaReWithBlogger #MakanLokal #SupportLokal










11 ulasan:

  1. Cantik betul tempat nie. Memang RaRe. Makanan banyak dan mampu milik. Jom kita serbu lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kita repeat makan sini nak ngan semua team baru havoc best gilerrr

      Padam
  2. macam-macam mknan yg ada kat sini..hrga pun ok..dh la kawasan pun cantik. nak lepak ke..nk bergambar pun lawa je dan best

    BalasPadam
  3. Ingat kat mana lah tadi. Ni kita dah pi dah. Pegi waktu malam memang best. Ada buskers pastu makan kat tempat yang atas pokok tu. Best ye. Aritu siap ada org tegur Bella ke tu? Terasa artis sangat masa tu. Tibahhh.

    BalasPadam
  4. lawa nya tempat ni, selalu kalau pegi kota damansara taktau nak lepak mana. bila baca artikel ni so dah tahu nak lepak mana lepas ni.

    BalasPadam
  5. menariknya menu makanan dan minuman disini. Gerai-gerai pon santai dan menarik sangat.

    BalasPadam
  6. omg port is my favourite kind of dining place. love the open air concept and comfortable seating. not to mention the amazing choices of food!

    BalasPadam
  7. fuhhh sate tu paling mengancam suka tengok.. kena datang lepak kat ini sekali ni heheheh

    BalasPadam
  8. Nantilaah lepak banyak betul pilihan makanan enak enak... Satay tu nampak menyelerakan

    BalasPadam
  9. wah memang rare dan buat rasa nak makan baca ni :)

    lafaz akad nikah
    Air Freight
    bengkung

    BalasPadam
  10. wow memang rare lah nama dia! tempat pun cantik kalau nak makan or ootd tapi tu lah kenapa kat sana kenapa tidak shah alam hahaha

    BalasPadam