Aktiviti,

Meriah Berbuka Dan Sambutan Hari Jadi Makcik Konah

Rabu, Julai 31, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan2 blog Mah@mahu moga sentiasa gembira dan happy melaksanakan tanggungjawab berpuasa di bukan Ramadhan yang di berkati ini. Buat ibadah dengan ceria dan ikhlas lebih mudah dan lebih senang di terima segala amalan. So bukan puasa ni byklah bersedekah kalau tak byk sikit pun jadi lah tak bagi wang ringgit sedekah tenaga dan juga khidmat kita agar ada amalan bukan Ramadhan yang di janjikan pahala berkali ganda.


Sebenar knp Mah@mahu ckp mcm tu sebab Mah@mahu nak ucapan terima kasih kepada rakan blogger Mah@mahu yg baru menyambut hari jadi dalam bulan Ramadhan. Yg best nya dia org siap celebrate kat sebuah restauran and ajak kita org rakan blogger ini joint. Memang best lah terima kasih kepada rakan blogger Makcik Konah dan juga sahabat dia Ary. Dah lah makan sedap and dpt kek yag ckup cantik and unik sekali kalau cite harga kek tu pasti ramai yang tek percaya.

 

Majlis yg berlangsung di restauran Sri Melaka bertempat di Amcorp Mall Petaling Jaya memang meriah. Walaupun tak seramai mana kawn di jemput tetap best dan makan cukup puas. Maklumlah blogger makan mesti nak cite pasal tempat makanan tu lah untuk share ngan kawn2. Restauran Sri Melaka bertemakan masakan Baba Nyonya campur Melayu memang unik and best. Waktu nak menunggu berbuka tu kami di hidangkan dengan dua jenis pembuka selera iaitu 2 jenis Popiah yg sedap. Memang sedap and membuka selera.





Kat situ ada hidangan set dan juga hidangan goreng khas untuk makan seorang, tapi kami ni dah dtg beramai so ambil masakan hidangan kampung. Ada ikan masak masam manis, ada kangkung masak belacan and juga tomyam seafood memang terbaik kat sana. Kalau tgk set dia pun besar dan kuantiti yg banyk cukup untuk makan sekeluarga. Ada juga masak tauhu telur ala2 masakan cina tapi memang terbaik.






Kalau nak pergi berbuka kat sana pun best keran tempat besar and suasan tenang jer. Korang boleh buat tempahan awal untuk elak daripada tempat penuh dan memang cukup berbaloi berbuka bersama keluarga di Sri Melaka Amcorp Mall Petaling Jaya. Tinggal beberapa hari lagi puasa ni mood nak makan kat bazar Ramadhan pun dah kurang nak masak lagi lah kurang semua mood nak shoping. Lepas pergi membeli-belah boleh terus makan kat Restauran Sri Melaka huhuhu relax jer. Selamat menjamu selera....





Mahamahu,

Header Baru Sempena Raya di Mahamahu.com

Selasa, Julai 30, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog Mah@mahu, pejam celik pejam celik dah kurang daripada 10 hari jer lagi bulan Ramadhan bakal kita tinggalkan. Sedih ada rasa dalam hati ini kerana kita bakal meninggalkan bulan yang penuh keberkatan dan juga bulan yg di gandakan segala kebajikan kita. Tak tahulah adakah kita bakal menempuh Ramadhan tahun depan lagi atau sebaliknya. Apa pun hujung 10 yang terakhir ni kita kena lebih tingkat kan lagi amalan.

Tapi bila dah nak akhir2 Ramadhan ni suasana dan rasa perayaan lebih membuak-buak dalam diri ini. Persiapan raya makin meluak-luak untuk pergi shopping kat Jalan TAR atau Masjid India. Tak kurang juga kat tempat2 lain semua sibuk buat promosi perayaan dengan potongan yang hebat2. Tapi Mah@mahu pun terasa tempias untuk Syawal yg bakal menjelma. Bukan persiapan diri ini tapi lebih kepada keluarga.

Header khas Facebook Mahamahu Raya

Header khas Bila Blog Berbicara Mahamahu Raya

Tiap2 tahun Insyallah kalau ada rezeki lebih boleh lah beli untuk family. Walau pun belum berumah tangga Mah@mahu masih membeli belah untuk persiapan keluarga di kampung. Hehehe kita dan makin berusia ni kurang lah untuk beli bagi diri sendiri kan wakakakak dah macm org tua lak hehehe.. Mah@mahu pun dah ada mood raya dengan tukar header baru kat FB dan blog. Kalau pengikut FB Mahamahu pasti dpt tgk header baru yg mula di gunakan hari ini sehingga perayaan nanti.

Rajin2 lah comment pendapat anda terhadap header baru ini kat FB and blog Mah@mahu. Tak tahu lah buat ikut suka hati jer cuma nak rasa suasana raya. Hehehe kawan2 lain rajin2 lah bagi pendapat anda bukan pandai sgt buat. Tu antara persiapan Mah@mahu selain buat persiapan rumah persiapan blog and Fb pun kena buat baru terasa nak raya hehehehe... Apa pun selamat berpuasa dan selamat hari raya yg bakal tiba pada semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu...





Mahamahu,

Cara Nak Tingkat Trafik Beribu Sehari

Isnin, Julai 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog Mah@mahu anda adalah sumber kepada kekuatan blog ini. Tanpa anda maka tidak akan hidup lah blog ini terus tiada peminat dan pembaca setia. Anda adalah penyumbang kepada trafik di dalam blog Mah@mahu untuk terus menjadi perhatian dalam cari di Search Engine. Tapi Mah@mahu nak share satu cara yg ramai blogger sekarang gunakan untuk dapat trafik tinggi menggunakan Facebook.

Selain daripada letak entry anda pada facebook atau fanpage sendiri ada juga ramai blogger buat cara paling senang dan di gemari. Iaitu dengan sertai group2 yg ada di facebook, cukup banyak dan mudah saja nak cari. Bagaikan cendawan tumbuh Group2 yg ada kat facebook sekarang. Ada yg memang cukup aktif dan ada sekadar untuk mencari ruang bagi buat posting entry blog. Ini lebih mudah kerana makin ramai pengikut group facebook anda makin senang nak buat promosi.


Ada group facebook ni juga dia org buat untuk berniaga. Itu lah kerana kehebatan social media kepada pengaruh dunia sekarang ni. Group business di gunakan untuk post barang2 atau perkhidmatan yang di beri kepada pengguna. Ada antara admin Group ni kaya raya boleh kaut keuntungan atas angin lagi kerana ramai pengikut. So cara paling mudah untuk posting entry anda di dalam Group facebook. Kalau ada jumpa mana2 group tu rajin2 lah joint nanti boleh tingkat trafik selain tu dapat bekenalan kawan2 baru.

Mah@mahu sendiri pun ramai kenal kawn2 daripada Group dalam facebook. Siap buat majlis potluck and majli berbuka lagi oleh kawn2 Group. Kepada mereka yg nak cari trafik cepat dan pengikut ramai rajin2 lah joint group biar banyak sebab makin byk Group makin tinggi peluang anda untuk dapat trafik. Dulu Mah@mahu malas gak nak joint tapi bila kawn2 buat and mula rasa perubahan so ada rasa minat nak sertai group dalam Fb. 

Tiba lak Mah@mahu terasa nak buat Group kat Fb, sapa ada cadangan nak bagi nama Group Fb tu apa? Sebab dah banyak sgt Group yg best2 hehehehe, kalau Mah@mahu buat Group anda adalah pengikut pertama Group Mah@mahu tu ok. Tunggu jer pengumuman nanti ok. Tapi jgn sekadar join and post entry jer rajin2 lah comment and like baru ada respond dari kawn2 tu. Ok lah selamat berblog semua kawn2....






Berita,

Perang Adik Beradik 'HTC One Mini Vs Samsung Galaxy S4 Mini'

Sabtu, Julai 27, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam Ramadhan masuk hari ker 16 kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga pengikut setia selama ini. Kini dunia teknologi masuk kepada fasa persaingat sengit siapa paling cepat update teknologi akan terus menjadi ketua dan yg lambat akan di kata sebagai penduplikasi yang hebat. Tapi ia semua adalah terpulang kepada pengguna utk memilih mana yg bersesuaian dengan minat dan bajet mereka.

Oleh sebab itu HTC dan Samsung terus bersaing dalam menegluarkan peranti paling diminati ramai dan paling mudah untuk di gunakan dan di bawa kemana-mana. Tanpa mengurangkan ciri2 yg terlalu ketara tetapi masih mengkalkan identiti sendiri dan juga rupa mereka sendiri. Sebenarnya mereka adalah mini dan jauh lebih kecil saiz daripada generasi si abg. 


Baru2 ini HTC One telah melancarkan HTC One Mini dengan ciri2 yang tidak jauh bezanya dimana kelajuan processor adalah 1.4Ghz Dual Core. Dengan paparan yg lebih kecil iaitu 4.3inci ia turut maish memberi gambar lebih jelas dan kelebihan ketara kepada HTC One Mini ini adalah pada sistem audio BoomSound yg diwarisi daripada di abg. RAM bagi product ini di datangkan dengan  1Gb dan juga kamera pada 4Mpxl dan bekelebihan lagi pada storan dalaman di mana HTC One Mini disediakan dengan 16Gb dan bateri pula berkapasiti 18000mAh.


Itu bagi persaing kepada Samsung Galaxy S4 Mini yg telah di lancarkan beberapa minggu lepas dengan kekuatan yang tidak jauh beza dengan si abg. Di lengkapi dengan processor 1.7Ghz Dual Core ia lebih laju berbanding yang lain. Namun saiz yg lebih kurang sama iaitu 4.3inci Super Amoled 256ppi ia lebih terang di sokong oleh kelajuan RAM yg lebih iaitu 1.5Gb menyaingi pesaing mini yg ada. Kamera juga tidak kurang hebat dimana 8megapixel yg ada cukup untuk menyaingi persaing dan juga meletakkan ia adalah leader kepada konsep mini yg ada di pasaran. Namun setiap yg hebat pasti ada kekurangan kepada Samsung Galaxy S4 Mini kurang storan yg ada hanya 8Gb sahaja. 

Apa pun persaingan antara dua gergasi peranti telekomunikasi ini ia tetap di jalankan dengan OS Android 4.2.2 JellyBean keluaran Google. Namun telah di perbaharui oleh pengeluar kepada peranti ini untuk memastikan mereka tetap berada no 1 di hati pengguna telephone pinta di dunia. Paling pasti, kedua-duanya adalah pilihan terbaru kalau anda tidak berminat atau tidak mampu membeli si abang!.



 *Sumber berita dan gambar daripada Yahoo Malaysia




Kerohanian,

Mutiara Kata | Bulan Ramadhan

Jumaat, Julai 26, 2013 Mahamahu 0 Comments






Islam,

Orang Islam Turut Menghina Agama Islam

Khamis, Julai 25, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam Ramadhan kepada semua pembaca dan juga kepada pengikut blog Mah@mahu. Moga terus mendapat keredhaan dan keberkatan olehnya di bulan yang mulia ini. Kita bulan puasa ini di duga oleh berbagai dugaan bukan sahaja menahan lapar dahaga tetapi dugaan daripada penghinaan kepada agama kita sendiri. Adakah kita boleh diam terhadap perkara ini. knp kita kena tunduk kepada tuntutan luar yg seolah-olah menguji kekuatan iman dan agam Islam itu sendiri. Semuanya terletak dalam diri kita.

Bila sebut tentang pekara penhinaan ini Mah@mahu lihat dalam bulan puasa ni memang cukup byk sgt cabaran dan dugaan yg kita terima terutama umat Islam di Malaysia. Selepas satu-satu isu yg cuba diprovokasi oleh pihak2 tertentu dalam mendapat kepentingan tertentu. Di mana silapnya dan apa puncanya perkara ini berlaku. Di sini Mah@mahu konklusikan beberapa isu yang jelas2 menghina agama Islam bukan sahaja daripada org bukan Islam malah orang Islam sendiri.

Isu pertama bermula dengan penghinaan pasangan paling bodoh di dunia Alvin dan Vivian yg memang sahaja cari pasal. Tak perlu Mah@mahu tegangkan isu ini kerana ia telah pun jadi kes mahkamah dan biar hukuman yg menentukan nasib mereka. Mah@mahu harap mereka terima hukuman setimpal dan menjadi pengajaran kepada semua org bukan Islam. Bukan apa kalau nak cari populariti pun jgn lah sampai menghina agama org lain kalau org hina keluarga kamu marah tak, fikir sendiri lah ok.

Lepas isu itu agak suam-suam muncul pulak kes tentang seorang budak cina penjaga sebuah cyber cafe yg di culik kerana telah menghina Islam. Mah@mahu tak berapa tahu isu ini tapi ada terbaca dalam website2 lain dan tertgk kat youtube. Terkejut juga tiba2 timbul perkara ini keran tak akan org bertindak sesuka hati kalau bukan kerana menyentuh sensetiviti. Mungkin kalau di laporkan polis kes ini agak terpencil dan bukan penghinaan secara terbukan seperti kes kat atas. Ini mungkin kes kutuk-mengutuk depan2 so bila dan naik angin mengamuk lah. Sapa tak marah kalau agam sendiri di hina dan di perlekehkan betul tak. Kalau keluarga anda sendiri kena hina depan mata pun anda akan naik angin dan marah. Apa pun kes ini telah masuk kes polis dan biar pihak berkuasa bertindak.

Tup tup pulak tiba2 org Islam sendiri telah menghina Islam dalam diam2, itu lagi teruk. Terkejut juga Mah@mahu bila baca 4 org gadis Islam telah pergi ujibakal Miss World Malaysia 2013, dah pulak tu siap tersenarai sebagai peserta akhir. Masyallah apa ke bengapnya dia org ni dah jelas Majlis Fatwa Malaysia mengharamkan org Islam menyertai pertandingan Miss World atau mana2 miss lah. Perkara ini telah di jelaskan dan di wartakan so knp masih degil dan masih nak tunjuk bodoh. Pulak tu siap buat statment kecewa kerana penganjur telah membatalkan penyertaan mereka secara automatik akibat kenyataan Majlis Fatwa Malaysia. Sepatutnya pihak penganjura dah tahu tentang isu ini sejak dari 1996 lagi, apabila pengharaman itu telah di wartakan. Ini nampak seolah-olah pihak penganjur saja2 nak menghina org Islam dengan mengujibakat peserta2 Islam. Allah apa nak jadi dengan org kita, bukan nak salahkan org bukan Islam tapi org Islam sendiri jahil bab2 isu agama ni.

Isu demi isu mereka ini cuba untuk menimbulkan provokasi dalam senseviti agama ini. Tapi ia mula ketara dalam tahun ini dan dalam bulan Ramadhan yg mulia pulak tu. Aduh inilah dugaan dan ujian Yang Maha Esa kepada kita umat Islam untuk mempertahankan agama Islam itu sendiri. Tapi lagi teruk lah bila org Islam sendiri pulak menyokong penghinaan yg cuba pihak tertentu lakukan ini. Apa pun Mah@mahu sekadar berkongsi dan memberi pengajaran kepada semua pembaca. Fikir dan ambil iktibar mana yg tak elok kita buang mana yg baik kita ambil. Selamat berpuasa..







Applikasi Telephone,

Kakao, Line, Wechat atau Whatsapp?

Rabu, Julai 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 blogger. Selamat berpuasa dan selamat menghabiskan puasa untuk sebulan tahun ni. Ditambah lagi dengan puasa sunat 6 hari menggandakan pahala cukup untuk setahun. Bulan puasa ni kurang aktiviti luar kalau kat pejabat atau kat rumahkan, yelah sebab tak kuar makan atau buat perkara2 yang aktif. So byk masa di habiskan dengan menghadap PC atau handphone.

Begitulah trand pengguna internet di Malaysia bila bulan puasa memang cukup tinggi kerana penggunaan pada waktu rehat. So kalau time rehat mesti nak chat atau bila2 masa kita gunakan teknologi yg makin canggih dtg. Sekarang ni pun tgk kat pasaran terlalu byk sgt application free untuk berhung menggunakan internet sahaja. Kakao Talk, Line, Wechat atau Whatsapp semua sibuk sekrang ni cari pasaran pengguna di Malaysia. Kadang2 tak tahu nak install mana satu sebab kalau install semua nanti phone pulak tak kuat sebab byk sgt application run.

Bukan apa kita kena tgk mana yg lebih flexible dan juga boleh fully utilize agar tak buang storage dan juga buang duit. Ye lah install application free ni pada service jer kalau nak update atau nak tambah lebih2 mula lah minta chas sana sini. Biasalah org business buat duit semua menda nak bayar. So masih keliru mana satu nak guna ni nak install semua karang bukan guna pun akan menyusahkan sahaja kerana tak tahu mana satu nak contact nanti hehehe..

Kalau yg ada awek ramai boleh kota nak menipu hehehe tapi tak baik. Tgk applikasi ni memang cukup seronok guna sebab mudah dan makin senang sekarang ni. Dari nak berchating sehingga nak call dan juga nak hantar2 gambar semua free. Tapi bila semua perkara terlalu terbuka dan free akan jadi punca kepada perkara2 tak baik lebih cepat tersebar. Yelah mcm gosip atau gambar2 yg tak sepatutnya lebih cepat sampai kepada org lain. Itu terpulang pada penggunalah kalau betul2 nak buat perkara baik kena niat tu betul lah kalau nak guna pada perkara salah fikir sendiri lah ok.







Mahamahu,

Keakraban Moments Raya Dengan Samsung

Isnin, Julai 22, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam bulan Ramadhan kepada pembaca dan juga rakan2 blogger, moga terus dapat jalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan di bulan mulia ini. Hampir setengah bulan kita berpuasa semakin lama semakin hangat rasa suasana untuk sambutan hari raya. Sebab bila Mah@mahu pergi mana2 shopping komplek sekarang dapat tgk org ramai sibuk membeli untuk persiapan raya. Beli baju raya, beli kasut raya, beli langsir raya dan mcm2 lagi tak hebat juga beli kuih raya.

 

Kalau sebut hal raya tak sah kan kalau tak ada kuih raya. Menjadi penyeri dan pengerat silatulrahim bila ada kuih raya. Ye lah bila sebut pasal kuih raya Mah@mahu pasti teringat saat-saat indah membuat kuih raya bersama ibu dan semua ahli keluarga. Kalau mula ibu Mah@mahu kata nak buat kuih raya kita org pun mula lah sibuk membeli barang2 untuk buat kuih raya tu. Ramai2 pergi shopping kat mall untuk cari semua kelengkapan. 




Ayah pun turut joint gak kita org buat kuih raya memang best and seronok lah time tu. Ibu Mah@mahu memang seorang yang handal dalam buat kuih raya, manakala adik perempuan Mah@mahu lak otai dalam buat kek dan muffin. Semua ada kehebatan masing2 Mah@mahu ni lak hebat dalam membuat sukatan dan pasti dalam merasa kuih2 hahahaha. Kalau Mah@mahu dah comment mesti menyengat mesti ibu tahu bahawa kuih buatanya adalah terbaik hehehe..

Tak lengkap sebenarnya kalau buat kuih raya tak ada peralatan untuk memasak. Sebab tu lah keluarga Mah@mahu menggunakan Samsung Microwave untuk memasak kuih raya. Dengan menggunakan Samsung Microwave masakan kuih raya cukup sedap dan elok masaknya. Maklumlah Samsung Microwave ni cukup sesuai dari segi tahap kepanasan dan juga gelombang yang di hasilkan untuk memastikan kuih raya yang di masak gebu. Bila masak kek pun sesuai dengan Samsung Microwave kerana kek jadi lebih lembut dan enak untuk di makan. Maka Samsung Microwave adalah idaman keluarga Mah@mahu dalam membuat persiapan raya terutama dalam membuat kuih raya.


 


 


Kata org bila dah ada kuih raya makan lengkaplah keperluan raya untuk di hidangkan kepada keluarga dan tetamu yang dtang. Tetapi Mah@mahu dan keluarga selalu menyediakan makanan utama selain daripada kuih raya. Memang setiap tahun Mah@mahu dan keluarga akan menyediakan menu utama seperti Mee Sup atau Soto atau Nasi Ayam. Setiap tahun kami akan gilirkan menu utama ini. Tapi bila ada melibatkan bahan mentah yang perlu di simpan untuk tahan lama Mah@mahu akan pastikan ia sentiasa segar. Dengan Samsung Refrigerator bahan yang di simpan boleh tahan lebih lama dan lebih segar dalam simpanan walaupun sudah beberapa hari.

 



Bila dan selesai semua persiapan baru rasa lega dan rasa seronok untuk pergi berhari raya. Nak beraya rumah kawan2 dan juga rumah sedara mara pasti lebih seronok dengan Samsung Galaxy Camera. Sebab setiap kenangan mesra dan bahagia beraya bersama kawn2 dan keluarga dapat di abadikan untuk masa akan dtg. Mah@mahu suka ambil gambar kenangan indah beraya kat rumah kawn2 kerana bebagai telatah dapat kita lihat bila org beraya. Time tu lah nak bertemu semua kawn2 lama dan juga kawn2 baru mengeratkan silatulrahim. Bestkan kalau dapat beraya dengan Samsung Galaxy Camera terbaik, lagi best kalau dapat Samsung Galaxy S4 Zoom hehehe... 




Banyak sebenarnya Mah@mahu nak cerita kenangan indah beraya dan juga persiapan sebelum raya tapi kalau nak cite kat sini memang penuh satu entry ni. Berjela-jela lah nak tulis kat sini kan tapi apa pun Mah@mahu nak kongsi Samsung Portraits of Raya. Apa tu Samsung Portraits of Raya? Samsung Portraits of Raya ialah satu contest untuk semua rakyat Malaysia yang menyambut hari raya dan mengupload gambar berhari raya dengan keluarga atau rakan anda dan memenangi hadiah2 istimewa daripada Samsung

Untuk maklumat lanjut layari https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/ dan daftar diri anda untk sertai sekarang juga.




Nikmati juga video raya istimewa daripada Samsung untuk seluruh rakyat Malaysia. Memang best layan video ni seronok rasa terbaiklah daripada Samsung. Dapat tgk mcm mana potret raya bersama keluarga menjadi memori indah bila tiba hari raya yg akan dtg. Jom tonton video ini dan nikmati raya bersama Samsung tahun ini.



Kawn2 jom abadikan raya anda tahun ini dengan Samsung pasti lebih meriah dan seronok berhari raya. Sebuah kenangan paling indah beraya bersama keluarga dan rakan2 sekalian. Khas video ucapan Selamat Hari Raya daripada Mah@mahu akan di upload kemudian ok...







Mahamahu,

Vaoucher 15% Zalora Khas Musim Perayaan

Ahad, Julai 21, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke 8. Dah seminggu kita semua berpuasa harap2 dapat megandakan ibadah dan juga dapat mengumpul pahala bulan mulia ini. Tapi sibuk2 berpuasa persiapan raya juga mesti di cari agar hari penuh gembira Syawal nanti lebih ceria. So Zalora telah memberi voucher kepada semua pembeli sempena dengan perayaan yang akan tiba nanti.


15% voucher di berikan Zalora kepada semua yg mahu mendapatkan persiapan Hari Raya seperti baju raya, eksesori raya, kasut raya, tudung raya dan mcm2 lagi. Step mudah jer nak gunakan voucher ini kepada mereka yg dah ada akaun dengan Zalora boleh terus guna untuk dapatkan discount sebanyak 15%.


Visit www.zalora.com.my kepada anda yg nak gunakan discount ni lepas tu daftar dan boleh terus guna senang sgt2. Semua org tahu barang kat Zalora ini di jamin terbaik dan berkualiti seperti mana yg anda lihat dalam gambar tu seperti tu lah juga rupa barang yg anda akan dpt. Dan juga jaminan barang sampai sebelum raya kalau beli sekarang. 


Kalau org kata bila beli barang online ni kena byr secara online kan tapi kat Zalora ni ada pilihan kepada pengguna nak bayar terus secara onlien atau juga beli barang dan hantar pastu baru bayar. Mudah sgt dan bebaloi untuk anda nak dapat barang2 persiapan raya ni. Tgk koleksi yg ada kat Zalora mesti rambang mata dengan harga yg berpatutan murah sgt2. Jenama yg boleh di percayai dan juga jaminan pulangan barang percuma.


So tunggu apa lagi jgn lambat2 nak dptkan barang persiapan raya kerana hanya terhad kepada beberapa unit sahaja sapa cepat dia dpt. Tapi voucher ni boleh anda guna sampai bila2 untuk dptkan harga barang lebih murah discount 15% khas sempena perayaan ini. Tunggu apa follow step ini untuk buat pembelian dan juga menggunakan voucher khas perayaan ini. Selamat membeli belah....

1) Layari www.zalora.com.my dan daftar sebagai pembeli 

 

 2) Pilih koleksi pakaian atau eksesori yg hendak di beli


3) Masukan code voucher ini ZBAPRxn untuk mendapatkan discount 15%







Makanan,

Percuma Promosi Ramadhan Kepada Pembaca Mahamahu.com

Sabtu, Julai 20, 2013 Mahamahu 0 Comments







*Selagi tawaran masih ada