Austarlia Beef,

Resipi Mee Goreng Cili Padi Bersama Aussie Beef Lagi Halal Dan Lazat

8:00 PG Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari ni rasa macam nak upload satu lagi resipi masakan yang Maha belajar di dalam sosial media. Adalah sikit-sikit buat pembaharuan tak adalah tiru sebiji-sebijik. Sebab kali ini Maha menggunakan bahan utama yang sangat penting adalah Australian Beef atau lebih dikenali True Aussie Beef. Ia adalah daging yang disahkan Halal daripada Jakim untuk dieksport bukan sahaja Malaysia malah lebih daripada 100 buah negara seluruh dunia. Nak tahu lanjut pasal daging Australia ini boleh ke blog Maha yang menceritakan detail pasal Aussie Beef & Lamb ini ok. 



Resipi ini sangat mudah dan boleh masak bila-bila masa sahaja korang nak buat makan untuk sarapan pagi ker atau juga nak makan petang siang mahupun malam. Resipi kali ini Maha berikan nama Mee Goreng Cili Padi bersama Aussie Beef. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi kali ini. 

Bahan A:
1) 500gram Aussie Beef
2) 25gram Kikkoman Sauce Manis
3) 2 sudu Tepung Jagung
4) 1 sudu Minyak Zaitun
5) Sedikit Garam dan Gula Perang

Bahan B :
1) Mee Kering 
2) 50gram butter/minyak masak
3) 3 biji Bawang Merah
4) 5 ulas Bawang Putih
5) 6 biji cili Padi
6) 2 sudu Cili Kering Kisar
7) 1 batang Sayur Sawi
8) Sedikit Garam dan Gula
9) Daun Parsley untuk hiasan

Cara-cara memasak:
1) Potong Aussie Beef nipis-nipis dan masukkan semua bahan A dan gaul sekata.
2) Perap daging selama 30 ke 40 minit.
3) Sementara tu rebus mee kering sehingga lembut dan toskan airnya.
4) Setelah perap daging selesai boleh goreng dengan sedikit minyak selama 10minit sahaja.
5) Angkat daging dan masukkan pula sedikit lagi minyak masak untuk menumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
6) Lepas tu masukkan cili padi yang dikisar kasar dan cili kering kisar.
7) Gaul dan masak sehingga cili sedikit masak dengan api perlahan.
8) Masukkan sedikit garam dan perasa gaul sekata.
9) Kemudian masukkan mee dan juga sayur gaul sekata.
10) Last sekali masuk daging goreng tadi dalam mee dan gaul.
11) Hias dengan daun Parsley siap untul dihidang.

Kalau kurang faham dan tak tahu detail cara yang Maha terangkan ini boleh korang tonton video yang disediakan ini mudah sahaja.


Macam mana korang dah nak rasa mencuba resipi ini. Mungkin boleh gantikan dengan daging kambing pada yang suka. Tapi pastikan ia adalah daging Aussie Beef & Lamb ok. Baru lah sedap dan rasa kelazatan terserlah tiberrrr. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selara ok.

#TrueAussieMY #PremiumMeat #TrueAussieBeef #TrueAussieLamb 









3 ulasan: