Fast Food,

Canadian Pizza Makan Sambil Santai

Sabtu, April 26, 2014 Mahamahu 0 Comments

Canadian Pizza Makan Sambil Santai - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dah juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak cite pengalaman buat pertama kali makan satu lagi branch pizza di Malaysia. Sapa tak kenal Canadian Pizza tapi bagi Mahamahu ni pertama kali nak order untuk cuba makanan pizza yg merupakan makanan popular di negara Itali. Cuma Canadian Pizza ini Mahamahu order melalui call delivery. Kat situ ada pengalaman yg pelik buat Mahamahu.


Nak order melalui call boleh hubungi melalui 1-300-880-241. Mahamahu pun call lah untuk order yg angkat call seperti suara seorang bukan org lokal ini kerana dia tidak faham bahasa Melayu. So Mahamahu kena bertutur bahasa Inggeris, itu ok lah tak ada masalah, tapi masalahnya bila dia minta alamat rumah tu yg masalah. Bukan apa bila Mahamahu bagi alamat rumah no block dan no rumah tu ok tapi bila bagi nama jalan terus dia tak faham. Mahamahu sebut Jalan Bukit Jalil Indah 4 terus pekerja tu minta ulang banyak kali. Tak kan Mahamahu nak sebut nama "Bukit Jalil Magnificent Road 4" baru dia nak faham.


Lepas kerana mungkin dia tak faham nama jalan tu terus dia bagi kepada seorang lagi kawn dia yg merupakan org lokal. Bila Mahamahu sebut baru lah kawn dia tu faham dan tahu nama jalan tu. Aduh payah lah kalau mcm ni ambil org luar untuk jawab call delivery tak tahu nama jalan tempatan. Mcm mana ni kalau tak mesti penghantar pizza tadi dah sesat tak jumpa nama jalan tu. Pelik2 kalau ye pun nama Canada punya product tapi bila dah ada kat country tu gunalah org local yg lebih arif tentang nama jalan atau pun latih pegawai mereka supaya faham tentang nama jalan di Malaysia ni.


Tapi nasib baik penghantar pizza tu tak sesat dan tahu area kawasan rumah Mahamahu ni. Dalam setengah jam sampai pizza yg Mahamahu order. Mahamahu order mlm tu set combo pizza yg mengandungi 2 Large Pizza 12" + 1 Baked Lasagna atau 4pcs Chicken Wings, yg tu Mahamahu pilih Beef Lasagna +  2 Garlic Breads dan 1 soft drink 1.5L. Semua set tu pada harga RM73.90 tu termasuklah dengan gov tax. 
 
Meat Lover

BBQ Chicken Bonanza

Garlic Breads

 
Beef Lasagna


First time Mahamahu dpt makan Canadian Pizza ini maklumlah nak cuba. 2 Large Pizza tu lak Mahamahu pilih pula pizza jenis BBQ Chicken Bonanza dan satu lagi Mahamahu pilih Meat Lover. Kedua2 pizza ini antara yg popular di Canadian Pizza. Kalau kawan2 nak cuba Mahamahu rasa boleh lah tapi ia agak sedikit tebal di bagaian doh. Kalau nak cuba tak rugi best juga dan pilihan lain untuk side dish pun banyak dan menarik. So sapa2 nak cuba boleh call tapi hati2 dengan customer service yg tidak familiar dengan jalan di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan menu2 yg ada di Canadian Pizza boleh layari www.canadianpizza.com.my dan juga boleh buat tempahan melalui online juga yer. Tempahan melalui SMS juga boleh di lakukan wow hebat. Tapi mungkin lepas ni Mahamahu kalau nak makan Canadian Pizza boleh lah order melalui online atau juga melalui SMS. Kepada kawn2 selamat mencuba dan selamat menjamu selera.