Aktiviti,

Nasi Lemak Telur Goyang Pulak

Isnin, Oktober 21, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan gembira selalu bersama insan tersayang. Sabtu lepas Mah@mahu dapat sertai satu lagi aktiviti perjalanan di bawah Tourism Selangor. Terima kasih #TSDayout kerana telah memilih Mah@mahu untuk sertai aktiviti mengembara ke daerah Banting Kuala Langat. Satu lagi daerah yg hebat dan byk tempat menarik yg boleh di jelajahi. Itu akan Mah@mahu citekan lebih detail dalam next entry tapi kali ini Mah@mahu nak tulis pasal satu tempat makan yg paling hebat di sana.

 


Kalau sebut Nasi Lemak Sotong Banting mesti ramai dah tahukan. Hehehe itu lah tempat yg Mah@mahu nak cite hari ni. Kebetulan dah dapt pergi cuba sendiri Nasi Lemak Sotong yg terbaik tu maka Mah@mahu nak buat lah review. Kalau korang pergi sana tak sia2 walaupun agak jauh dari KL tapi memang sedap sgt Nasi Lemak kat situ. Menurut kata org sana kalau datang pagi memang penuh setiap hari.



Selain kehebatan Nasi Lemak Sotong kat sana ada juga Nasi Lemak Telur Goyang. Knp panggil telur goyang bukan masak sambil goyang tetapi telur tu yg kuning telurnya separuh masak. Lagi special kalau makan Nasi Lemak Sotong campur dengan Telur Goyang lagi best. Time kami makan tu beramai-ramai lagi sedap dan besemangat nak makan byk ni hehehehe.




Sebenarnya menurut kata tuan kedai tu Nasi Lemak ni warisan keluarga mereka daripada betahun-tahun lamanya. Kalau dtg kat kawasan makan tu ada 3 warung kedai makan Nasi Lemak Sotong. Ada Warung Pak Musa, Warung Kak Eta Kasim dan Warung Kak Leha semua tu adalah antara keluarga dan juga pewaris nasi lemak terbaik di banting. Kalau cuba pasti nak lagi memang sedap di tambah lak minum teh tarik mengancam.




Di Kuala Langat ni sebenarnya kebanyakan penduduk yg menetap di sana adalah beketurunan Jawa jadi kalau pergi ke warung2 makan sarapan pagi mesti ada Tempe Goreng bersama dengan sambal kicap. Terbaik lah kat sana memang santai dan relax. Cuma kalau nak cari ia berada di kawan deretan kedai makan Jalan Suasa 1, Banting Selangor search kat google maps pun ada tempat ni glamor. So apa lagi lepas ni boleh cuba kalau alang dan ada kat daerah Banting ok. Selamat menjamu selera.








0 Pandangan: