Alam Semulajadi,

Kerang di Sabah Beracun Amaran

Khamis, Februari 14, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu. Moga hari ini adalah hari bahagia anda untuk memulakan aktiviti dan tugas dengan ceria dan gembira. Mah@mahu baru terbaca artikel berita yg di keluarkan oleh Bernama hari ni dan telah di paparkan di Yahoo Malaysia bahawa kerang di sekitar Kota Kinabalu dan Likas telah di cemari racun.


Laporan menyatakan bahawa setakat ini 3 org telah mati dan manakala 42 masih mendapatkan rawatan di hopital dan klinik berhampiran. Menurut kata Jabatan Perikanan Sabah amaran telah di keluarkan kepada semua pengguna di sekitar pasar malam dan juga pasar2 berkaitan tentang fenomena laut merah yg telah mencemarkan hidupan laut di sana.

Pihak berkuasa tempatan menasihatkan semua pengguna mahupun pelancong asing tidak di benarkan memakan hidupan laut yg becengkerang seperti kerang, siput dan ikan persisir pantai buat masa terdekat ini. Sekiranya termakan dan mengalami sintom-sintom kebas, pening, muntah dan sesak nafas segera dpatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran. 

Teruk jugakan kalau dah alamai fenomena mcm tu. Mcm mana rupanya fenomena laut merah kat sana. Adakah laut tu tercemar dengan hasil daripada buangan dan juga pencemaran alam yg manusia lakukan. Atau ini adalah fenomena biasa yg sering berlaku di sana. Kawan2 semua kena peka dengan isu mcm ni dan tunggu pengumuman dari masa ke semasa oleh pihak berkuasa tempatan agar kita selamat dan tak alami apa2 kesan daripada fenomena ini.