Baba's,
Versus 1001 Rasa Baba's Pencarian Tukang Masak Terbaru TV3 Mula Tayangan 26 Oktober Ini
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada post disebalik tabir program Versus 1001 Rasa Baba's yang Maha juga terlibat sebagai juri jemputan. Sekarang ni pula maha nak cite pasal majlis sidang media pelancaran program ni yang sebenarnya akan mula ditayangkan di TV3 Oktober ini.

Pada 12 Oktober lalu majlis sidang media ini telah diadakan di Empire Hotel Subang yang turut dihadiri barisan media dan blogger. Hari tu adalah hari bermakna sebab Maha datang sebagai jemputan VIP kerana menjadi salah seorang juri dalam progrm tu. Bukan lagi datang sebagai blogger seperti mana event-event sebelum ini hehehe.
Program hari tu diacarakan oleh Fiza Sabjahan dan turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Mr. Claudin Navin Stanislaus iaitu Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba's. Juga ada gimik pelancaran yang simple tapi tetap meriah. Paling best adalah sesi memperkenalkan pengacara sebenar program ini iaitu Chef Kamarul dan Chef Adhu Amran. Memang riuh majlis dibuat oleh dua pengacara ini.

Sama-sama tu juga mereka memperkenalkan barisan Mentor dan juri jemputan sepanjang program itu diadakan. Maha salah seorang yang naik pentas hari tu hehehe cuba korang cari mana Maha dalam gambar ni mesti tak jumpakan wakakaka. Lepas tu mereka buat tayangan video sepanjang sesi ujibakat dan juga sesi rakaman program ini belangsung.

Bagi memberikan penonton yang hadir pada hari tu merasai sendiri kekalutan sepanjang rakaman program itu satu mini pertandingan telah diadakan antara penonton yang dipilih. Macam tu lah rasanya perasaan peserta seperti mana yang Maha cite dalam post yang lepas.


Konsep program Versus 1001 Rasa Baba's kali ini adalah 1 lawan 1 setiap episod dan ada 13 episod kesemuanya. Manakala pemenang setiap episod pula akan bersaing dalam sosial media dengan resipi paling mendapat perhatian orang ramai. 4 peserta yang mendapat like, share atau undian tertinggi dalam sosial media akan bersaing pula peringkat akhir nanti.
Maksudnya program ini lama lagi akan habis tahun depan tau. Maha terlibat dalam 3 episod sahaja kalau korang nak tonton tarikh yang telah diberikan Maha nya episod adalah pada 02/11, 07/12 dan 04/01/2018. Jadi korang booking tarikh-tarikh yang Maha nyatakan ini ok bermula jam 5.30 petang di TV3.


Paling best pemenang utama nanti akan memenangi wang tunai RM10,000. Di akhir acara diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan anjuran Baba's di laman Facebook mereka dapat pergi Gold Coast Australia lagi. Lepas tu kami dihidangkan dengan jamuan makan masakan daripada produk Baba's iaitu Kepak Ayam Goreng Muruku Bersalut Sos Tomyam dan juga kek istimewa ini sedap. Selamat menonton semua.
best la Maha...dikelilingi orang2 yang hebat...
BalasPadamMasa untuk kembangkan network dalam dunia blog ni hehehehe...
Padamwahhh tak sabar nak tengok uols ehee
BalasPadamJangan lupa ok 3 episod tu kena lekat depan tv...
Padamwah bestnya, jap nak save the date nanti boleh tengok haha
BalasPadamhehehe nanti sempat rakamlah yer wakakakaka...
PadamWah menarik sungguh rancangan masakan ni, hadiah pun besar juga tu
BalasPadamjarang ada pertandingan macam ni kat Malaysia kan bestkan..
PadamWah terbaiklaa maha terpilih jadi juri jemputan. Ok kena tgfu 2 nov yg terdekat.😊
BalasPadamHehehehe Terima kasih kita cuba nasib jer...
Padamgiler tak nampak Maha...ade je tu ha atas pentas . BTW congrats bro!!
BalasPadamHehehehe mana nampak kita tersorok wakakaka terima kasih akak..
PadamWah bestnya! tak sabar nak tengok.hehe. Terliur pulak tengok ayam tuh.
BalasPadamAyam tu goreng menggunakan produk Baba's tau...
Padamwahhh abam pap pap pap ke tu berpeluang naik ke pentas ahhaha.. masak apaa
BalasPadamAbam pap pap masak Stew Seafood sedap tau..
PadamPerghhhh tabiklahhh abg maha mahu jadi juriii... My idolaaa
BalasPadamTerima kasih Ina nanti jngan lupa tonton yer...
PadamWah, program masakan baharu ya, kadangkala ada juga gunakan rempah2 dari Baba's.
BalasPadamKalau akak pengguna rempah Babas kena tengok program ni banyak resipi baru mereka cipta guna rempah Babas.
Padambest nye kalau dpt join
BalasPadam