Aktiviti,

Buah Strawberry Terbesar Di Malaysia

Isnin, November 28, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua pembaca dan rakan2 blogger sekalian. Pertama sekali nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijjrah 1433 kepada semua apakah azam baru anda? Itu adalah persoalan yg sering ditanyakan kepada kita apabila menjelang tahun baru. Tak kira tahun baru apa sekali pun yg pentin mesti ada azam baru ada matlamat hidup. Semoga mencapai semua azam yg kita racang tapi pasti Allah yg telah menetukannya.

Salah satu azam Mah@mahu tahun ni dah tercapai iaitu nak bawa family pergi berjalan2 ker tanah tinggi Cameron Highland. Mah@mahu tak rancang perjalanan untuk ke Cameron Highland tu tapi Allah telah menentukan bahaw kami sekeluarga dapat gak menjejak kaki ke sana. Firstime Mah@mahu dpt pergi sendiri ke Cameron Highland tu dan paling best dpat bawa family.


Ini lah buah strawberry terbersar kat sana. Heheheh jng marah yer ini adalah replika sahaja yg dibuat oleh pengusaha strawberry kat sana. Tapi best lah pengalaman dpt tgk buat strawberry masih di pokok dan dpt petik sendiri lagi buah tersebut memang best. Segar dan manis, tapi betul lah kata org kalau buah strawberry kat atas manis bila bawa turun dah masam heheheheh...


Ini pulak adalah ladang teh yg sungguh cantik dan saujana mata memandang. Ladang teh ni kita leh masuk dan petik sendiri daun teh yg diperoses menjadi teh. Memang agak sejuk kat atas sana tu dan sungguh best tgk pemadangan dari puncak bukit.

 

Ini lak ladang Cactus kat sana memang byk pilihan cactus untuk kita pilih beli dan bawa balk ke rumah..

Ini lak ladang bunga mcm2 jenis bunga ada dan ada juga bunga kita tak pernah tgk tapi boleh ditanam di tanah tinggi ni jer hehehhe..


Seronok sgt tgk mak ngan adik dpt jalan2 dan beli barang kat sana. Tapi ayah tak dpt ikut sebab ada hal kat kg. Tak apa nanti plan lagi nak pergi sana bawa semua satu keluarga Insyallah. Kawan2 yg nak pergi and bawa family memang sesuai tapi pasti kena rancang pejalanan tu penting ok..  




   
Berita,

Hentian Bas Aricond Tapi Tak Ada Orang

Khamis, November 24, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu. Hari minggu yg penuh dengan cerita dan berita. Memenuhi ruang blog rakan2 anda. Begitu juga lah blog Mah@mahu ini tidak lepas daripada berita dan cerita daripada luar dan dalam negara.

Hari tu ada baca dalam akhbar tempatan tentang kejayaan sebuah syarikat swasta membina sebuah hentian bas berhawa dingin sepenuhnya yg peratma di Malaysia. Siap terima anugerah lagi dalam akhbar tu katalah. Bagus niat untuk membantu pengguna perkhidmatan awam ini agar lebih selesa dan lebih mudah. Sungguh cantik kalau tgk hentian bas tersebut katanya boleh memuatkan sampai 40 org dan aircond dipasang dari pukul 9 pagi hingga 7 mlm. Kos penyelenggaraannya di  katakan mencecah RM1000 sebulan.

Tapi sayang mungkin tak kena pada tempat kot. Hentian bas ini tidak ada langsung org duduk walaupun pada waktu siang. Mungkin sebab tak ada bas lalu kat laluan Bukit Jalil Puchong tersebut. Hentian tu tak jauh jer dari rumah Mah@mahu so selalu lalu dan pergi tgk sendiri Hentian bas tersebut. Mungkin kerana tiada penghuni di kawan tersekat situ yg menggunakan khidmat bas semua guna kenderaan sendiri.

Tapi pasti kawasan hentian bas tersebut adalah kawasan baru yg dekat dengan kawasan kedai Zest Point serta di belakang nya ada sebuah kondominium mewah tersergam indah. Tapi ada ker org kondo naik bas heheheh sah2 pakai kereta sendirikan. Tapi apa pun tahniah niat murni itu dan boleh dikembangkan ke hentian bas lain lak agar semua hentian ada aircond. Lepas ni duduk kat Malaysia mcm duduk kat kutub utara lak sejuk jer hehehehhe.. Selamat berblog..

wordless

Wordless Wednesday | Pagi Di KL

Rabu, November 23, 2011 Mahamahu 0 Comments

Sukan

Tahniah Harimau Muda Indonesia Menangis Lagi

Selasa, November 22, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahteran dan salam 2 Malaysia kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga kepada rakan2 blogger lain. Hari ini penuh cerita pasal kemenangan kita pada pelawanan akhir bola sepak Sukan SEA yg di adakan di Pelembang Indonesia. Semua akhbar utama negara terus menceritakan detik gembira dan juga bangga menjadi rakyat Malaysia setelah memenangi pingat emas utama dalam sukan tersebut.

Walaupun Indonesia rasmi sebagai juara keseluruhan acara sukan tersebut namun Malaysia tetap bangga membawa pulang kejuaraan berturut2 bagi bola sepak di Sukan SEA setelah menewaskan tuan rumah 4-3 melalui sepakan penalti. Melihat kepada kehebatan pemain memang nampak mereka bersungguh-sungguh untuk menang walaupun diasak oleh lebih 100ribu penonton berbaju merah. Itu tidak sedikit menggugat kekuatan pertahanan negara yg telah mengheret perlawanan ke masa tambahan 120minit.

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda bola sepak Malaysia anda membuat kami rasa bangga dan menutup segala tomahan daripada tuan rumah. Walau apa cara mereka hendak menghalang kegagahan pemain kita tetap kita tempuhi dengan kuat. Harimau Malaya membaham Garuda itu paling sombolik ke atas kemenang kita semalam.

Ingat hari ini dapat cuti tapi PM tak umum apa2 pun huhuhuhuh. Tahniah kepada semua pemain terutama penjaga gol Khairul Fahmi walaupun dilanda berbagai gosip beliau tetap main dengan semangat. Tahniah kepada ketua pasukan dan juru latih yg terus menonjolkan kemahiran bermain serta kepada pemain lain anda adalah wira sukan negara.

Fakta,

Nuffnang Pilihan Kakitangan Kerajaan

Isnin, November 21, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada semua rakan2 pembaca blog Mah@mahu. Hujung tahun menghampiri kita dan bakan meninggalkan beribu kenangan di tahun 2011 ini. Namun bakal tiba kini musim hujan dan bah kepada mereka yg tinggal di kawasan rendah dan mudah banjir berjaga-jaga dan berhati2 agar semua barang berharga di jaga.

Hujung tahun ini juga lah di mana musim tido lewat bermula, terutama kepada adik2 kita yg tgh menghadapi SPM tahun ini. Pada masa ini lah segala ilmu dipelajari dicungkil dan diperah untuk mendapat jawapan yg terbaik bagi mendapatkan result terbaik. Mah@mahu mendoakan kepada adik2 yg menduduki SPM moga dapat menjawab dengan jayanya dan cemerlang aminnnn....

Dalam masa hujung tahun ni gak lah berbagai perbelanjaan perlu dihabiskan oleh semua agensi kerajaan dalam mendapat bajet untuk tahun depan. Jadi mcm2 lah aktiviti dibuat training ker, sukan ker dan mcm2 lagi lah. Hujung tahun ini juga lah segala result dan juga keputusan tahunan akan dinilai oleh pegawai penilai dalam mengambil keputusan kepada prestasi semua anak2 buahnya.

Begitu juga kerajaan telah mengeluarkan antara laman web yg paling tinggi di layari oleh kakitangan awam terutama di Putrajaya. Top 5 pastinya laman social utama Facebook tu biasalah. Tapi yg agak mengejutkan apabila nuffnang.com.my tersenarai di kedudukan yg ke 5 selepas Facebook dan Youtube.

Ini Statistik yg dikeluarkan di Putrajaya bahawa Nuffnang antara laman sesawang paling kerap dikunjungi oleh kakitangan kerajaan. Tak tahulah adakah mereka menjadi ahli Nuffnang atau hanya mengklik iklan di Nuffnang atau ini petanda bahawa kakitangan awam adalah antara penulis blog di Malaysia. Patut nuffnang kaya hehehe.. knp tak clik kat blog Mah@mahu ni cepat kaya sikit hehehe.. Selamat berblog....



   
Berita,

Gambar Cium Pemimpin Utama Dunia..

Sabtu, November 19, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga kepada mereka yg follow selalu blog tak seberapa ini. Dah lama tak update baru sebab agak sibuk dengan kerja kebelakangan ini namun mengambil ruang untuk berkongsi sebanyak mungkin ilmu kepada semua kawn2. Tapi kali ini agak terkejut membaca berita di akhbar utama ada gambar cium pemimpin negara.

Lagi mengejutkan gambar cium itu telah di iklankan keseluruh negara dan mendapat publisiti luas. Gambar cium itu melibatkan pemimpin utama negara-negara maju dan juga pemimpin agama. Yg pasti ia adalah polimik kepada satu kempen yg dilakukan oleh sebuat syarikat baju terkemuka. Tak caya tgk gambar kat bawah ni mesti korang tahu siapa yg dimaksudkan.


Sebenarnya niat syarikat pakaian berjenama ini adalah mulia iaitu untuk kempen UNHATE. Kempen ini sebenarnya ingin menunjukkan rasa toleransi tanpa membenci atau berperang antara negara dan agama. Tapi cara yg dilakukan itu memang tidak betul dan sungguh memalukan. Nak buat kempen boleh tapi biar berpada dan biar sampai masej yg betul, jng sampai nanti org memanipulasi pulak kempen yg cuba dilaksanakan.

Tapi rasa gambar mcm ini sangat sesuai untuk satu kempen yg hendak dilaksanakan di negara kita tapi telah dihalang oleh kerajaan. Mungkin kita patut letak gambar penganjur kempen Seksualiti Merdeka tengah bercium dengan ketua parti pembangkang sesuai kot. wakakkakakakka... mesti gempak gila lah cubalah buat sapa berani wakakakka.. selamat berblog...


Kerohanian,

Mutiara Kata | 5 Perkara

Jumaat, November 18, 2011 Mahamahu 0 Comments

Hadiah,

AIM 18 Penuh Gilang Gemilang

Isnin, November 14, 2011 Mahamahu 0 Comments

Selamat pagi dan dalam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 blogger yg lain. Almaklumlah hari minggu hari bersantai dan juga bersuka ria bersama ahli keluarga dan juga rakan2 taulan yg lain. Masa mengeratkan hubungan dan juga mengukuhkan tali persaudaraan. Bertambah seronok bila dpt jemputan untuk sebuah majlis anugerah berprestij di negara kita.

Mana lagi kalau bukan Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) yg bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Terima kasih kepada Astro kerana sudi bagi tiket VIP kepada pelanggan setia beliau. Dapat tiket duduk bawah sebaris dengan artis2 huhuhuh seronok lak rasanya. Dapat tiket 4 tapi yg pergi 3 org saja kawan2 lain semua sibuk. Tak apa lah tapi yg penting kita enjoy mlm tu.

Anugerah ini keseronokannya pada pengacara majlis pada malam itu. Kalau anugerah berprestij peringkat antarabangsa 'kata pengacaranya' tapi pengacara tak best mcm tunggul kayu nak buat apa gak kan huhuhuhu. Tapi AIM mlm tu memang seronok dan happening dengan pengacara sempoi iaitu Zizan dan Dato AC Mizal. Lagi best persebahan artis dan susunan persembahan yg sungguh seronok lah bila kita tonton. Tak jemu2 untuk menunggu anugerah itu sehingga penghujungnya. Di selangi dengan lawak jenaka dari pengacara dan juga gaya persembahan artis bertenaga dalam stadium tu jadi gamatlah. Paling best part artis2 otai buat show Ezad Exist, Rahmat, EXL dan Zamani seluruh stadium turut sama menyanyi mcm karaoke hehehehe...

Tapi keseluruhan majlis memang tip top lah dan sungguh seronok berada dalam dewan tersebut pada malam itu. Baca guna kad pun ok daripada guna iPad tapi semua bermasalah mcm mana opsssss.. Ramai gak yg kata tonton dalam TV kurang memuaskan, Astro mcm mana ni. Terima kasih Astro nanti bagi tiket lagi ok hehehe..

Senarai penuh pemenang AIM 18

ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)
LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)
LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)
PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)
LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)
VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)
LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)
ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense
ANUGERAH KEMBARA – Yuna
ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)
LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)
ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)

Lawak,

Siapa Disebalik Nama Siti Nurhaliza?

Ahad, November 13, 2011 Mahamahu 0 Comments

Pasti ramai terkejut kan bila baca tajuk entry kali ini. Ni bukan cite gosip Dato Siti tapi ni nak tunjuk apabila nama artis tempatan kita diterjemahkan dalam Google Translate artis kita rupanya da nama lain kat sana. Nama mereka juga pun cukup popular kat sana. Kalau tak caya tgk ni bila nama Siti Nurhaliza di translate jadi apa hehehe...


 Ada kesamaan ker mereka ni. Tapi kalau ikutkan dari penglibatan dunia hiburan memenag mereka berdua ini adalah artis yg cukup popular di negara masing2.

Kita translate lak nama Anuar Zain. huhuhuhuhhu


 Taraaaaa ni dia Eminem rupa nya nama Anuar Zain bila kat sana. Huhu tapi dia org berdua ni juga popular dalam bidang nyanyian.

 

Tapi ni lagi menejutkan apabila kita translate nama artis Ramlah Ram. Apa yg keluar mesti korang tak sangka sngat kan. Tak caya cuba hehehehe..


Ini adalah nama Ramlah Ram apabila di Amerika tu huhuhuh. Memang jauh dan berbeze sgt tak sangka adakah org sana akan tahu bahawa John Cena adalah perempuan kat Malaysia hehehehe... Nasib kak Ramlah tak jadi ahli bina badankan wakakakaka....


Namun semua ini adalah melawak sahaja tak ada niat nak mengenakan artis2 tempatan kita ni. Tapi mcm mana dia org leh translate nama jadi mcm tu tak tahu lah. Apa pun korang cuba nama korang sendiri jadi apa yer hehehehe...

Berita,

Surat Khabar 3D Pertama Malaysia

Jumaat, November 11, 2011 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga kepada pembaca akhbar NST. Hari ni Jumaat bersamaan  15 Zulhijjah 1432H. Merupakan hari bersejarah dalam penerbitan akhbar di negara kita. Mana tidaknya merupakan hari di mana akhbar pertama Malaysia yg menggunakan konsep 3D dalam penerbitannya. Selalu kita tgk wayang 3D dan juga TV 3D tapi kini boleh kita lihat dalam akhbar lak. Amacam ada berani sungguh kagumkan tapi mcm mana dengan spek 3D sapa nak bagi huhuhuhu...


Itu lah juga yg cuba ditampilkan oleh akhbar Berbahasa Inggeris pertama di Malaysia NST atau New Straits Time. Berani mati dan juga mebawa pembaharuan kepada pembaca tempatan. Ini adalah satu elemen yg dilihat dapat memupuk minat rakyat Malaysia membaca, malah lebih dari itu membaca tulisan bahasa Inggeris. Sungguh hebat org kita sekrang ni kan mcm2 nak di cubanya.

Kalau nak tahu dptkan akhbar NST hari ini untuk melihat kepada perubahan dan juga wajah baru kepada akhbar itu. Selain itu juga, akhbar ini bertukar wajah di laman webnya yg menampilkan kelainan dari segi warna dan susun atur perisiaan agar pengguna mudah untuk memahaminya. Diharap dengan perubahan ini dapat sedikit sebanyak akan menjadi kepada pembangkin kemajuan teknologi penerbitan tempatan. Agak kita tidak di takuk lama. Selamat berblog.....


   
Nuffnang,

Nuffnang Blog Awards, Here I Come

Selasa, November 08, 2011 Mahamahu 0 Comments

In front of the Nuff house 

Nuff rush into the house

In front of the PC in the Nuff room 

Continue to open the Nuffnang website

As he traveled throughout the Nuffnang Award website
As he read the note

Continue to rush out of the house
Nuff friends to go to vote is also
Lawak,

Lawak Songsang

Sabtu, November 05, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Mah@mahu. Hari cuti hari nak sambut raya ni mcm2 yg terjadi.. Ada gembira ada kelakar dan ada juga berduka. Tapi hari ni nak tunjuk satu lawak kelakar tapi agak2 mcm bodoh juga lah. Huhuhuhh jng marah pada sapa yg tulis ni. Kalau korang nak tahu baca gambar kat bawah ni..

Entah lah bila manusia dah kebosanan dan juga bila teknologi menjadi-jadi mcm2 leh jadi lawak. Tapi pasti ni bukan kat FB huhuhu jng cari ok tak guna pun.. Nanti Mah@mahu akan post lagi lawak2 antarabangsa yg dia org suka buat. So nak ucap selamat Hari Raya Korban pada semua pembaca blog Mah@mahu.



   
Kerohanian,

Mutiara Kata | Jumaat

Jumaat, November 04, 2011 Mahamahu 0 Comments

Article,

Seksualiti Merdeka 2011 Terlalu Mahu Bebas

Khamis, November 03, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam apa khabar semua kawn2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Hari mendung dan juga hujan renyai-renyai menjadi hari ini sedikit suram untuk sebarang aktiviti. Namun kerja tetap terus dijalankan demi tugas dan tanggungjawab di harap anda begitu juga ok. Semua akhbar hari ini bercerita pasal satu topik yg tgh panas di perkatakan sekarang.

'Seksualiti Merdeka' mesti ramai dah baca dan dah tahu tentang perkara ini. Mah@mahu tak nak sentuh byk pasal perkara ini tapi ini hanya pendapat Mah@mahu di blog ini. Semua manusia ada hak dan kebebasan. Namun hak dan kebebasan manusia ada batas kepada agama dan juga kepercayaan masing2. Bagitu juga lah kepada perkara seksualiti ini. Knp kita nak bebas pada perkara ini sahaja tapi perkara lain tak bebas. Mencuri tak boleh kena tangkap, membunuh org tak boleh kena tangkap. Kata kita nak kebebasan pada semua perkara. 

Tapi hidup kita di dunia terkongkong oleh undang2 negara. Begitu juga lah kepada kebebasan seksual ini kita di ikat oleh undang2 agama kita. Melainkan org yg mengajurkan itu tiada agama atau memang mereka itu juga dari golongan homoseksual. Itu memang tak leh nak kata apalah kan cuma kena tunggu mati jer lah. Jng tegak perkara yg tidak masuk akal. Bukan kerana kita ni negara bebas beragama boleh bebas untuk membuat semua perkara yg di luar batasan agama masing2.

Ada otak guna otak cara org yg waras bukan guna nafsu untuk mencari kewarasan. Harap faham dan jelas moga2 negara kita terus aman dan tidak dilanda perkara musibah seperti yg dilanda negara2 lain. Kerana keamanan kita adalah pegangan kita kepada kepercayaan agama kita dan juga kemurkaanNya adalah kerana kekufuran serta kewarasan nafsu menguasai jiwa. Selamat berblog.....