Aduan,

Boleh Percaya ker Intel ni?

Khamis, Mei 31, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu ini. Semoga dapat kongsi maklumat bersama-sama dan juga dapat memberi pendapat agar dapat di tambah baikan blog ini. Mah@mahu menghargai anda dengan contest "Mahamahu.com anda Mahu 2012" jng lupa untuk sertainya masih terbuka kepada semua blogger di Malaysia.

Tu pasal contest kat blog Mah@mahu, ni lak satu lagi berita di terima tak tahu boleh percaya atau tak tapi daripada isi email tersebut seolah-olah serius dan berat. Melibatkan penyalah gunaan maklumat peribadi Mah@mahu sendiri. Email ini di hantar menggunakan logo Intel dan juga alamat Intel di Amerika Syarikat. Susah nak percaya tapi daripada email ini mcm bahaya jer.

Bunyi email dari Intel ini lebih kurang mcm ni setelah di terjemahkan:-

Kami baru-baru ini telah menentukan bahawa maklumat tertentu peribadi milik anda mungkin telah dikompromi melalui laman web luaran yang dihadapi. Laman web yang terlibat telah digunakan untuk menyokong dua pertandingan yang ditaja oleh Intel dan melibatkan koleksi nama anda, Identiti Negara, alamat surat-menyurat rumah, nombor telefon, dan alamat e-mel.

Kami telah memaklumkan kejadian ini, dan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan pendedahan lanjut. Kami tidak mempunyai apa-apa bukti bahawa maklumat anda telah disalahgunakan, dan kami percaya bahawa kemungkinan penyalahgunaan itu adalah rendah. Kami mengingatkan anda supaya anda boleh mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi diri anda. Cara yang paling biasa maklumat ini boleh disalahgunakan untuk melakukan kecurian identiti atau penipuan kredit. Kami mengesyorkan anda mengkaji semua penyata akaun peribadi anda.

Dalam email tu siap nyatakan lagi alamat email yg boleh di gunakan untuk mereport masalah ini dan juga alamat office Intel di America Syarikat. Susah nak percaya tapi dgr mcm seriuskan melibatkan maklumat peribadi. Apa tindakan yg boleh Mah@mahu ambil untuk perkara ini kalau sapa2 ada pengalaman bagitahu adakah ini palsu atau benar. Adakah Mah@Mahu perlu laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi. Please help me!!!!....



 
Aduan,

Tip Membeli di Kedai Pekerjanya Pendatang Asing

Selasa, Mei 29, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga hari-hari anda penuh dengan nikmat dan keberkatan. Hari ini ramai ibu bapa masih bercuti dan ada juga yg masih menemani anak2 di kg. Maklumlah cuti sekolah telah tiba maka segalanya kembali lancar. Seperti keadaan lalu lintas di KL ni kembali lancar dan tiada jem yg teruk sgt seperti hari2 biasa. 

Ada juga ibu bapa pergi membawa anak2 becuti atau berjalan2 membeli belah. Bila sebut membeli belah pasti kita akan jumpa kedai atau mana2 butik yg ada pekerjanya pendatang asing. Tak kisahlah kedai baju ker, kedai telepone ker, kedai makan paling byk pekerja warga asing seperti Bangladesh, Nepal, Pakistan, Indonesia dan byk lagi lah.

Kalau nak membeli kat kedai yg pekerjanya adalah pendatang asing kena berhati-hati ada beberapa tips daripada Mah@mahu kepada semua supaya tidak tertipu atau tekena seperti yg pernah Mah@mahu sendiri kena. Pertama sekali pastikan kita membeli di kedai yg pekerjanya bukan pendatang asing. Kalau ada kedai ownernya org tempatan baik kita pergi beli kat situ. Cuba elakkan lah tapi kalau tak ada nak buat mcm mana kena pergi gak.

Cuma bila kita pergi di kedai yg pekerja pendatang asing pastikan kita tahu harga asal barang yg hendak di beli. Kalau boleh biar ada tanda harga atau katalog harga barang tersebut. Ini mengelakkan daripada kita di tipu dengan harga yg di naikkan sewenang-wenangnya. Kalau tak ada kita tanya dan kita servey ke beberapa kedai lain kerana kadang2 harga tak sama setiap kedai mengikut pekerja tersebut. Lagi bagus kalau kedai tu ada ownernya sendiri kerana kita dpt tawar harga lebih rendah dan jimat.

Kemudian pastikan layanan mereka, kerana majoriti kedai yg ada pekerja pendatang asing ni tidak mesra malah kadang2 tidak tahu langsung berbahasa melayu tak faham. Silap2 dia buat tak tahu jer atau pun dia perli kita tak pandai bahasa Inggeris. Mah@mahu pernah kena pekerja mcm tu dia tak faham bahasa Melayu suruh ckp Inggeris lepas tu apa lagi kutuk2 lah dia. Kalau boleh tuan kedai ambil lah pekerja yg fasih bahasa melayu atau pun yg tahu bahasa Melayu. Ni langsung tak tahu minta lain dpat lain lagi padah.

So kena hati2 lah pada kita yg membeli ini. Kdang2 kena tipu buta2 jer barangan yg hendak di beli lebih mahal dari harga sebenar. Cuma kena hati2 dan juga pandai tgk situasi. Kalau mcm tak best jer pekerja tu kita cari kedai lain kita ada kuasa menentu untung rugi kedai bukan mereka yg memaksa kita membeli. Sama2 bijak sama2 menang membeli. 



Article,

Awang Hitam Vs Awang coklat

Ahad, Mei 27, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam semua pembaca dan juga pengikut setia blog Mah@mahu. Kebelakangan ini byk isu kes melibatkan awang hitam kita dengar dalam berita. Tu yg kita dgr yg tak di dengari entah berapa puluh org jadi mangsa. Tapi yg pelik org perempuan kita mudah sgt terpedaya dan juga di tipu dek ayat2 power mereka. Power mana sgt ayat awang hitam ni bahasa Inggeris dia sendiri pun kadang2 tunggang langgang. Tapi ada hati nak mengayat org Malaysai yg lagi dasyat org kita layan jer entah apalah yg dpt.

Setakat tahun ini sahaja telah 11juta riggit duit rakyat Malaysia mereka kebas tu mengikut statistik di keluarkan oleh pihak polis. Mengejutkan sgt dah kena curi duit belum tentu dapat lagi walaupun perkara tu masuk mahkamah. Ini isu sungguh membimbangkan kerana ia akan mengakibatkan wanita Malaysia ini bukan jadi mangsa di tipu malah nanti jadi mangsa keldai juga. Yg bnyak lak tu wanita bekerjaya sasaran mereka knp jadi begini?

Adakah kerana jiwa wanita Malaysia ini lambut dan mudah cair dek ayat2 manis tersebut. Adakah lelaku Melayu ni dah tak ada yg lebih baik dah lebih manis ayat mereka. Ini menunjukkan bahawa lelaki melayu ni tak cukup romantik kot atau lelaki melayu ni tak cukup power heheheh jng marah. Tapi knp wanita kita suka sgt dengan awang hitam ni. 

Nasihat pada semua wanita Malaysia kalau dah dapat ayat atau email daripada awang hitam tiada yg betul. Semua palsu belaka dan semua tidak benar belaka. Biar lah seikhlas mana ayat mereka tapi jng terpedaya kerana itu adalah perangkap. Satu pun kata2 awang hitam kita boleh percaya kerana memang mcm itu cara dan juga perangai mereka ni kenyataan yer. Jadi lindungi diri anda dan juga harta anda dari awang hitam. Biar lah awang coklat yg dpt ada gak faedahnya.




Aduan,

Operasi Menyelamat Mangsa Sangkut Di Singki

Sabtu, Mei 26, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu. Terima kasih atas sokongan anda sehingga kini memberi kekuatan untuk Mah@mahu menulis lagi hehehehe.. Dah mcm ucapan pemimpin negara lak. Kali ni nak share ngan kawn2 kisah kelakar puna ada sedih pun ada dan pengajaran pun ada. Kita ni kan manusia kadang2 alpha dengan segalanya kadang2 seronok sgt sampai tidak sedar ada bahaya menunggu di depan.

Kes 1

Bukan satu cerita serius tapi satu yg boleh di katakan kelakar juga lah. Tapi kedua2 cite ni ada kaitan satu sama lain dan mangsa adalah sama iaitu kucing. Bukan kes dera atpi kes pertama ni adalah kawn Mah@mahu ni nak belajar memotong kuku kucingnya. Tiada pengalaman sebelum ini tapi belajar daripada tgk org buat so dia pun nak cuba buat. Tapi bukan nak salah dia mungkin kurang pengalaman membuatkan bila nak potong tu kucing tu meronta-ronta sehinggakan di terpotong bahagian kuku yg tidak sepatutnya. 


Kerana kuku kucing ni ada urat darah dalamnya iaitu bahagian yg dipanggil 'Quick'. Selalu kalau nak potong kena potong depan daripada bahagia tersebut agar kucing tak sakit dan tak kuar darah. Kawn Mah@mahu ni punya lah terkejut sehingga terpotong bahagia tersebut maka keluarlah darah dari kuku kucing tu. Dah kelamkabut kena bawa klinik buat rawatan. Nasib baik doktor kata tak ada apa2 cuma cedera sikit jer. Lepas seminggu kuku tu akan panjang semula jng risau, doktor cuma letak Iodin jer untuk elak jangkitan.

Kes 2

Lepas tu pulak baru jer habis satu kes dtg lak satu kes lagi, kawn Mah@mahu ni nak jadi cerita entah knp tiba2 hari tu dia terasa nak mandikan kucing dalam singki kat dapur rumah dia. Itu lah kata org malang tak berbau makan nak jadi cerita tiba2 jari kaki kucing tersekat kat dlm singki tu. Jenuh dia berusaha nak kuar kan jari kucing tu dari dalam singki dah putus ada dia call Mah@mahu minta bantuan. Kebetulan masa tu dekat dengan pusat Jabatan Pertahanan Awam. Maka terus pergi sana buat laporan minta tolong mereka ni.


Sebab sebelum ni JPAM kan glamor dengan kes tangkap ular masuk rumah, tangkap lembu terlepas lah, dan mcm2 lagi keje menyelamat ni. Tapi hari tu memang sejarahlah buat dia JPAM dtg rumah untuk pertama kali mereka buat tugas menyelamat kucing tersangkut jari kaki dalam singki. Gelak juga abg JPAM tu bila tgk keadaan mcm tu. Tapi keran tugas abg tu jalankan tanggungjawab dengan dedikasi. Setelah setengah jam baru dapat di keluarkan jari kucing tu selepas habis semua singki tu di buka dan di potong. Sian2 tak pasal2 jadi kes. Apa pun terima kasih pada abg2 JPAM tu kerana kalau dia org tak ada tido dlm singki lah kucing tu hehehehe...

Sebenarnya mereka ni pencinta kucing dan syg sgt kucing mereka tu yg jaga beria tapi mcm selalulah malang tak berbau. Pengajaran buat kita kat sini pengalaman mengajar segalanya kadang2 kita ni leka dan tak berhati2 membuat org lain jadi mangsa. Tapi apa pun jng lah mandi kucing dalam singki paling penting ok. Buat kawn2 Mah@mahu tu ambil iktibar dan pada yg lain nak jaga kucing pun sama2 ambil pengajaran. Agar tak jadi pada kita ok. Huuhu hari tu Mah@mahu nak jadikan hari kucing sedunia lah hehehe kelakar....

Malaysia,

1Malaysia Pad Laku Ker?

Jumaat, Mei 25, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam semua pambaca blog Mah@mahu dan juga kepada rakan2 sekalian. Moga sihat dan sentiasa gembira bersama insan tersayang. Dunia teknologi serba canggih dan serba pantas ini membuat kita sentiasa bersaing antara satu sam lain. Siapa paling cepat dan paling canggih akan mendahului dan begitulah sebaliknya. Pasti setiap perkembangan adalah kebaikan kepada semua pengguna.

Begitulah yg cuba diberikan oleh MALTECH Pro Sdn Bhd dengan mengaluarkan tablet pertama Malaysia yang di beri nama 1Malaysia Pad. Huhuh nama pun dah pelik, dengan permulaan harga RM999 dijangka akan menarik minat remaja yg menggilai tablet sekrang untuk membeli. Di lengkapi 1Malaysia Club dan 1Malaysia Mesengger (1MM) ia adalah applikasi percuma untuk remaja berhubung antara mereka melalui sms, video dan juga audio.

Wahh ni dah kira canggih nak lawan iPad dan juga Samsung ni hehehehe.. Memang baik lah dengan adanya tablet keluaran negara ni akan mengurangkan persaingan antara tablet sedia ada. Lepas ni mungkin lebih murah kot sebab harga masih pada tahap tidak berpatutan. Sebagai sebuah tablet yg baru dan juga pengusaha baru walaupun menggunakan Android ia masih baru dan byk lagi perlu penambahbaikan. Mungkin harga boleh dirunding lagi, kalau nak dpt perlu order di web www.maltechpro.com.

Teringin gak Mah@mahu nak beli tablet tahun ni tunggu jelah nanti mcm mana. Ada rezeki Insyallah dalam masa terdekat harap2 dapt sumbangan dari kawn2 hehehehe. Apa pun tahniah Malaysia melangkah setapak lagi dalam dunia teknologi ingin bersaing bersama pengeluar yg ada. Kita rakyat Malaysia mungkin leh support product tempatan sapa lagi nak beli kan. Hidup 1 Malaysia.





Kerohanian,

Mutiara Kata | Tangga

Jumaat, Mei 25, 2012 Mahamahu 0 Comments




PELUANG MENANG WANG TUNAI BESAR



Article,

10 Sebab kenapa matlamat kesihatan dan kecergasan tidak tercapai

Khamis, Mei 24, 2012 Mahamahu 0 Comments


1. Tidak suka perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan. Tiada siapa yang suka untuk mengenepikan sarapan yang lazat yang sudah biasa dinikmati setiap pagi sejak 10 tahun yang lalu!

2. Tidak menerima hakikat: Sama seperti tabiat merokok, atau tabiat yang lain-lain, kita sering tidak dapat menerima hakikat bahawa kita harus berubah. Langkah pertama yang kita perlukan adalah, kita harus menerima hakikat yang kita memerlukan pertolongan!

3. Tidak sabar: Ramai yang berpendapat bahawa pelan nutrisi dan kecergasan harus dicapai dalam 12 minggu. Ini sangat tidak praktikalori!

4. Matlamat yang tidak realistik: Ini adalah akibat terlalu banyak pengaruh TV dan majalah. Ramai yang ingin kelihatan seperti model-model di TV, memang inya tidak mustahil tetetapi ia akan memakan lebih banyak masa.

5. Kurang motivasi: Tanpa motivasi yang cukup, keperatusan anda untuk mengikuti rutin kecergasan adalah adalah tipis.

6. Tiada panduan: Kita semua memerlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mule dari A dan berakhir ke Z. Tanpanya kita akan seperti berjalan dalam gelap!

7. Tidak menitik berat tentang kehidupan: Ini terutamanya berlaku pada mereka yang berumur 20-an dan 30-an. Kita selalunya tidak ambil peduli sehingga kita mencecah umur lewat 30-an dan awal 40-an dan ketika itulah kita akan mula terfikir dari mana datangnya ke’boroi’an itu!

8. Tidak tahu bagaimana: Ramai yang terlalu fokus pada kuantiti dan tidak pada kualiti. Ini akan memberikan hasil yang cukup sedikit. Ingat, semuanya adalah tentang kualiti!


9. Hidup ini penuh kenikmatan: Dari coklat ke gula-gula kandi, ke makanan segera, makanan enak berada di mana-mana! Memang terdapat banyak makanan berkhasiat juga, tetetapi ia tidak seenak makanan yang lain-lain, bukan?;)

10.Gaya hidup: Kehidupan sekarang sememang jauh lebih berbeza dari zaman 70-an, 80-an. Kita sekarang lebih cenderung untuk bekerja menghadap PC atau bermain video game. Tamabahan pula dengan makanan-makanan ‘enak’ sekarang, sememangnya kombinasi yang mengagalkan!


*Artikel daripada MLP Health from Kevin Zahri



ANDA LAYAK MEMENANGI WANG TUNAI DAN DENCERAMATA KHAS



Pets,

PetFinder.my Dunia Penyelamat Haiwan

Rabu, Mei 23, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam semua rakan2 dan pembaca blog Mah@Mahu moga sihat dan sentiasa di berkati selalu. Mesti ramai org ada haiwan peliharaan. Ada yg bela kucing, anjing, arnab, iguana, ayam dan mcm2 lagi. Pasti ada yg mencari tempat untuk mendapatkan haiwan2 ini ye lah nak cari baka yg baik bukan senang. Tapi nak cari yg terbiar bnyklah kan hehehehe.. Sebenarnya daripada haiwan terbiar tulah kita boleh didik menjadi cantik dan sekor haiwan yg jinak. Itu semua telah terbukti cuma usaha kita jer.

Bermula daripada kes kemalangan haiwan peliharaan dengan cos yg tinggi dan tiada tempat tinggal usaha seorang insan mulia untuk mencari ibu bapa angkat kepada haiwan itu berterusan sehingga menjumpai setalah di iklankan. Bertitik tolak dari itu maka mereka telah bercadang untuk menubuhkan satu tempat yg mana boleh menjadi agent untuk mencari keluarga angkat bagi haiwan2 terbiar atau mereka yg mahu mendapat maklumat untuk haiwan peliharaan. Maka lahir lah PetFinder.my pada 2008.


Dengan 3 matlamat utama iaitu untuk menjadi platform paling berkesan dalam menjalin hubungan antara pencinta haiwan dan juga penjaga haiwan. Ini adalah platform paling mudah dan cepat untuk berkomunikasi berkongsi dan mencari pengganti penjaga agar haiwan ini tidak terbiar. Kedua dengan bajet yg kurang dan terhad ini dapat memudahkan penjaga dan pencinta haiwan mendapat segalanya hanya dengan satu laman web sahaja. Yg terakhir iaitu mendidik org ramai untuk menjadi pencinta haiwan yg betul dan juga membantu meraka dalam menyelesaikan beberapa masalah haiwan peliharaan mereka.

Dengan jumlah pengunjung mencecah 5000 org PetFinder harus berbangga menghasilkan satu platform berguna untuk semua pencinta haiwan. Mah@mahu pun tahu pasal PetFinder ini dari kawn dan setelah menyertai komuniti ini, Mah@mahu telah mengambil kucing angkat baru. Sungguh comel dan baik sgt hehehe. Kalau kawn2 nak cari haiwan kucing atau apa2 sahaja singgah kat PetFinder ini, bukan tu aja kalau kawn nak cari keluarga angkat atau nak kongsi apa2 sahaja pasal haiwan peliharaan pun boleh.



TAHNIAH ANDA ANTARA 50 PEMENANG HADIAH WANG TUNAI


Pengumuman,

Careeron9.com Tawar Jawatan Kosong

Isnin, Mei 21, 2012 Mahamahu 0 Comments



Ada seorang penganggur ? Tiada pekerjaan. Baru tamat pelajaran dari Universiti mahupun SPM dan ingin mencari pekerjaan?
  
Salam kepada semua kawn dan juga pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan bahagia. Hari ni nak tolong kawn yg tengah mencari kerja kerajaan atau swasta. Ramai yg bertanya mcm mana nak cari kerja senang dan kat mana boleh dpt kerja mudah. So Mah@mahu nak suggest kepada pembaca terutama lepasan Universiti untuk menjengah ke laman Careeron9.com byk iklan jawatan kosong dalam ni bagus.

Paling banyak sekali iklan jawatan kosong untuk agensi kerajaan mesti ramai yg nak cuba kan. Tak salah kita mencuba, kita tak tahu kat mana rezeki kita kalau lekat untung lah kan. Ada juga kalau yg nak jawatan kat company swasta, mana tahu nak gaji tinggi kan huhuhu boleh gak masuk sini Careeron9.com. Kalau teringin untuk kerja luar negara seperti di Singapura ada juga di tawarkan kat sini byk.

Sapa cepat dia dapat sapa tak cuba dia melepas mcm tu lah peribahasa Mah@mahu hehehe... Tak rugi mencuba cari jng tak cari so pada kawn2 dan pembaca mencari kerja di sini tempat sesuai untuk anda pada yg lepasan SPM pun ada gak boleh cuba. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.


Iklan Jawatan Kosong



Kempen,

Hari Belia 2012 Dataran Putrajaya 23-27 Mei 2012

Sabtu, Mei 19, 2012 Mahamahu 0 Comments


Acara sepanjang 6km, 1000 persembahan, 22 pentas aktiviti, 500 acara, 38 segment, 2 juta pengunjung, sepanjang 5 hari penuh aktiviti datang beramai-ramai.

Hiburan,

Citrawarna 1 Malaysia 2012 Lebih Meriah

Jumaat, Mei 18, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakyat Malaysia dan pembaca blog Mah@mahu. Kembali lagi dengan festival yg penuh dengan warna-warni dan juga meriah dengan segala tarian tradisional negara kita. Citrawarna 1 Malaysia kini akan beraksi di Dataran Merdeka pada 19 Mei 2012. Lebih 7000 peserta akan memeriahkan majlis mlm itu terdiri daripada murid-murid sekolah badan bukan kerajaan dan juga peserta dari serata Malaysia.


Perbarisan yang bertemakan "The Greatest Tourism Parade", akan menampilkan perarakan yang dihiasi, rutin tarian tari yang mempamerkan pelbagai acara pelancongan dan produk pelancongan di Malaysia, serta persembahan band berarak. Perbarisan tersebut terdiri daripada 10 segmen, iaitu:

1.    Opening act of Colours of 1Malaysia 2012
2.    Nature
3.    Homestay
4.    Sports Tourism
5.    Shopping
6.    1Malaysia Contemporary Art Tourism
7.    Heritage
8.    Parks & Gardens
9.    Fabulous Food 1Malaysia
10. Closing act of Colours of 1Malaysia 2012

Jom ramai2 memeriahkan sambutan penuh warna-warni Malaysia ini melambangkan negara kita aman dan penuh dengan adat dan budaya tersendiri. Tak sempat Mah@mahu pergi tahun ni kerana ada urusan keluarga lebih penting.

Pets

Kaka Dan Champ Adik Beradik Baru

Khamis, Mei 17, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua kawan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Hari ini nak update tentang kucing baru yg baru Mah@mahu dapat daripada proses pengambilan anak angkat kucing. Memang tak sangkakan senang nak dapat kucing cantik dan comel ni kalau kita guna jalan yang betul. Kalau kawn nak dpatkan anak kucing dari proses kucing angkat melalui PetsFinder.

KAKA
Kucing yg di beri nama Kaka dan Champ ni dua2 jantan dan juga dua2 dah disunatkan oleh tuan asalnya. Tak apalah tak dpt baka pun dpt jaga ok lah. Mereka ni manja sangat tak sangka cepat mesra dan cepat serasi mungkin sebab Mah@mahu ni ada jiwa pecinta haiwan kot hehehehe.. 2 tahun dah umur mereka ni lepas ni nak pergi vaccine and bagi ubat cacing tapi Mah@mahu masih takut nak mandi kucing hehehe...

CHAMP
Bukan Mah@mahu nak ambil sgt kucing tapi housemate Mah@mahu yg beria-ria nak ambil si Cimo tu nama pun dah mcm kucing hehehe... Apa2 pun Mah@mahu tetap syg mereka dan tataplah gambar comel mereka ni hehehe..






 



wordless

Wordless Wednesday | Motor PHD

Rabu, Mei 16, 2012 Mahamahu 0 Comments


Aktiviti,

DiGi Wow Awards 2012 Kembali Lagi

Selasa, Mei 15, 2012 Mahamahu 0 Comments


Selamat sejahtera ke atas kamu kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan rakan2 sekalian. Menghampiri tahun kedua penganjuran anugerah untuk penggiat ICT dan Internet seluruh Malaysia. DiGi Wow Awards 2012 kini lebih matang dan lebih teruja. Dengan peningkatan dari segi penyertaan peserta serta juga jumlah anugerah tahun ini menjadikan ia anugerah paling unik tahun 2012.

Kategori-kategori yg dipertandingkan adalah :
  1. Astro Top Online Over-Achiever Under 15
  2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert
  3. Nuffnang Fave Kay Poh
  4. Lowyat.net Fave Tech Head
  5. Says.my Online Shop of the Year
  6. Nuffnang Blogger of The Year
  7. Google Most Inspiring Internet for Good Award
  8. Innity Funniest Video of The Year
  9. inMobi Mobile Short Film of The Year
  10. Malaysiakini PhotoJournalist of The Year
  11. MSN Breakthrough Star Performer of The Year
  12. Yahoo! Social Media Gathering of The Year
  13. Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year
  14. Samsung App of the Year Award
  15. DiGi WWWOW People's Choice of The Year Award (by popular vote)
  16. DiGi WWWOW Of The Year (The Best of The Best)
Pasti yg menjadi tumpuan terarah kepada anugerah Blogger of The Year setiap tahun menantikan siapa bakal menggondol anugerah tersebut. Tahun lepas telah di pegang oleh Anwar Hadi dan tahun ini siapa pula membawa gelaran itu. Sebenarnya bukan gelaran tapi tanggungjawab di berikan selepas memenangi anugerah tersebut untuk terus berkumunikasi dengan masyarakat dan menjadi public figure untuk golongan remaja.

Tahun ini akan lebih meriah dan lebih sengit persaingan daripada blogger, penggiat social networking, pengusaha dan pencipta applikasi mahupun pembuat cerita. Di sokong oleh lebih daripada 18 buah syarikat paling ternama di Malaysia membawa anugerah ini lebih di iktiraf. Nantikan 9 June 2012 penganugerahan khas kepada semau rakyat Malaysia yg terus menjadikan Internet sebagai sebahagian daripada hidup mereka.



Astro,

Masterchef Celebrity Malaysia Bakal Bermula

Isnin, Mei 14, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam apa khabar semua pembaca blog Mah@mahu. Dah lama tak buat entry berkaitan sebuah program reality masakan ini. Pada hujung tahun lepas dan awl tahun ini Malaysia di gegarkan dengan program realiti masakan pertamanya iaitu Masterchef Malaysia. Dimana doktor gigi telah di nobatkan sebagai juara buat pertama kalinya. Kini bakal muncul pula Masterchef Celebrity Malaysia pulak di kaca tv anda.

 

Mempertaruhkan kehebatan masakan bagi para celebrity tanah air negara, untuk merebut gelaran juara buat pertama kali dan juga menyumbang kepada badan kebajikan yg di wakili mereka. Itu yg bestnya kalau ada program reality melibatkan artis ni mesti ada sahaja subangan kepada pihak2 yang memerlukan. Tahniah buat Astro sekali lagi keran bakal munculnya sebuah program yg hebat dari luar negara ini ke negara kita. 

Membariskan 16 celebrity tanah air yg glamor dan cukup di segani. Di antara mereka adalah Penyanyi seperti Datuk Fazley Yaakob, Salamiah Hassan, Julizan Adzlizan, Siti Sarah dan Tomok. Manakala dari golongan pelakon dan pengacara seperti Serina Redzuawan, Jehan Miskin, Karl Shafek, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak, Azwan Ali dan Louisa Chong. Selainnya adalah dari profesional masing2 sperti Major Dr. Faiz, Raja Azmi, Soo Wincci dan Thanuja

Siapa bakal menjadi tukang masak celebrity terkenal tanah air ini. Nantikan bermula 26 Mei 2012 jam 9.00 mlm di Astro Ria. Semua telatah dan juga gelak tawa celebrity dalam menguji kepakaran dalam masakan mereka. Setiap minggu juga akan ada penyingkiran di antara mereka persaingan pasti hebat nantikan.

Binaan,

Klinik Gigi Setaraf 5 Bintang

Sabtu, Mei 12, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua dan selamat sejahtera pembaca blog Mah@mahu. Dah lama sebenarnya tak sakit gigi tapi hari ni tiba2 jer gusi bengkak tak tahu knp. Tak tahan maka Mah@mahu pergi ker klinik gigi. Tak pernah pergi selalu pergi klinik mesti ada bau ubat dan juga rupa klinik biasa jer. So dah jadi tanggapan bahawa ramai org takut pergi klinik gigi kerana tgk keadaan dan situasi klinik tersebut. 


So pergi Teo Dental Surgery kat Sri Petaling. Jejak kaki tingkat 2 bangunan tersebut mencarilah klinik tu. Sekali pandang wow sungguh terpegung bila tgk bahagian kaunter sahaja setaraf hotel 5 bintang. Langsung tak ada bau ubat bila masuk malah suasana memang menarik dan membuat setiap pengunjung tidak rasa takut nak jumpa doktor gigi. Bagi Mah@mahu mungkin dah tiba masa klinik2 sekrang transform dari keadaan yg biasa kepada lebih selesa agar org tak takut pergi klinik terutama kanak2.





Tgk pada pic2 ni mesti ramai tak sangka ini adalah sebuah kilik gigi. Tapi berbaloi dengan service yg di berikan sungguh cepat dan harga juga berpatutan. Mungkin hospital kerajaan nanti kena jadi mcm ni kot baru org rasa sebuah hospital yg bertaraf hotel selesakan.



Hadiah,

Contest 'Mahamahu.com anda Mahu 2012'

Khamis, Mei 10, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca Mah@mahu moga sihat selalu. Dah lama Mah@mahu tak buat contest untuk semua pembaca tapi Alhamdulillah lah tahun ni nak buat satu contest tapi specialnya. Pastinya nak bagi hadiah banyak pada semua pambaca blog Mah@mahu. Hadiah2 yg boleh di menangi oleh semua peserta adalah : 


So hadiah dah tahu kena tahu tugasan lak apa perlu di buat nak menang hadiah. Perkara perlu di lakukan adalah : -

1) Mesti menjadi follower Mah@mahu - Bila Blog Berbicara. (wajib menjadi follower pada yg belum)

2) Mesti membuat satu entry diblog anda dengan tajuk seperti ini "Mahamahu.com anda Mahu 2012" (tidak boleh buat tajuk lain)

3) Dalam entry mesti masukan poster hadiah di atas, banner Mahamahu di bawah dan link kepada entry ini. (wajib ada link ke entry ini)

Klik untuk membesarkan gambar
4) Mesti membuat satu slogan paling kreatif dengan menggunakan perkataan "Maha & Mahu" di selangi dengan perkataan lain. Contoh :- "Saya Mahu hadiah Maha kerana Mahu menang Maha hadiah Mahu daripada Maha yang Mahu".

5) Slogan mesti tidak lebih daripada 30 patah perkataan

6) Selepas siap dan di postkan entry anda hantar penyertaan anda pada comment di bawah berserta maklumat penting berikut:-
   Nama:
   Email :
   Link posting :


Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan kerana anda mampu untuk menang lebih daripada satu hadiah sahaja. Penilaian pihak juri adalah berdasar pada slogan paling kreatif sekali dan juga memenuhi syarat2 yg ditetapkan. Segala keputusan juri muktamad tidak boleh di bantah. Pulun semua hadiah jika anda mahu menang besar. Cepat sebelum terlambat.


*Kalau ada yg nak sponser hadiah sangat2 di alu-alukan.


Aktiviti,

Jalan-Jalan ke Jakarta Penat

Rabu, Mei 09, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua. Setelah penat bekerja teringin gak nak pergi bercuti jalan2 ke negara org. Akhirnya plan selama setahun ini terlaksana juga apabila dpt jalan-jalan ke Jakarta selama 4 hari huhuhu bestnye. Terima kasih AirAsia kerana meralisasikan impian dengan tambang murah "Semua org boleh terbang".... Satu pengalaman yg sungguh menyeronokkan kerana ia adalah sebuah negara yg totally lain daripada biasa hehehehe.
 
Tapi bandar Jakarta agak panas masa kami pergi tu. Mungkin musim tak menentu pada masa sekrang terasa bahangnya. Kat sana sempat pergi beberapa tempat seperti daerah Bogor. Sebuah pekan kecil dengan di kelilingi hutan agak menarik dan best ada Kebun Binatang (Zoo) di sana best. Kat sana kalau nak shopping Tas Tangan memang hebat rambang mata gak lah heheheh cuma harga mungkin agak mahal berbanding Bandung. Tapi kat sana ada perusahaan Tas Tangan sendiri.

Hari kedua pulak lepak and chil-chil area Bandar Jakarta. Pergi jalan ke Mangga 2 pusat shopping paling besar aku pernah tgk dan memang byk barang2 pajakan di jual di sana. Berbagai jenama ada huhuhu pening pala gak yer nak tgk barang tapi kena pandai tawar menawar. Sempat gak lah beli baju batik jawa kat sana huhuhuhu. Selepas tu jalan2 kat Monas atau Monument Nasional di tengah2 bandar Jakarta. Memang luas gila tempat dia dan rasa tenang dalam kesesakan bandar Jakarta ada sebuah taman penuh pohon yg hijau menjadi tempat untuk berasmara hehehe bersama keluarga.

Tak sempat nak pergi byk tempat tapi yg pasti kat sana kena makan kat Grand Indonesia Mall kat situ jer ada food court yg dekat hehehhe.. Biasalah menurut org2 yg pernah pergi sana nak makan kat gerai2 atau penjaja tepi jalan kena berhati2 demi kesihatan anda. Tapi best lah jalan sana menarik satu pengalaman baru untuk Mah@mahu. Moga nanti akan sampai lagi ke sana atau mungkin pergi tempat lain teringin nak pergi Bandung, Bali dan byk lagi lah.

Mangga Dua
Smart Hotel tempat berteduh



Tut Tut tak sempat naik

Monas di tengah2 bandar Jakarta




Berita,

Durian Runtuh Felda RM15000 Alhamdulillah

Selasa, Mei 08, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam kepada semua rakan dan pembaca blog Mah@mahu. Pasti hari ini ramai dah tgk berita dan dgr berkaitan durian runtuh yg diterima peneroka, isteri peneroka dan juga anak2 peneroka. Alhamdulillah itulah kata2 pertama yg terkeluar dari mulut Mah@mahu apabila dgr pengumuman tersebut dari mulut PM sendiri. Pasti ia adalah satu yg sagt2 berbaloi kepada semua peneroka dengan perit jerih untuk meastikan dapur sentiasa berasap dan anak2 sentiasa bersekolah.

Mencaritakan kesusahan dahulu pasti ramai org tak percaya bahawa hidup di Felda sngt2 susah pada tahun 90an. Mah@mahu tahulah sebab Mah@mahu juga anak peneroka Felda di gugusan Jengka. Ini adalah pengalaman Mah@mahu sendiri yg nak di kongsi dengan kawn2 dan pembaca lain. Mungkin setiap anak peneroka menjalani kisah hidup berbeza tapi bagi Mah@mahu dulu sungguh azab. Mah@mahu mula kenal erti susah sejak dari usia 10 tahun. 

Pada masa itu Mah@mahu di arah untuk membantu ayah dan ibu di ladang sawit. Dengan tidak rela maka Mah@mahu menguatkan juga semangat untuk membantu biasalah kanak2 nak seronok jerkan. Pada masa itu baru tahu susahnya nak cari sesuap nasi bagi peneroka. Mah@mahu paling sedih melihat keringat ibu yg sanggup membantu ayah untuk mencari duit di ladang. Balik dari ladang masak untuk kami semua sungguh sedih masa tu tapi kanak2 apa tahu seronok saja.

Kini setelah 28 tahun baru Mah@mahu dapat rasakan setiap pengorbanan itu ada hikmah di sebaliknya. Dengan pengumuman Dato Sri Najib hari ini membuatkan Mah@mahu sebak menitis air mata mendengar pengumuman itu. Gembira Mah@mahu kerana dengan durian runtuh itu dapatlah mak dan ayah pergi umrah tahun ini atau pergi haji Insyallah. Syukur kepada Allah kerana nikmat dan rezeki ini amin.



Pets

Anak Terbiar Mencari Ibu

Ahad, Mei 06, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam hujung minggu pada semua pembaca dan penyokong blog Mah@mahu yg kini dah berwajah baru. Harap ada sebarang feadback dari rakan2 semua untuk image baru blog Mah@mahu ini. Hari ni Mah@mahu sebenar nak cari ibu penganti kepada sesuatu. Bukan ibu tiri ok tapi ibu baru kepada anak-anak kucing Mah@mahu yg dah terlalu byk sgt ni. Sebenarnya kisah kucing kat kg Mah@mahu ini dah lama sejak dari zaman sekolah lagi. Semuanya adalah kucing merempat dan dtg berteduh kat rumah tu dan maka kerana simpati dan suka kucing maka kami jaga.


Setelah bertahun-tahun makin bertambah dan makin byk sehingga tak terjaga. Bukan tak nak mandulkan tapi tak ada ongkosnya kerana kos nak mandul sekor mencecah RM200 maka tak ada budget. Maka di biarkan dan ini lah jadinya. Sehingga tak terjaga mencecah puluhan ekor. Yg terbaru ini lahir lagi 8 ekor anak kucing baru. Tapi tak tahu dari baka mana sebab dah bercampur aduk. Ni 8 ekor baru mencecah umur 1 bulan lebih semasa gambar2 ni di ambil.


Kepada pencinta haiwan dah juga yg baru nak menjinak2 dengan kucing ni minat nak ambil boleh hubungi terus Mah@mahu. Tak ada bayaran cuma ikhlas nak jaga kucing maka dengan besar hati nak beri pada yg sudi. Bukan tak syg tapi dah byk tak terjaga lak nanti lagi susah mana tahu ada yg naj jaga lak kan anak2 mereka ini. Anak2 kucing ni tak susah jaga sebab dah di ajar dari kecil kencing kat pasir dan duduk dlm sangkar. So mungkin senang nak jaga dan makan tak cerewet makan ikan rebus dan nasi kalau nak comel kena bagi makan freskis ehehehehe.. Sapa nak leh hubungi Mah@mahu ok..