Food Review,

Khatulistiwah @ The Curve Mutiara Damansara Terkenal Dengan Kopi Dan Makanan Malaysia

Selasa, Ogos 20, 2019 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni kita ke sebuah kafe tak silap Maha yang mana konsep lebih moden dan juga berada dikeliling kemajuah dan kepesatan bangunan. Ini lah kafe yang Maha maksudkan iaitu Khatulistiwah yang dipertik daripada perkataan Melayu Khatulistiwa yang membawa maksud garis bulatan yang membahagikan bumi menjadi dua bahagian, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.

Mungkin sebab iklim di Malaysia iaitu Khatulistiwa sebab itu kafe ini mengambil sempena nama tersebut. Kalau korang lihat pada logo kafe ini apa yang korang dapat gambarkan. Apa yang Maha dapat gambarkan pada logo kafe ini adalah bentuk herba asli tempatan yang popular dalam masakan Malaysia iaitu Bunga Lawang


Sebab itu makanan kat kafe ini adalah makanan tradisional Malaysia yang begitu popular seperti Nasi Ulam, Nasi Kerabu dan Nasi Lemak Pandan. Semua nasi-nasi ini boleh dipilih dengan lauk pilihan yang korang suka iaitu Rendang Ayam, Ayam Goreng Berempah, Gulai Ikan dan Daging Bakar. Mulanya Maha pun tak tahu makanan apa yang menarik kat sini tapi hari tu masa Maha datang ke kafe ini cawangan The Curve Mutiara Damansara baru tahu mana yang sedap.



Maha paling suka adalah makan Nasi Ulam bersama dengan Ayam Goreng Berempah. Nasi Ulam ni kita rakyat Malaysia tahu nasi yang digaul dengan sayur-sayuran tradisi tempatan yang segar seperti daun cekur, daun pegaga, daun kaduk dan juga banyak lagi. Walaupun korang nampak jer nasi ni serve dalam mangkuk kertas tu tapi kuantiti banyak dan ayam tu sangat besar. Makan juga bersama dengan sambal gesek dan acar sangat terangkat. 
Nasi Ulam Ayam Goreng Berempah (RM12.50)


Lepas tu pula Maha mencuba satu lagi nasi yang popular dari Pantai Timur semenanjung iaitu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu ni Maha padankan dengan Daging Bakar juga ada dalam set tu adalah keropok ikan dan telur masin. Best gilerrr makan selera sangat kerana cukup rasanya cuma yang ni tiada budu sahaja dalamnya. Ada sambal gesek dan juga kelapa goreng bersama dengan sayur tempatan membangkit nafsu boleh habis satu mangkuk tu.
Nasi Kerabu Daging Bakar (RM13.50)


Pada yang nak kurang makan nasi boleh cuba mereka punya koleksi mee ada kat sini Asam Laksa, Mee Curry dan Mee Soup. Hari tu Maha mencuba satu daripada koleksi mee mereka ini iaitu Mee Sup. Walaupun nampak macam putih jernih tapi dalamnya ada rasa sup dan juga banyak bahan-bahan seperti cendawan, fish ball dan fish cat serta macam-macam sayur lagi. Nak tambah uhmpp lagi dalam Mee Sup ni jangan lupa letak mereka punya sambal kicap yang sangat pedas yer berapi kalau isi banyak hehehe.
Mee Soup (RM9.50)


Tapi sebenarnya keistimewaan kafe ini adalah terletak pada minuman kopi mereka. Ini kerena mereka blend kopi sendiri daripada biji kopi asli menjadi minuman yang mempunyai rasa sendiri. Kopi mereka boleh dinikmati secara Kopi-O atau Kopi Susu. Walaupun Maha ni bukan peminat kopi tapi bila tengok kopi kat kafe ni banyak macam-macam jenis jadi tersuka tanpa sengaja.



Kopi mereka juga bukan sahaja boleh dinikmati di kafe ini tapi juga boleh dibeli dan dibawa balik. Ada pek kopi istimewa yang diberi nama sempena dengan fauna di Malaysai iaitu Murai Batu. Ia adalah gabungan yang terbaik dari biji kopi Indonesia dan Kolombia. Kopi ni lebih gelap dan juga selalu orang Malaysia minum sebagai kopi Kaw original tanpa campuran lain.



Kemudian ada pula kopi Pekaka Api yang menggabungkan biji dari Arab Ethiopia dengan biji Robusta Indonesia. Rasanya lebih kuat dan juga bau kopi lebih pekat. Kalau korang nak cuba sendiri boleh beli dalam pek yang menawan dan menarik ini. Nak jadi hadiah pun cantikkan best. 



Selain hadiahkan kopi korang juga bila datang kat Khatulistiwah Kafe ini boleh beli mereka punya koleksi Tumbler yang cantik dan menawan ni. Juga ada Coffee Maker yang exclusive sangat elegant untuk membancuh kopi-kopi mereka tu. Jadi bukan sahaja boleh makan tapi boleh beli cenderamata kat sini. Kafe ini buka setiap hari dari pukul 10pagi hingga 10malam sesuai kalau korang datang beli belah kat area Mutiara Damansara ni dan bila dahaga atau lapar singgah kafe ini jer.

Info lanjut dan juga promosi layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 45
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 3.5/5







20 ulasan:

  1. Syurga makanan bagi yang suka makan. Lawa je makanan dalam mangkuk tu. Makin berselera kan. Air pun nampak menarik. Duk dalam peti sejuk lagilah. Bestnya!

    BalasPadam
  2. Adoi. Kenapalah maha mahu selalu menguji makanan sedap2 ni. Nampak nasi kerabu je tak tentu arah ni. Mana yang paling favorite? Boleh pilih set ye nak ayam ke daging tu

    BalasPadam
  3. premium cara hidangannya tu. dan of course nampak sedap semuanya. naseb baik dah lunch, kalau tidak, terliur teruk ni.

    BalasPadam
  4. menarik nyer, maha.
    aida ni boleh la dikatakan coffee lover.
    precisely, i am a caffein lover :)
    makanan nyer, aduh. laparrrr...
    bila buat sendiri coffee ni, surely ada rasa dia yg tersendiri, kan.
    pasti unik :)

    BalasPadam
  5. Awass ye..makan tak ajak kita. Hahahaha. Kita tengok entri kita, semua awak cakap Awassss kalu tak ajak pi makan.Sis tengok je dah tau sedap, tambah pulak bila awk senyum dengan lebar. Tumbler tu nice dan suka lah pek dia ada gambar burung. Ada burung eksotk tak? Gitu. Main tepon tu nak ajak i amkan ke? Gittew

    BalasPadam
  6. Unik nama restoran ni guna perkataan tu. Memang bercirikan apa yang ada di khatulistiwa ni. Bungkusan kopi tu menarik la. Ingatkan apa tadi. 2 kali baca baru tau...kopi rupanya. Ingat snek burung goreng hihihi

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  7. Nama cafe pun dah unik..boleh try nie..tgok nasi kerabu bakar tue mnyelerakan betul..kalau nk cri port makan best2, maha mmg terer..blogger kaki mknn kaki masak..hihi

    BalasPadam
  8. Rawlins suka tengok penjenamaan produk dia yang memperkenalkan burung-burung di Malaysia. Ini memang bagus dalam mempromosikan produk dan juga mengenali fauna tempatan. Moga rezki bertambah dan maju ke peringkat antarabangsa.

    BalasPadam
  9. baru tau pasal kedai makan ni..uniknya nasi dalam mangkuk macm tu..wah ada nasi ulam, nasi kerabu..boleh cuba ni..namapks edap...

    BalasPadam
  10. Sedapnya nasi ulam tu. Mesti kenyang sebab ada sayur ayam macam2 lah dalam satu mangkuk

    BalasPadam
  11. ni baru ek..dah lama saya tak gi curve...jauh sangat dari rumah i hehehe

    BalasPadam
  12. dah lama tak pergi the curve.. nanti nak pergi then singgah KHATULISTIWAH la.. tengok food tu sangat menarik je..selera pulak tgk nasi ulam ayam berempah tu..

    BalasPadam
  13. uniknya nama kedai die..makanan pun nampak sedap tu. Packaging tu mudah la kalau nk bawa drive thru. Senang makan dalam kereta kalau travel

    BalasPadam
  14. Terima kasih Maha for this recommendation. Memang suka kopi dan selalu ke area The Curve ni dan tak tau nak makan apa kadang-kadang, ni tau dah ni.. lepas ni boleh try menu sini pulak

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas perkongsian. Nampak menarik bekas makanan tu. Unik. Nama Restoran pun dah Unik. In shaa Allah kalau ada urusan ke the curve tu, saya akan singgah.

    BalasPadam
  16. Logo dia bunga lawang ya Maha. 😊

    Sedap menu² nasi tu. Nasi ulam nasi kerabu. Fuhh 😋😋 suka ruby suka tu.

    Wahh. Kopinya mesti sedap sebab letak brown sugar

    BalasPadam
  17. Ingatkan tadi makanan burung pak murai batu tu :) rasa tak percaya sampai ulang 2 3 kali baca...sikit lagi tertipu rupanya kopi...bukan apa, coz kat rumah ayah memang ada pelihara burung murai batu...

    BalasPadam
  18. That Nasi Kerabu Daging Bakar looks so delicious… kenapa tak ajak hahaha… not too far from my place, will try to stop by one day

    BalasPadam
  19. Nama kedai ni unik betul.. Pakai khatulistiwa lagi... Ikot musim ke apa ni. Hehehe.. Tengok menu2 dia sedap2 belaka jd lapar lak..

    BalasPadam