Aktiviti,

KLMU EXPLORACE Kemampuan Student Teruji

Isnin, Mac 12, 2012 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog Mah@mahu yg tidak seberapa gah ini. Namun harap segala info dan maklumat dapat dikongsikan bersama anda semua. Jika ada cadangan atau pun kritikan boleh terus comment entry2 Mah@mahu atau terus email di akustika83@gmail.com

Cuti sekolah telah kembali lagi namun bagi student2 universiti masih tidak cuti lagi dan masih sibuk menjalankan aktiviti harian mereka. Ada yg exam ada yg sibuk mengaturkan assigment untuk disiapkan. Tidak ketinggal student di Kuala Lumpur Metropolitan University College sebuah universiti bertaraf antarabangsa. Bagi memperkukuhkan pembelajaran secara teori semua student KLMU diberi tugasan secara praktikal dengan melaksanakan aktiviti anjuran mereka.


Begitu juga student tahun akhir dari Falkulti Perniagaan KLMU turut mengaplikasikan ilmu mereka dengan penganjuran aktiviti yg diberi nama "Explorace Game 2012". Mah@mahu dilantik sebagai blog rasmi untuk aktiviti ini, terima kasih lah kepada semua pihak pengurusan kerana percaya kepada blog Mah@mahu untuk menjadi blog rasmi sepanjang aktiviti ini nanti. 

 



Untuk pengetahuan anda semua mereka adalah terdiri daripada student2 tahun akhir bagi kursus Diploma In Business Management. Peroject akhir ini akan dinilai bagi membuktikan kemampuan pelajar untuk menguruskan sesebuah event ataupun organisasi sendiri. Bagi anda yg mahu mendapatkan maklumat tentang event ini atau berminat nak menyertai boleh layari page Facebook mereka.

p/s Nantikan update terbaru aktiviti mereka di blog Mah@mahu ok.