Hari Kopi Antarabangsa,

Tiga Rasa Nescafe Terbaharu Untuk Masa Terhad Sempena Dengan Bulan Kopi Antarabangsa

8:00 PG Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah sekarang ni banyak ekonomi dah mula boleh beroperasi dan banyak kedai serbanika dan kedai runcit serta kedai makan dah mula boleh beroperasi sehingga pukul 12.00 tengah malam. Jadi makin lama lah orang mula melepak kat luar. Kalau nak lepak makan atau layan kopi kat kedai tu tetap jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan pastikan anda lengkap vaksinasi. 



Sebut pasal kopi siapa sini peminat kopi. Kali ini jenama Nescafe telah mengeluarkan lagi produk terbaharu mereka dengan tiga rasa edisi lokal. Menerapkan rasa nikmat pencuci mulut kegemaran tempatan dalam minuman kopi mereka. Wahhh Maha pun baru tahu yang dah ada sekarang tiga rasa Necafe baharu iaitu NESCAFÉ® Gula Melaka yang boleh didapati di 7-Eleven, NESCAFÉ® Sirap Bandung ada jual di Stesen Petronas, dan juga NESCAFÉ® Pandan di Stesen Shell.





Ramai teruja nak tahu macam mana rasanya Nescafe edisi lokal dengan rasa pencuci mulut tempatan ini boleh dapatkan untuk masa terhad sahaja. Bila minum Nescafe baharu ni perkena pula dengan kuih muih tempatan yang lazat perhhhh terangkat dan nikmat tidak terkata. Maha dah cuba dan ketiga-tiga perisa ini memang kena dengan tekak orang Malaysia dan boleh go lah senang kata. 




Semua ini dibuat sempena dengan nak memeriahkan lagi Bulan Kopi Antarabangsa yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun. Nak merancakkan lagi sambukan dan kemeriahan bulan kopi antarabangsa ini Nescafe telah melancarkan “Peraduan NESCAFÉ® – Vibe Kopi” melalui aplikasi WhatsApp. Sebanyak 324 buah hadiah bernilai hampir RM290,000.00 sedia untuk dimenangi melalui peraduan hebat ini, termasuklah 18 buah motosikal Honda Vario 150 Repsol! Peraduan ini telah berlangsung dari 6 September hingga 7 November 2021.



Macam mana nak sertai peraduan ini. Mudah sahaja dengan ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyertai:

Langkah 1 : Beli mana-mana produk NESCAFÉ® Tin/Botol/Cawan dengan nilai terkumpul sebanyak RM6 dalam satu resit asal dari mana-mana peruncit terlibat (di kedai atau dalam talian). 

Langkah 2 : Tuliskan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di muka depan resit dan hantarkan gambar resit yang JELAS memaparkan jumlah amaun resit tersebut ke talian WhatsApp penganjur: 018-388 0070. Kesemua penyertaan hanya akan diterima melalui WhatsApp sahaja.

Banyak hadiah menarik menanti korang untuk dimenangi seperti : 

Hadiah Utama x 18 buah 
Motosikal HONDA Vario 150 Repsol (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Pertama x 18 buah 
Konsol PS 5 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Kedua x 18 buah
Komputer riba Dell Inspiron 15 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Saguhati x 270
RM 50 kredit e-dompet Touch ‘n GO (30 pemenang mingguan x 9 minggu)

Korang yang membuat pembelian produk Nescafe dari 7-ELEVEN dan LOTUS juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tambahan yang terdiri daripada Kerusi Gaming TT-Racing dan konsol Nintendo Switch. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat ini dan hantarkan penyertaan anda sebelum peraduan berakhir pada 7 November 2021. 




Wow memang betullah bulan kopi antarabangsa ni sangat meriah dengan hadiah dan juga minuman hebat daripada Nescafe. Maha pun peminat Nescafe jadi memang setiap hari boleh beli lah mana-mana perisa untuk layak sertai peraduan ini. Kalau korang dapat beli cuba perisa yang terbaharu tu lagi cantik. Nanti korang tinggalkan komen kat sini apa pendapat korang tentang rasa Nescafe yang terbaharu itu ok. Bagi Maha memang suka rasanya mungkin korang macam mana. Selamat mencuba semua...







15 ulasan:

  1. mcm2 flavor & mcm2 warna ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss nescafe selalu buat edisi khaa ni masa terhad hehehe

      Padam
  2. flavor tu macam pelik tapi teringin nak rasa, camne agaknya rasa bandung dan pandan tu ya, berbaloi beli ni boleh join contest, hadiah pun lumayan kan

    BalasPadam
  3. Yayyyy sis peminat Nescafe. Minum selalu 2 awan setiap hari. Hahaha...Nescafe panas la. Sis baru ni rasa Nescafe Gula Melaka. Ada rasa Cendol la pulak. Sedap juga!

    BalasPadam
  4. Perghhh... Macam-macam rasa baru! Macam sedap je Gula melaka dan pandan tu.
    Kak Nina memang penggemar tegar nescafe. Nanti nak cari dan join contest!

    BalasPadam
  5. aku dah try yg gula Melaka.. okla.. tapi beli hr tu sbb nak join contest hahah

    BalasPadam
  6. Wow! Tak pernah rasa lagi ni. Ok nanti nak suruh suami beli tiga-tiga rasa ni. Nak rasa juga bila digabungkan dengan kopi.

    BalasPadam
  7. Sis dah cuba yang Gula Melaka tu Maha, adoii tak boleh masuk dek tekakk arr.. tak tau rasa apa dah hahahaha.. nanti try lelain tu plak.. sebab ori kaw gakkkk

    BalasPadam
  8. Tak pernah rasa lagi 3 ni menarik betul flavor dia tu. Pelik ke tak ek? Tapi kalau beli leh join contest hadiah pon best tu.

    BalasPadam
  9. Pergh kene try la ni, nak tau juga apa rasa air ni. Menarik sungguh ye. Sekarang semua orang dah kreatif. Ada peraduan, hadiah pun best

    BalasPadam
  10. Nestlé Nescafe ni memang sedap. Akak suka yang biasa mereka jual tu. Belom cuba yang baru ni. Nanti nak try dan join contest juga. Hehehe.

    BalasPadam
  11. Menariknya Nescafe terbaru ni.. so the local taste gitchew,, tak sabar la nak g cuba try test (Y).. hadiah pun cukup menarik ye.. wajib kena join ni.. nampak PS5 disitu :P

    BalasPadam
  12. Tak ajak I minum pun? Eh. I nak join contest la, mana tau ada rezki kan. Doakan menang please

    BalasPadam
  13. Uniknya flavor dia. Tapi memang melambangkan Malaysia la. Nak try yang gula melaka tu la. Sambil2 tu boleh join contest, Hadiah dia pun boleh tahan menarik jugak.

    BalasPadam
  14. Best kan! I like their latest local edition and have tried of them, my pick is the ros bandung.

    BalasPadam