DiGi,

Percutian Mewah di Bali dan Yangon bersama Travelar.com

Khamis, Oktober 31, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera pada semua pembaca dan kawan2 sekalian. Hujung tahun bakal menjelma dan juga tiba musim untuk cuti sekolah. Time ni lah semua ahli keluarga tumpang untuk bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Apa plan anda untuk cuti sekolah yg akan datang dan kemana anda nak pergi?


Kalau Mah@mahu di beri peluang pastinya dua destinasi hebat dan menarik yg tak pernah lagi Mah@mahu jejakan kaki ker sana. Mah@mahu mahu pergi ke Bali/Yangon dengan Travelar kerana... mahu merasakan satu percutian paling mewah dan selesa ke negara yang penuh budaya dan kesenian tersendiri dan merekodkan sejarah kewujudan Bali dan Yangon sejak bertahun lamanya dalam diari percutian Mah@mahu.

Sedikit cite pasal Bali yang sempat Mah@mahu baca and research untuk panduan sebelum pergi ker sana nanti hehehe mcm dpt jer wakakaka...Pasti ramai org tahu tentang pulau yg cukup unik dan menjadi daya tarikan bukan sahaja di negara mereka malah ke peringkat dunia. Setiap tahun pasit pulau ini di penuhi oleh pelancong serata negara untuk menikmati bukan sahaja budaya tetapi keunikan muka bumi pulau Bali yang di kelilingi laut dan juga gunung ganang. 

 

Yangon pula dulunya hanya sebuah perkampungan nelayan kecil yang terdiri daripada rumah dan juga sebuah Pagoda. Setelah perubahan dan juga kemajuan di hadapi kini Yangon dulu dikenali sebagai Dagon telah byk berubah daripada segi ekonomi dan kemajuannya. Tak sabar rasa diri ni nak pergi melancong ke dua negara hebat ni.


Tapi untuk memudahkan Mah@mahu merancang percutian hujung tahun ni pastinya dengan satu laman web yg menjadi rujukan utama Mah@mahu iaitu Travelar.com. Travelar.com adalah talian laman web tempahan hotel pertama di Asia dan mungkin yang pertama di dunia yang menawarkan penyelesaian terbaik pelancongan dalam talian untuk mencari & tempahan hotel bilik dengan sistem pengesahan serta-merta. So apa lagi, mudah di hujung jari merancang percutian lebih lengkap dan selesa. 


Selamat bercuti kepada semua rakan2 yg merancang dan mencari tempat percutian Mah@mahu rasa ini adalah tempat yg baik dalam pilihan cadangan anda untuk bercuti. Gunakanlah Travaler.com sebagai pencarian dan perancang percutian yg lebih jimat dan cepat. Moga percutian membawa seribu makna dan kebahagiaan kepada kita seisi keluarga. Selamat bercuti.....











0 Pandangan:

Alam Semulajadi,

Wordless Wednesday | Paya

Rabu, Oktober 30, 2013 Mahamahu 0 Comments





Photographer : Mahamahu
Lokasi : Paya Indah Wetland Banting






Local Food,

Uncle K Kalau Masak Memang Terbaik

Selasa, Oktober 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu ini dan juga pada rakan2 blogger yg juga rakan baik Mah@mahu kat sini. Kalau kawn2 perasan dalam facebook Mah@mahu dan juga Instagram Mah@mahu ada post satu gambar  minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia iaitu ABC atau Air Batu Campur. Kalau sapa perasan tgk ABC tu memang cukup tinggi dan menyelerakan.


Sebenarnya ABC tu adalah tempat yg Mah@mahu sempat singgah pada petang Ahad lepas. Memang nak cari ABC untuk minum petang tapi alang2 dah dtg sebuah restauran sedap ni maka makan malam pun sesuai sgt. Restauran yang Mah@mahu maksudkan adalah Uncle K Restauran. Terletak di kawasan perniagaan Cyberjaya Selangor. Nak cari dekat dengan CIMB dan juga OldTown Cyberjaya.
 



Uncle K ini menyediakan 5 jenia menu utama yg di minati rakyat Malaysia. Kalau nak cuba makanan Melayu tempatan ada, nak cuba makanan Thailand ada, makanan Indonesia pun ada kat restauran Uncle K ni. Bak kata org apa yg nak semua boleh minta yg penting wangnya ada cukup untuk makan kat sana hehehe...





Mah@mahu hari tu sempat order makanan khas daripada seberang iaitu Ayam Kampung Penyet Jawa Timur Original. Wow nama saja dah gempak apa lagi kalau makanan. Tapi memang tak nasi semua makanan nasi ayam penyet lengkap dengan sambal dan juga sayur ulam untuk di makan. Mah@mahu kenyang lah makan satu pinggan. 



Satu lagi makanan yg Mah@mahu sempat rasa tapi kawn yg order iaitu Nasi Beryani dengan Kambing Kurma. Memang terbaik kuantiti byk dan juga rasa rempah dalam lauk kambing cukup terasa kesedapan. Bersama dengan acar sayur dan juga papadom memang lengkap. 


Tapi kalau ada kawn2 nak order makanan western pun ada kat sana tau. Chicken Chop, Lamb Chop dan mcm2 lagi makanan western boleh di order. Kalau makan tak ada air tak sahkan so Mah@mahu hari tu orderlah ABC special sebab tgk gambar kat menu tu pun dah menggoda hehehe. Tapi memang tak sia2 makan ABC sana byk dan sedap boleh cuba. 


 

Cuma satu jer kalau pergi sana menu agar mahal sikit tapi berbaloi dengan rasa dan kuantiti. Jadi pergilah ker Uncle K Restauran Cyberjaya. Sekali sekala pergi jalan jauh2 untuk dapat makanan yg hebat dan enak berbagai variati tak salahkan tak rugi pun bawa anak bini atau kawn2 pergi makan sedap2. Mah@mahu pun nak buat gathering dengan rakan blogger lah satu hari nanti Insyallah ok...






Mahamahu,

Kembali Kepada Kehidupan Semulajadi di Nada Alam @ Pajam

Ahad, Oktober 27, 2013 Mahamahu 0 Comments

Kalau kita mencari kehidupan lebih tenang dan lebih bahagia dengan di kelilingi alam semulajadi pasti tak rugi walaupun kita berada jauh sedikit daripada kesibukan kota. Itu yg cuba di kotakan oleh Seri Pajam Development sebagai tanggungjawab untuk memastikan bahawa kehidupan rakyat Malaysia lebih selesa. Ini adalah satu lagi projek ke 8 yang terbaru daripada Seri Pajam Development.


 

Hari sabtu lepas Mah@mahu sempat menghadiri majlis perasmian projek mega daripada Seri Pajam Development iaitu Nada Alam yg teletak di jajahan Pajam Negeri Sembilan. Mah@mahu pergi untuk mengetahui bagaimana satu projek perumahan itu di mulakan dan bagaimana pembelian rumah itu di jalan. Cita2 ada juga nak beli rumah satu hari nanti tgh kumpul duit. 


Nada Alam ini adalah antara projek perumahan idaman Mah@mahu kerna ia cukup lengkap dengan segala yg ada dalam satu kawasan perumaha. Satu projek berskala besar dengan 5 fasa utama pembinaan perumahan mampu milik untuk mereka pada peringkat menengah. Fasa pertama pebinaan juga tertakluk kepada 2 jenis reka bentuk rumah.

Type A | 22’ X 70’ Double Story Terrace | RM 472, 400

Sebuah rumah mampu milik dengan keluasan ruang yg lebih luas dan juga reka bentuk terkini. Mempunyai ruang tamu, ruang makan, dapur, 4 bilik tidur (1 bawah dan 3 atas) dan 4 bilik air menjadi ia antara rumah yg menarik dan sesuai untuk mereka yang sudah bekerluarga. Di hadapan rumah di sertakan ruang balkoni dan juga ruang parking kereta yg cukup luas.

Plan Rumah

Type B | 20’ X 70’ Double Story Terrace | RM 440,500

Rumah yg di reka khas untuk keluarga bependapatn sederhana dan juga sesuia untuk mereka yg bekerluarga. Mempunyai ruang tamu, dapur, ruang makan dan juga 4 bilik tidur (1 bawah dan 3 atas) dan 4 bilik air. Di lengkapi dengan ruang balkoni dan juga ruang parking kereta mampu muat 2 buah kereta.

Plan rumah

Selain daripada keistimewaan reka bentuk rumah tersendiri, paling best kat Nada Alam @ Pajam ini adalah kawasan perumahan yg mengutamakan 5 ciri penting ini.

1)    13 ekar kawasan hijau
2)    5 konsep taman
3)    1 mini wetland
4)    7km kawasan jogging
5)    3 peringkat kawalan keselamatan

Kerana 5 perkara penting inilah menjadikan kawasan perumahan Nada Alam @ Pajam ini cukup istimewa dan selesa bagi mereka yg sedang mencari-cari perumahan baru. 

 


Mah@mahu sampai sana pun tgk kawasan perumahan ini cukup tenang kerana tersedia jalan masuk yg cantik dan luas. Selain tu juga perumahan Nada Alam @ Pajam ini berdekatan dengan pengankutan dan juga higway utama di Pajam.

1)    1 Minit ke LEKAS Higway
2)    1 Minit ke Station KTM Batang Benar
3)    5 Minit ke Higwat Utara Selatan (Exit Nilai)
4)    13 Minit ke Nilai Cancer Institute
5)    13 Minit ke Tesco Nilai
6)    26 Minit ke Sepang International Circuit
7)    35 Minit ke Putrajaya
8)    35 Minit ke KLIA
9)    40 Minit ke Hospital Serdang
10)    40 Minit ke Cyberjaya
11)    45 Minit ker Bandaraya KL

Itu adalah keutamaan kepada pembeli mesti nak cari kawasan perumahan yg bedekatan dengan kemudahan awam atau juga kemudahan kedai. Kat Nada Alam @ Pajam ni semua ada dan dekat pulak tu tak rugi sebenarnya kalau beli. 



Perasmiaan projek perumahan Nada Alam @ Pajam yg di sempurnakan oleh YB Dato’ Hassan Bin Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjadi simbolik kepada keutamaan kerajaan untuk melihat projek perumahan yg lebih mesra alam dan mampu milik oleh rakyat. Mah@mahu sampai sana sempat melihat plan pembinaan dan juga melawat sendiri rumah contoh yg telah di bina sama seperti dalam plan. 


Kepada pengguna atau pembeli rumah yg ada plan untuk membeli rumah sesuai dengan kemesraan alam sekitar dan juga keselamatan, Nada Alam @ Pajam ini adalah satu pilihan yg tepat. Harga tak perlu risau dan juga kemudahan yg ada di sekeliling memang cukup kuat buat perumahan ini bagi di miliki oleh mereka yg bekerja di Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan lebih info boleh perolehi seperti detail di bawah atau lawati gallery untuk mendapatkan suasana yg lebih jelan tentang Nada Alam @ Pajam ini.

SERI PAJAM PROPERTIES SDN BHD ( Co. No : 961035-M )

Nada Alam Gallery, Jalan Utama Nada Alam,

Taman Nada Alam,
71700 Mantin, Negeri Sembilan

GPS Coordinates

2.838600, 101.828688

Open daily from 10:00am - 6:00pm

(Including Public Holidays)

Tel : 06 – 7997 228

Fax : 06 – 7971 213
www.nada-alam.com.my







0 Pandangan:

Mahamahu,

Satu Idea Untuk Satu Kehidupan Baru Bersama Philips Malaysia

Sabtu, Oktober 26, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga rakan2 blogger sekalian. Kita semua ada pendapat dan juga idea yg bernas untuk memastikan bahawa kehidupan lebih baik dan selesa. Mcm tu gak Mah@mahu ada idea untuk di curahkan bagi melahirkan sebuah negara yang lebih mampan dan stabil daripada ekosistem yg ada. Cuma kadang2 kita tak tahu kat mana nak cura idea dan pendapat itu dengan lebih berkesan dan di terima umum.

Mah@mahu mahukan sebuah negara yang lebih selesa dengan alam sekitar yang lebih terjalin. Mah@mahu curahkan idea bahawa semua kembali kepada asal kita iaitu kehendak dan juga dalam diri mahu berubah atau tidak. Segala kita plan tidak akan menjadi kalau kita sendiri tak nak didik diri untuk berubah demi merubah dunia lebih selesa. Kawan2 pun pasti ada idea yg lebih bernas dan bijak untuk memastikan keselamatan dan keselesaan di dunia ini. 


Oleh itu Mah@mahu gunakan satu kesempatan yg di sediakan oleh Philips Malaysia dalam mencurahkan idea terbaik anda demi melahirkan satu generasi yg berfikiran jauh. "Philips Inovation That Matter to You" adalah satu ruang untuk anda mencurahkan idea ini kepada umum. Paling best lagi apabila idea anda akan di nilai oleh kawn2 dan juga pembaca sekalian dan di akhirnya akan di pilih sebagai pemenang. 


Mcm mana nak sertai peraduan ini mudah sahaja anda hanya perlu layari laman web Philips Malaysia di sini. Apabila anda telah masuk dan situ anda akan di berikan panduan untuk memberikan idea anda itu menjadi satu penyertaan untuk anda layak menang hadiah istimewa. Terdapat 4 langkah mudah untuk and sertai peraduan ini.


Di sini adalah ruang di mana idea anda pelu di realiti kepada penulisan agar dapat di sampaikan kepada kawn2 dan pembaca sekalian. Buat pertama kali Mah@mahu sertai peraduan yg memerlukan curahan idea yang dapat membantu menyelamatkan dunia di masa hadapan. Kalau anda nak jadi mcm Mah@mahu apa lagi sertai sekarang "Philips Inovation That Matter to You".



Lepas curah semua idea anda itu tiba masa untuk mendapat undian daripada pembaca sekalian. Mcm mana anda boleh postkan untuk mendapat like paling byk. Daripada like terbanyak itu juga melayakan anda untuk memenangi hadiah istimewa. Nak tahu kat bawah ni lah hadiah2 yg menanti idea yg paling bernas dan terbaik.


Jadi anda nak menang hadiah ini apa lagi sertai sekarang di laman web Philip Malaysia dan hantarlah idea2 bernas anda kepada Philip untuk di nilai. Mah@mahu dah buat anda bila lagi jom kita mengubah kehidupan yg baik kepada lebih baik.  Untuk para blogger ada tawaran hebat bagi yg nak sertai contest ini juga boleh berpeluang memenangi hadiah istimewa dalam blog post anda. Caranya mudah sahaja layari laman web ini [klik di sini] sekarang dan hantar post anda.

Join the conversations on #meaningfulinnovation on Facebook, Twitter @PhilipsMY and Instagram and visit http://philips.to/innovationMY to find out more!








Kerohanian,

Mutiara Kata | Keikhlasan

Jumaat, Oktober 25, 2013 Mahamahu 0 Comments











Aktiviti,

#TSDayout Penjelajahan Ke Daerah Banting Yang Menarik

Khamis, Oktober 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan juga rakan2 blogger sekalian, last entry Mah@mahu ada buat pasal tempat makan di Banting [klik sini]. Nasi Lemak Sotong dan telur goyang terbaik di daerah Banting, ini adalah sambungan kepada entry tu. Sebenarnya Mah@mahu dan 30 blogger lain terpilih untuk sertai #TSDayout penjelajahan ke daerah Banting. Ini adalah rentetan daripada bulan melawat Kuala Langat, terima kasih kerana memilih Mah@mahu lagi.


Sambung entry lepas, sebaik sahaja makan sarapan pagi kat Nasi Lemak Sotong dan Telur Goyang tu kami teruskan perjalanan ke destinasi yg berikutnya iaitu ker perusahaan kerepek. Salah satu sumber ekonomi industri kecil dan sederhanan di daerah Banting adalah perusahaan kerepak. Yg popular di banting iaitu Ros Kerepak atau Ros K.Enterprise.



Kat situlah kami belajar bagaimana daripada bahan mentah seperti ubi kayu di proses menjadi kepingan kerepek dan juga kepada proses pembungkusan. Kalau tgk kerja mereka buat memang cukup teliti dan juga berkualiti sebab itu kerepek keluaran Kak Ros ni sedap. Sehari kata mereka hasilkan lebih daripada 1 Tan ubi kayu untuk di jadikan kerepek. Daripada proses mengupas kulit ubi kayu kepada proses memotong menjadi kepingan dan juga kepada proses menggoreng semuanya di kawal kualiti.




Tgk kilang yg bersih kemas dan teratur adalah keutamaan mereka agar kualiti yg di hasilkan setanding kerepek keluaran lain. Kata pemilik perusahaan kerepek ini jualan produk mereka adalah untuk jualan tempatan sahaja tetapi mendapat sambutan setiap kali menjelang musim perayaan. Selain daripada kerepek ubi ada juga kerepek pisang, dan kerepek ubi keledek yg di hasilkan di sana. Mereka juga mencipta hasil ciptaan baru seperti kerepek nangka dan juga bahan makanan ringan lain.



 

Kami kat sana selain belajar mcm mana kerepek di hasilkan kami pun sempatlah membeli belah untuk di bawa pulang ker Kuala Lumpur. Maklumlah dah ada kat kilang kerepek dptlah harga istimewa. Kalau sapa2 nak buat business kerepek boleh dptkan stock kat kilang Kak Ros ni harga boleh runding hehehe.. Terima kasih kepada Kak Ros Kerepek kerana memberi peluang kami belajar perkara baru menghasilkan kerepak yg enak.





Selepas berada di kilang kerepak tu, kami pun begerak ke destinasi utama penjelajahan kami ini iaitu Paya Indah Wetland. Tak sabat Paya Indah Wetland nak tgk Badak Air dan juga buaya yg ada di sana. Kalau perjalanan daripada Kuala Lumpur hendak ker Paya Indah Wetland mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tetapi kalau daripada pekan Dengkil ia hanya mengambil masa kurang dari 10 minit perjalanan sahaja. Paya Indah Wetland terletak di dalam daerah Kuala Langat dan ia adalah satu daya tarikan pelancong di sana.

 
Sampai sahaja kami kat Paya Indah Wetland memang terpegun kerana kawasan bekas lombong ini menjadi satu2nya kawasan kajian dan penyelidikan hutan paya gambut yg terpelihara. PIW (Paya Indah Wetland) telah di buka pada tahun 1998 dan di wartakan sebagai tapak perlindungan 'Wetland' di Malaysia. Diurus tadbir oleh Jabatan Perhilitan Malaysia kini taman ini bukan sebuah zoo tapi pusat penyelidikan terutama kepada habitat burung pindah dari serata dunia.


Kami di sana di berikan taklimat oleh pengurus PIW tentang tiga zon utama yg ada di sana. Zon Rekriasi, Zon Konservasi & Penyelidikan dan juga Zon Pendidikan. Kami kat sana menjelajah seluruh PIW menggunakan basikal satu lagi perkhidmatan yg di sediakan di PIW. Boleh menaiki basikal untuk mengelilingi kawasan PIW. Kami di pecahkan kepada 2 kumpulan besar untuk pergi ker taman2 yg ada.




First kami pergi ker Tasik Itik di mana di situ di tempat2 beberapa ekor jenis itik bagi tujuan pemerhatian dan kajian ekosistem. Kata mereka itik2 di sini digunakan untuk tujuan kajian tentang habitat dan juga penyakit berjangkit yg di bawa oleh burung. Kawasan tasik semulajadi yg terbentuk oleh kesan lombong menjadi habitat buat itik2 di sana.



Habis jer jalan kat tasik itik kami gerak pula ke satu lagi daya tarikan di PIW iaitu kandang buaya. Menurut penjaga buaya di sana ada lebih daripada 48 ekor buaya tembaga yg di pelihara di sana. Kesemua buaya ini di berikan makanan diet seimbang agar terjaga kesihatan, kalau nak tgk mereka bagi makan kat buaya kawn2 semua kena dtg pukul 11 pagi kerana semua buaya di beri makan pada waktu itu. Boleh tgk buaya tu melompat untuk mendapatkan makanan yg di berikan oleh penjaga mereka.




Best lah dpt tgk buaya liar dari jarak dekat. Lepas habis tgk buaya makan kami pun gerak lah ke kandang seterusnya iaitu kandang Badak Air. Ia Antara Haiwan liar yg di pelihara di sana dan badak ini di peliharan bersama 3 ekor badak air yg lain. Paling menarik kat kandang badak air di PIW ini adalah melihat gelagar anak badak air yg lahir di kandang itu sendiri dan ia merupakan badak air pertama lahir di Malaysia. Nama badak air yg kami sempat jumpa iaitu Juwita dan anaknya masih tak ada nama. 

 


Tgk sendirilah gelagat dua beranak badak air ni, memang menghiburkan kami lah yg dtg ke situ. Badak air adalah dari keturunan Herbivor iaitu pemakan sayur dan buah-buahan. Hormon dalam diri badak air adalah berketurunan ikan lumba-lumba manakala fizikal badak air adalah campuran  tapir dan juga khinzir. Byk yg kami belajar apabila berada di kandang badak air ni dan suka tgk gelagat badak ni makan.


Lepas habis tgk badak makan so tiba pula time kami untuk makan hehehe lapo perut kami ke bahagian akhir penjelajahan kami di PIW. Kami di bawa ke kawasan chelet yg berada di sana untuk melihat sendiri kemudahana penginapan yg di sediakan. Chelet kat sana memang luas dan juga berpatutan kalau nak rasa suasana mlm di kawasan paya leh duduk kat chelet tu dan nikmati suasana mlm ok.


Lepas tu kami makan di dewan utama di sediakan khas untuk kami para blogger ni. Sambil kami makan kami di berikan taklimat tentang PIW secara detail oleh pegawai yg ada di sana. Kami di terangkan tentang jenis2 burung yg terdapat di PIW. Rupanya kat situ ada lebih daripada 229 spesies burung liar yg dtg berhijrah.

Fakta Paya Indah Wetland 

Keluasan : 
450.769 Hektar
Jenis : 
62% kawasan berair 
38% kawasan daratan
Hidupan : 
229 spesies burung
63 spesies mamalia
20 spesies reptilia
10 spesies amfibia
14 spesies ikan
220 spesies tumbuhan akuatik
Kedudukan : 
15 km daripada KLIA
58 km daripada bandaraya KL
15 km daripada Cyberjaya
23 km daripada Putrajaya