Food,

Gerai Ikan Bawal Goreng Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah Penang

Selasa, September 08, 2015 Mahamahu 0 Comments

Gerai Ikan Bawal Goreng Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah Penang - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih lagi kali ni mood makan kat Penang semasa Maha dan kawan2 berada di sana bercuti. Banyak dah tempat makan yang Maha dah cite korang leh baca sebelum dan kali ni satu lagi tempat makan yang mesti korang kena singgah bila ada kat Penang. Gerai Ikan Bawal Goreng yang begitu rare kat Penang ni tapi sedap Maha dah makan.



Gerai Ikan Bawal Goreng ni nama tak ada sebab gerai ni tepi jalan. Kalau korang nak cari search kat waze Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah. Bila korang sampai kat jalan tu gerai ini betul2 berada di depan dengan Maybank. Gerai ini biasa jer kalau tengok tapi bila buka memang ramai sangat orang. Gerai ini buka hanya waktu malam dari pukul 6 petang sampai habis. Selalaunya pukul 10 dah habis hehehehe.


Masa Maha pergi tu memang kalau tengok gerai biasa jer dengan kerusi dan meja besi dan di hias dengan lampu liplap. Tapi bila ada orang datang memang penuh kat situ semua meja. Pelbagai kaum datang makan tau ada Melayu, Cina dan India. Kadang-kadang ada pelancong asing juga datang makan kat sini ok. 



Menu kat sini menarik hanya ada Ikan Bawal Goreng dan juga Ayam Goreng. Tak ada menu2 lain korang jangan minta yang bukan2 ok. Set untuk Ikan Bawal Goreng ini datang dengan Nasi Putih, Kuah Kari dengan Kacang Bendi, Ulam dan juga Sambal. Memang menarik sangat dapat makan panas2 puas. Sama juga untuk hidangan Ayam Goreng buat mereka yang tak makan ikan.





Harga pun menarik tau satu set untuk Ikan Bawal Goreng dan Ayam Goreng RM8 sahaja. Tu untuk makanan lah dan untuk air pun ada juga kat situ. Korang boleh order apa2 sahaja air kat situ tapi air buah tak adalah ye hehehe. Seronoklah makan kat sini sebab relax dan santai di kawasan parking tepi jalan hehehe walaupun kadang2 sesak kat situ dengan kenderaan nak parking.



Jadi kalau korang datang Penang boleh cuba Gerai Ikan Bawal Goreng ini. Nak cari lah yer sebab tak ada sign board. So lepas ni Maha akan cite banyak lagi tempat makan menarik kat Penang ni. So tunggu ok tak habis lagi tau. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera. 








0 Pandangan: