Chef Jo,

Wajah Baharu Handcrafted Cookies By Chef Jo Rasa Tetap Sama Sedapnya

Rabu, April 28, 2021 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pejam celik pejam celik dah separuh bulan kita berpuasa untuk tahun ini. Dah macam lagu raya Iman Troye lak hehehe. Kita dah nak menghampiri hari kemenangan iaitu Hari Raya. Macam mana persiapan raya korang dah buat ker atau sebab tahun ni tak boleh rentas negeri jadi macam tiada raya bagi korang.



Jangan lah macam tu kita raya tetap kena raya tanda kita bersyukur selepas berjaya sebulan berpuasa. Korang dah beli ker keperluan raya. Maha tengok ramai orang mula sibuk pergi bazaar raya untuk cari keperluan hari raya nanti. Macam mana dengan persiapan kuih raya dah buat atau dah tempah. Kalau rasa tahun ni nak cuba kuih raya yang lain pula boleh lah tempah khas daripada Chef Jo.







Tahun ini Handcrafted Cookies By Chef Jo telah berwajah baharu. Nampak lebih segar dan juga lebih menarik penuh dengan ciri-citi kemelayuan serta hari raya. Mengekalkan konsep rekaan batik Melayu pada bekas kuih, kali ini juga tersergam hensem wajah Chef Jo hehehe. Walaupun kulit baru tapi rasa kuih didalamnya tetap sama macam dulu memikat dan sangat lazat. Kata orang Kuih Raya Chef Jo ni tengah laku keras sekarang ni kena cepat.




Kali ini juga chef mengeluarkan satu lagi kuih raya baharu untuk menambah koleksi kuih raya yang sedia ada. Terbaharu daripada Chef Jo adalah 'Crispy-n-Crunchy'. Korang tengok sebab apa rupanya macam tu kerana ia handmake tau. Ia juga menggunakan emping jagung yang berjenama dan berkualiti tinggi bagi mendapat hasil yang maksima. Sebab tu kuih-kuih buatan chef ini menjadi pilihan dari dulu lagi. Maha adalah salah seorang peminat kepada kuih chef ini memang dapat rasa semuanya dah mengguna bahan terbaik.



Juga tahun ini menarik bagi memeriahkan lagi sambutan raya korang Chef Jo juga ada mengeluarkan produk sejuk beku iaitu Ketupat Palas. Nama KetupatMas By Chef Jo ini boleh dinikmati dengan segera hanya kukus sahaja 15 minit dalam periuk dan lepas tu boleh terus makan. Korang juga boleh simpan ketupat ini sampai beberapa bulan sehingga tamat tempohnya. Nak sedap lagi boleh makan Ketupas Palas Chef Jo ni dengan rendang atau juga serunding terbaiklah. Maha dah dapatkan khas untuk hidangan hari raya nanti korang nak tak.




Kalau korang nak Kuih Raya atau juga Ketupat Palas daripada Chef Jo ni tunggu apa lagi. Buat tempahan sekarang supaya korang sempat dapatkannya sebelum kehabisan. Tak habis kuih dan ketupat ni tapi kalau lambat mungkin penghantaran akan lambat dah korang akan dapat lepas raya lah. Boleh jugakan mana tahu nak buat open house lepas raya tu boleh order juga. Walaupun buat open house SOP jangan lupa ok. Hanya terhad kepada beberapa orang tetamu mengikut keluasan rumah dan juga pakai mask dan jaga penjarakan fizikal. Dalam menyambut raya kena jaga keselamatan dan kesihatan diri kita juga ok. Selamat berpuasa semua dan Selamat Hari Raya in advance hehehe.



Sebarang tempahan dan pertanyaan hubungi,

Cookies By Chef Jo 
Whatsapp / call : 017-4377559

KetupatMas By Chef Jo
Whatsapp / call : 017-4377559











14 ulasan:

  1. cantik packaging buat design batik camtu rasa kemelayuan sangat. biskut pun nampak sedappppp

    BalasPadam
  2. Amboi..awal lagi dia dah makan kuih raya ya. Sis belum lagi order..nanti bolehlah usha2 kuih muih dia

    BalasPadam
  3. Lawa la packaging balang dia. Tapi paling interested dengan ketupat dia tu! Ya Allah, dahla kite suka ketupat.

    BalasPadam
  4. Aaaahhh ni buat geram ni. Nak juga ketupat palas tu. Pos kat ruby please. Memandangkan tak balik kampung ni. Rendang bleh masak sendiri. Hehehe.

    BalasPadam
  5. Balik kampung atau tak raya tetap raya dan bila raya mesti kena ada kuih raya kalau tak memang itu bukan raya. Saya un dah siap2 order biskut raya tapi nampak yang biskut raya ni rasa nak menambah pulak sebab nampak sedap. Sambil layan sarkas sambil makan kuih raya depan TV , uihhh besttt

    BalasPadam
  6. Menarik, siap ada ketupat ye. Nanti nak try cookies Chef Jo nie boleh? Kalau berkenan boleh la beli untuk raya kelak.

    BalasPadam
  7. Dah siap dah biskut raya ko ya Maha.. tapi kan kukis ni memang sedap, pernah makan masa ke rumah sedara di KL thn sebelum PKP dulu.. ingat nak order gak laa.. sempat tak ek sampai sebelum raya ni..

    BalasPadam
  8. Ya ampun ko dah berjaya. Sedap hah biskutnya.. best kalau dapat buat Stok time Raya nanti

    BalasPadam
  9. wah.. semua biskut nampak sedap terutama almond london tu.. ketupat palas tu best.. senang nak masak..

    BalasPadam
  10. Cantik packaging tu. Tengok kuih pun sedap. Ketupat palas tu haishh dah rasa nak raya ni..hehee

    BalasPadam
  11. wahh sedap2 kuih rayanya! tahun ni raya sederhana sahaja. kalau tahun lepas macam2 kuih raya buat, tahun ni beraya seorang diri sahaja.

    BalasPadam
  12. Wahhhh Raya dah dekat ni.. Boleh la topup stock2 utk beraya nanti... Since tak boleh balik kampung, boleh la kunjungi each other jer kat KL nanti... At least ada kuih muih utk dihidangkan...

    BalasPadam
  13. Cantik konsep batik dekat bekas kuih tu. Sedap pulak tu. Ni kalau jadikan buah tangan masa raya pun sesuai kan.

    BalasPadam
  14. Tengok pun dh sedap kuih raya chef jo ni. Harini dah last raya. Tak sempat nk rasa. Mungkin tahun depan bru dpt rasa. hehehe

    BalasPadam