Inovasi,

Saluran TV Berbayar Semurah RM20.00 Sebulan!

Ahad, Jun 16, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu yg terus tidak jemu bagi komen. Mesti ramai nak tahu saluran tv berbayar mana lak kali ni Mah@mahu nak tulis. Entry kali ni hasil daripada komen pembaca blog Mah@mahu yg bagitahu pasal sebuah lagi product untuk dpt saluran tv mcm Astro. Tapi ni katanya lagi hebat dan lagi byk saluran boleh tonton dengan harga serandah RM20.00 sebulan betul ker??

Kalau search kat Mr Google mesti dpt tgk apa itu SKYBOX. Sama mcm penyedia saluran tv berbayar lain juga ia ada dekorder dan juga ada dish (piring satelit), talian internet yg stabil dan kuat dan juga pelu kabel Lan untuk sambungan. Kata mereka ia adalah saluran tv paling stabil kerana menggunakan talian internet dan tiada masalah walaupun dalam waktu hujan lebat atau ribut hehehehhe. Mah@mahu ada dpt email untuk pemasangan SKYBOX ni kata agent yg hantar email ni pemasangan untuk tahun pertama sekali RM500 sahaja include semua peralatan. Selepas tu RM250 ringgit untuk setahun bayaran kalau bahagi 12 bulan berapa tu??


Menurut seorang blogger yg buat entry pasal SKYBOX ni, katanya perkara ni tidak salah di sisi undang-undang knp? Kata blogger ini "SkyBox ni macam komputer juga ada memori ada motherboard dan lain-lain. Ia bukanlah 100% TV satelit yg hanya guna piring tertentu, tetapi dia memerlukan sambungan LAN dari modem. Jadi dari sudut ini ia tidaklah menyalahi akta. Ibarat kata melihat TV online di Internet. Bezanya skyBox direka khusus utk menarik line internet direct ke sambungan piring utk dapatkan siaran televisyen tertentu."

Yg salah tu kalau kita guna Parabola di mana ia adalah perkhidmatan sekali pasang tiada cas di kenakan kepada pengguna. Malah boleh dapat siaran seluruh dunia tanpa batasan jadi ia akan membahayakan kerana perkara yg tidak ditapis pun boleh masuk. Kalau guna SKYBOX ni cuma leh dapat salauran daripada Astro termasuk saluran HD lagi. So nak detail search kat Google byk dah agent pemasangan ini dan harga memang berbaloi. Sendiri mau fikir lah ok....