Mahamahu,

Tickling My Tastebuds

Sabtu, Mac 02, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Bila sebut pasal makan semua org teruja dan mula mencari2 mana tempat makan untuk di plan pada hari minggu bersama keluarga. Mah@mahu juga antara peminat makanan di Malaysia dan betulah kata semua org bahawa Malaysia adalah syurga makanan kerana org kita ramai yg mati kerana terlebih makan. Tapi kita sebenarnya bersyukur kerana ini adalah semua hasil usaha kita bersama2 menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Tapi paling Mah@mahu tak boleh lupa adalah apabila menikmati satu makanan di sebuah Bakery di Empayer Subang. Memang terbaik dan juga cukup segala dengan isi dan juga kesedapan dapat di nikmati dalam makanan tu. Tapi sorry Mah@mahu tak ingat nama makanan tu tapi hanya gambar ini sahaja yg ada menjadi memory bila pergi sana mesti cari kedai The Loaf.


Di bungkus dengan kerta berwarna coklat melambangkan kenakan makanan di dalamnya. Tidak sabar rasa hati untuk membuka dan mengeluarkan satu hasil karya makanan paling unik dan exotic ini. Apabila mata bertentang dengan susunan kekacang membuatkan air luir tertelan menandakan kesedapan bakal di nikmati di dalam mulut ini. Melihat sahaja puncak yg di susun teratur serta penuh dengan kesenian di saluti kemasan warna manisan membuatkan makanan ini begitu lengkap. Di tampung oleh adunan doh yg penuh denga kelembutan menguatkan lagi struktur makanan ini untuk di nikmati oleh perut yang lapar. Gigitan pertama bagaikan meluap-luap di dalam ruang rongga mulut untuk terus berada di dalam mulut sampai kepada kemuncaknya. Di temani oleh secawan kopi sambil menikmati suasana petang yg tenang dan nyaman menjadikan hari ini penuh makna dan lengkap dengan segalanya.