Baju Melayu,

Pusat Membeli-Belah Terbaik untuk Baju Raya Di Kuala Lumpur

Sabtu, April 24, 2021 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Walaupun tak boleh rentas negeri sekarang ini tapi Raya tetap kena berRaya! Nak juga melawa dan bergaya dengan baju baru dan juga aksesori baru. Boleh kita OOTD dipagi raya dan kongsikan gambar baju baru kepada yang berjauhan. Lagi bagus kalau kita belikan baju baru untuk mereka yang berjauhan barulah erat kasih sayang.



Rindu kat family dikampung kalau dulu sebelum PKP ni setiap tahun raya mesti akan cari baju raya yang sedondon. Walaupun design lain-lain tapi warna tu yang penting kena sama baru meriah. Tapi tahun ni raya mungkin berjauhan dengan keluarga. Tapi taka pa Maha boleh beli baju raya yang sama untuk mereka dan hantar ke kampung.



Kat mana nak cari baju Raya yang baru dan juga meriah kat Kuala Lumpur ni. Hurmmm apa kata pergi ke KWC Fashion Wholesale. Sebab kat sana adalah pusat beli-belah terbaik untuk pilihan baju raya baru pelbagai design dan siaz. Bukan sahaja baju untuk orang perempuan malah untuk orang lelaki dan kanak-kanak pun ada juga.

KWC Fashion Wholesale Macam-macam Ada


Ini kerana bagi Maha kat sini bagaikan sebuah pusat sehenti borong Muslimah terbesar di Kuala Lumpur. Korang bayangkan masa Maha pergi hari tu ada lebih kurang 9 tingkat yang menempatkan lebih daripada 800 lot kedai. Korang rasa cukup kalau sehari jalan untuk cari baju Raya kat semua tingkat dan semua kedai-kedai ini. Sebab setiap kedia menawarkan kelainan dan kepelbagaiaan pilihan yang buat kita jadi rambang mata.





Kalau korang nak beli barang seperti pakaian untuk Muslimin dan Muslimah, pakaian bersaiz besar atau kecil, slim fit atau yang kembang semua ada. Tips sikit dari Maha korang kalau pergi satu kedai jangan terus beli buat perbandingan dulu dengan kedai lain mungkin mereka menawarkan harga lagi berpatutan. Tak adalah rasa macam tak cukup bajet.



Hari tu Maha datang kat sini bawa RM200 ringgit sahaja dah mencukupi untuk membeli semua kelengkapan raya Maha. Boleh beli baju raya satu set, lepas tu beli pula kasut raya yang baru, beli aksesori macam songkok, sampin, jam dan macam-macam lagi semua ada kat sini. Pastu siap boleh beli satu set lagi untuk orang rumah tapi Maha tak ada orang rumah just beli untuk keluarga mak dan ayah je lah.







Orang perempuan kalau dah masuk sini Maha rasa tak boleh nak keluar silap-silap sesat sebab banyak sangat kedai. Sesat rambang mata nak pilih mana satu daripada fesyen, bag, barangan kosmetik, perfume, aksesori macam kerongsang, barang haiasan diri dan juga ada pelbagai jenis tudung yang terkini dan cantik-cantik belaka.





Kalau korang pergi kat aras LG dan G korang boleh lihat pelbagai kedai pakaian wanita dan juga kanak-kanak ada banyak kat sini. Juga kalau tak cukup duit nak beli kerana bawa sikit jangan bimbang kat sini level LG ada sediakan mesin ATM dan juga pusat penukaran mata wang. Cuma datang sini kena bawa wang tunai banyak sikit sebab kebanyakan kedai menerima cash dan juga online transfer sahaja.




Bulan puasa ini tak boleh makan kalau penat beli-belahkan tapi mereka ada juga aras untuk tempat makan seperti Medan Selera KWC dan juga pada setiap aras ada gerai-gerai jual makanan dan minuman setiap tingkat. Kenapa Maha suka datang sini juga kerana tempat parking yang banyak ada lebih kirang 1,500 parking daripada aras bawah dan juga kat aras atas. Kemudahan lain lengkap kat sini ada surau, tandas, 12 buah lif pengunjung dan juga escalator yang memudahkan untuk pelanggan naik atau turun dari satu tingkat ke tingkat yang lain.



Sebab itu Maha berani cakap yang KWC Fashion Wholesale ini ada segala-galanya dan lengkap bawah satu bumbung tak perlu nak pergi jauh-jauh cari semua barang untuk persiapan Raya. Kalau masuk dari pagi sampai ke petang pun tak habis jalan lagi rasa kena datang berkali-kali kat sini baru puas hati beli barang yang banyak dan pelbagai jenis.

KWC Fashion Wholesale Raya E-Magazine


Kalau korang tak tahu nak cari fesyen raya macam mana kat sini korang boleh layari dulu mereka punya Raya E-Magazine yang ada memaparkan stail Raya terkini untuk panduan korang. Korang layari sahaja majalah atas talian mereka di www.kenangacity.com.my.  Tema yang dibawakan ileh KWC Fashion Wholesale tahun ini adalah ‘Mekar Di Aidilfitri’. Makin mekarlah idea korang untuk beli keperluan raya bila dan tengok kat sini.





Selain daripada e-magazine tu juga KWC mengadakan promosi Rasa Sakan melalui laman social Facebook Live bersama dengan butik-butik yang terpilih. Bermula dari 26 hingga 28 April 2021 nanti akan dipaparkan barang-barang terkini dan menjadi pilihan pengunjung ke sini. Sepanjang siaran langsung di Facebook nanti korang boleh juga memenangi peraduan Giveaway yang dianjurkan. Caranya mudah sahaja hanya share dan Tag 10 orang rakan dalam Facebook Live tu dan korang layak untuk menang baucer beli-belah daripada KWC.



Bukan kat situ sahaja ada lagi korang boleh menang hadiah-hadiah hebat dengan menyertai peraduan Facebook KWC Style Rayaku OOTD yang telah bermula 17 hingga 30 April 2021 ini. Caranya mudah sahaja:-

1) Tangkap gambar OOTD korang di KWC Fashion Wholesale
2) Muat naik di Facebook dan Tag 3 rakan
3) Gunakan hashtag #KWCStyleRayaku dan #KWCFashionWholesale
4) Pastikan pos korang adalah ‘Public’

Hadiah yang ditawarkan adalah baucer tunai RM1000 untuk 1 Pemenang dan juga hadiah saguhati baucer tunai RM200 untuk 10 orang pemenang. Wow siapa tak nak boleh beli belah secara percuma jer nanti kalau dah menangkan.

Program CSR Mekar Di Aidilfitri


Melalui tema Mekar Di Aidilfitri KWC juga ingin mekar di jiwa mereka yang kurang bernasib baik. KWC menganjurkan program menyantuni golongan asnaf dengan kolaborasi bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Pihak pengurusan KWC akan menaja baucer tunai RM350 kepada 10 keluarga asnaf untuk membeli belah persiapan hari raya dan juadah berbuka puasa pada tanggal 29 April 2021 nanti. Juga tidak lupa menyedekahkan kepada pengunjung sebanyak 500 bungkus Bubur Lambuk dengan kerjasama Red One pada 23 April ini.





Dalam kita bergembira mereka yang kurang bernasib baik jangan kita lupa kerana mereka juga nak meraikan hari Raya yang ceria ini. Juga sepanjang bulan Ramadan ini KWC Fashion Wholesale akan dibuka lebih awal dari pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam bermula 24 April hingga 12 Mei 2021. Ini nak memastikan semua pengunjung dapat peluang beli-belah secukupnya di sini.



Lagi untung kalau korang yang datang beli barang di sini berjumlah RM200 atau RM400, korang boleh menebus hadiah misteri. Kalau korang beli kat banyak kedai resit yang diberikan simpan dan cukup jumlah boleh tebus hadiah berupa Set Penyedut Minuman Pelangi atau Pengisar Buahan Mini atau Bakul Kuih atau juga Mini Speaker.




Jadi tunggu apa lagi dah banyak tawaran diberikan oleh pihak KWC Fashion Wholesale untuk semua pengunjung dan bakal pengunjung yang akan datang memeriahkan persiapan Raya nanti. Buat pilihan bijak membeli dengan senang dan tenang di KWC Fashion Wholesale pasti tak rugi berbaloi-baloi. Macam Maha dah beli kat sini dan akan datan lagi nak beli macam-macam lagi kat sini. Korang jom lah kita shopping. Selamat membeli belah semua.









20 ulasan:

  1. My arwah mom's place to go and shop , tak raya pun memang nak attend kenduri ke pa mesti ke sini. haihs. lama dah ty tak gi sini maha

    BalasPadam
  2. Meriah, banyak baju raya boleh dapatkan di KWC ni.

    BalasPadam
  3. Oooo Kenanga ker , memang famous kan tempat ni. Member ada ajak tapi belum tergerak hati nak pergi tapi lepas tengok entry tiber rasa nak terjah jugak sebab ada berkenan dengan kedai yang jual blaus lawa2 tu...

    BalasPadam
  4. Best kalau dapat shopping sini. Banyak sgt pilihan harga pun boleh harga borong cuma tu la jauh naw kt kl

    BalasPadam
  5. Rasa macam nak pergi lagi, nak cari baju tidur, nak cari perfume, nak cari mask... eh macam-macam la nak cari sebab sini semua ada kan

    BalasPadam
  6. Eeee geramnya nengok.. pakkalll laaaa, rasa nak selam sekarang juga ke sana hahaha..
    Tapi dah bagitau anak, sebelum balik Johor, suruh dia singgah sini belikan hahaha

    BalasPadam
  7. Thanks for the introduction I didn't even know about KWC Fashion Wholesale, there are so many outlets too.

    BalasPadam
  8. Tempat wajib Ruby pergi setiap tahun. Memang best. Tambahan ada air cond, parking banyak, makanan berbuka pun banyak pilihan di food court dan ada contest bleh menang rm 1k. Memang best dan berbaloi-baloi shopping di KWC.

    BalasPadam
  9. heaven kan shopping kat sini..macam2 ada..boleh untung sebab kita boleh barang pada harga borong

    BalasPadam
  10. Nell baru plan nak g sini nnti... Wahh ada contest ye, if dpt snap OOTD kat sana nanti.. 🙏

    BalasPadam
  11. KWC Fashion Wholesale mcm2 ada vedtlah shopping kat situ sbb ada tempat mkn sekali

    BalasPadam
  12. Sal kan kalau datang Kenanga memang mabuk la . Siap boleh repeat tau , beli pastu hantar barang kat keta then borong lagi . Harga sangat berbaloi dan kualiti pun puas hati sangat

    BalasPadam
  13. Tu dia ramabng mata tengok. Macam-amcam ada dekat situ. Mau tak balik kang..ahhaha. Harga sangat berbaloi semua tu

    BalasPadam
  14. iena kalau pergi kenanga ni memang habis borong la.. murah murah baju kat sini. Bukan baju raya je murah..baju casual pun murah hehe

    BalasPadam
  15. Pernah shop kat KWC Fashion Wholesale. Memang macam-macam ada, daripada nak beli 1 baju, tetiba jadi 2-3 pasang terus haha

    BalasPadam
  16. Tempat fav ni kita panggil kenanga je dulu. Ohh skang pgl KWC. hehehe. Kalau mai sini tk sah tak anggkut stu lori. hehehe

    BalasPadam
  17. Wow! Memang bergaya lar pakai baju yang labuh tu. Memang banyak pilihan kan kat sini. Sesiapa yang ingin beli baju raya boleh lawat kat sini.

    BalasPadam
  18. Wah, tak pernah tau pun pasal tempat ni. Banyaknya pilihan, cantik2 pulak tu! Harga pun tentu berpatutan.

    BalasPadam
  19. Last weekend kita dah pegi sini. Memang meriah! Macam-macam ada, dan paling best harga murah. Beli banyak lagi murah dia bagi. Best!

    BalasPadam
  20. Waa menariknya tempat ni, bukan je jual baju tapi kasut dan aksesori lain pun ada. memang mudahla lepasni nak shopping raya.

    BalasPadam