Bazar Ramadan,

Kat Mana Nak Beli Makanan Untuk Buka Puasa Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini

Rabu, April 15, 2020 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Kerajaan telah melanjutkan lagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga tanggal 28 April 2020. Jadi sekarang ni kita telah masuk fasa ketiga untuk perintah ini bagi memutuskan rantaian Pendamik Covid-19. Seperti mana kita semua ketahui bahawa tinggal kurang daripada 10 hari jer lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan tempoh itu juga kita kena hadapi PKP ini.

Jadi kerajaan telah mengambil langkah drastik dalam memastikan matlamat untuk menghentikan jangkitan pendamik ini dapat diteruskan dengan melarang semua bazar Ramadan diadakan dalam tempoh PKP. Namun kerajaan masih melihat bahawa ada altenatif lain dalam memastikan pengusaha bazar Ramadan dapat terus beroperasi dibulan mulia ini tanpa membahayakan nyawa pembeli. Maka dengan itu lahirnya idea untuk mewujudkan e-Bazar Ramadan.

Salah satu e-Bazar Ramadan pertama di Malaysia adalah Watsapkita. Apa itu Watsapkita? Bagaimana ia mampu membantu pengusaha dan juga pelanggan terus mendapatkan juadan bulan Ramadan dalam keadaan kita masih #dudukrumah. Serta memastikan matlamat utama kerajaan untuk memutuskan pendamik akan tercapai. Misi Watsapkita sangat mudah iaitu untuk menolong membangunkan komuniti ekonomi. 

Apa itu komuniti ekonomi? Komuniti ekonomi adalah sistem ekonomi yang mengutamakan jual beli dalam satu komuniti. Cuba korang bayangkan dalam waktu Covid-19 ni ramai peniaga tak boleh buka gerai atau kedai. Ini secara langsung membuatkan ekonomi di komuniti itu terus mati. Ditambah lagi dengan kebanyakkan peniaga kurang pengetahuan dalam perniagaan secara dalam talian.


Jadi kehadiran Watsapkita ini dapat merancakkan lagi komuniti ekonomi dan secara langsung dapat menolong peniaga IKS mencari rezeki dalam bulan Ramadan. Kita sendiri pun selaku pengguna dalam masa sama dapat menikmati juadah yang begitu popular masa bulan Ramadan dengan hanya duduk rumah dan buat pembelian di e-bazar ini.

Kelebihan Watsapkita


Diantara kelebihan Watsapkita e-bazar ini, selain menyahut seruan kerajaan mengelakkan daripada pembeli berkumpul beramai-ramai untuk membeli makanan di bazar Ramadan. Ia juga dapat memudahkan urusan kerana: 

- Satu-satunya platform yang mempunyai bazaar komuniti (satu bazar komuniti ramai peniaga)
- Proses yang lengkap dari pembelian dan bayaran atas talian sehingga ke proses penghantaran
- Beli dari pelbagai penjual dalam satu cas penghantaran sahaja
- Penghantaran dilakukan dalam hari yang sama (dalam tempoh beberapa jam sahaja)


Apa yang Maha tengok dalam sistem e-bazar ini ia sangat lengkap dengan sistem pembayaran dimana pengguna tidak perlu keluar tunai dan hanya dilakukan dalam sistem yang selamat. Kemudian penghantaran yang disediakan pula adalah secara 'bulk delivery'. Ini bermaksud korang selaku pelanggan boleh membeli dari empat peniaga berlainan dalam bazar komuniti tersebut tapi akan di cas untuk sekali penghantaran sahaja. Kat situ dah menjimatkan pembelian korang dan ia sangat menarik.

Model Operasi WatsapKita


1. Setiap bazaar ada Organizer yang tinggal di kawasan bazaar tersebut. Tugas Organizer adalah untuk mencari peniaga dan mempromosikan bazar tersebut. Organizer bazar akan mendapat komisen dari setiap jualan. 

2. Setiap bazaar pula terdapat sekurang-kurangnya 30 peniaga dan harus berada atau beroperasi 3km dari kawasan bazaar tersebut. 

3. Setiap bazar akan ada satu delivery partner tersendiri. 


Cara Pembelian Dalam Watsapkita


Langkah untuk kita sebagai pembeli atau pengguna sangat mudah macam korang selalu buat pembelian secara atas talian lain. Tapi kali ini korang hanya perlu layari laman https://www.watsapkita.my. Kemudian pilih bazar komuniti yang berhampiran dengan korang. Langkah seterusnya adalah pilih juadah yang korang hendak beli. Ia maksima dari empat perniaga sahaja. Sesudah membuat pemiilihan produk korang terus buat pembayaran secara atas talian ia dijamin selamat. Lepas siap pembayaran tunggu lah penghantar akan menghantar makanan terus ke rumah korang. Sangat mudah dan menjimatkan masa.


Korang rasa macam mana dengan kosep Watsapkita ini. Bagi Maha ia satu inisiatif yang bagus dalam memastikan kelangsungan perniaga kecil dan sederhana seperti peniaga bazar Ramadan untuk terus hidup. Juga memastikan bahawa kita sebagai pembeli akan sentiasa dapat apa sahaja barang yang kita perlukan dibulan Ramadan. Dalam masa sama menjaga keselamatan kita dan memutuskan rantaian Covid-19.

Kalau korang nak daftar jadi organizer atau peniaga di e-bazar Watsapkita boleh layari :
Tel : 017-2362440 (Amir)
        016-3373749 (Shazwani)
Email : admin@watsapkita.my






17 ulasan:

  1. wow, e-bazar ramadhan.
    di bandar besar ok la. kat area aida ni, Maha, xde servis gini.
    aida kena keluar skit ke melaka tgh tu hah utk dpt kan apa2.
    bagus inisiatif ni. menggalakkan org tidak keluar. makanan sampai di pintu rumah, kan.
    terutama KL la. dah la red zone. susah nak dptkan makanan. terbaik ni!

    BalasPadam
  2. Inisiatif yg bagus utk yg dah xlarat nak masak hari2 waktu puasa ni. Mcm area umah za sbb secluded and rural skit xde deliveries dari major food resources so selamt ada komuniti area sini buka telegram utk food delivery. Ada la lauk2 lain nak makan..

    BalasPadam
  3. Maha, dalam phone ko dah berapa banyak apps jual makan? Hahahaha...
    Adei banyak betulkan jualan online makanan, bagus memudahkans emua orang, yang ini baru pestime Sis dengar, nanti nak try gak nengok, ada ke tak di Johor...
    Cuma tu lee, area uma Sis pun red zone, banyak delivery tak masuk dah...

    BalasPadam
  4. Sebelum watsapkita ni pun dah ada ramai buka group food delivery. cuma tak tersusun lah. Harap yang watsapkita ni lebih teratur pengurusan dan memudahkan penjual serta pembeli. Semoga dipermudahkan!

    BalasPadam
  5. Wah sekarang ni terpaksa praktikkan online dalam kehidupan seharian kita kan? Sebab tak nak bagi orang berkumpul suatu tempat. Bagus ni. Bulan puasa nanti akak singgah sini nak tengok balik pos ni.

    BalasPadam
  6. Ramadhan tahun Ini will be different sebab x ada bazar macam sebelum2 Ini. Thank you for sharing information about this apps ya.

    BalasPadam
  7. bagusnyaaa baru rasa lengkap ada bazar ramadhan walaupun secara online. kelainan tu pasti janji meriah

    BalasPadam
  8. sekarang ni memang mudah dengan online. hikmah pkp bila mana perniagaan melalui online mula mendapat tempat.

    BalasPadam
  9. bagus juga inisiatif online macam ni. tak perlu bersesak-sesak, jimat tenaga jimat masa. ada hikmahnya PKP dijalankan ni.

    BalasPadam
  10. Lagi 6 hari nak berpuasa. Okla ada e-bazar. Tapi penatnya rider tu nanti nak pergi hantar.

    BalasPadam
  11. Wahh menarik ni ada e-bazar ramadhan.. Boleh la beli nanti. Bulan puasa mesti nak mkn mcm2 iena ni😂

    BalasPadam
  12. Bagus ada info macam ni, persediaan Ramadhan tak lama lagi dah.. Bolehlah install apps-apps yang memudahlan para isteri dan keluarga yang memerlukannya.. bukan apa kadang-kadang gas habis sangatlah membantunya adanya delivery mcm ni

    BalasPadam
  13. Banyak pilihan kita. Bgusla wasapkita ni. senang la kalau nak order makanan yang kita teringin macam dekat bazar kan..harap teratur dan makanan yang ada berada dekat semua tempat

    BalasPadam
  14. Dengan adanya e-bazar sekurangnya dapatlah kita membeli makanan dibulan Ramadhan, walaupun tak sama tapi ok lah kan. Lagipun dgn cara kita membeli melalui ebazar ni dpt juga membantu peniaga2 pasar ramadan

    BalasPadam
  15. Menarik dengan pilihan e-Bazar sekarang yang ada ni sebab kita kena ada alternatif lain untuk bazaar ramadhan tahun ni. Nanti Maha tengok blog saya pun ada share pada ebazar ni.

    BalasPadam
  16. moleklah ada inisiatif ni. memudahkan peniaga juga untuk menjual. dan memudahkan pembeli seperti saya

    BalasPadam
  17. Time MCO ni sis memang support e-bazaar ramadan its safer for the seller and buyer as well plus as u know i like spicy food so i dah sedia my list apa makanan nak order

    BalasPadam