Ciera,

Beli Ciera Produk Label Sijil Hijau Dan Sertai Peraduan Detik Indah Bersama Ciera Dan Giant

Isnin, Ogos 30, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua kepada pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dirindui dan dikasihi sekalian. Semenjak duduk rumah ni kerana PKP Maha dah mula rajin kemas rumah dan juga jaga kebersihan rumah. Bagi menjaga kebersihan sekeliling rumah tak kiralah perabot ker, sofa ker, dapur masak ker, atau juga penjagaan kebersihan tangan pun Maha ambil berat. Sekarang banyak produk yang menggunakan banyak bahan kimia bahaya. Jadi Maha telah beralih kepada produk yang selamat, semulajadi dan organik iaitu Ciera



Mungkin korang jarang dengar jenama Ciera ini kerana ia adalah produk jenama tempatan yang menggunakan bahan aktif semulajadi berasaskan tumbuhan yang unik untuk membersih, membasmi kuman dan mengharum walaupun dengan kepekatan yang rendah. Teknologi Ciera ini mengekstrak tumbuhan unik seperti Aloe Vera dan Teh Hijau sebagai bahan aktif bagi menggantikan bahan kimia berbahaya.



Produk ini juga selamat kepada pengguna dan alam sekitar kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS, SLES and Phthalates. Produk Ciera juga mudah terbiodegradasi dan tidak kekal di alam sekitar. Ia juga terbukti membunuh 99.9% seperti Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Candida albicans-Yeast, Aspergillus niger-mould dan Pseudomonas aeruginosa termasuk kuman-kuman kebal antibiotik (MRSA & VISA).



Wow dengar pun dah meyakinkan jadi sebab itu sekarang ini Maha dah beralih kepada produk ini. Ia juga mempunyai sijil Halal (JAKIM), SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia) di bawah kilang Good Manufacturing Practice (GMP). Tak silap Maha jenama ini ada banyak keluaran produk untuk kegunaan seluruh rumah seperti Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant, Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant Spray, Ciera Eco-Friendly Hand Wash, Ciera Eco-Friendly Junior Natural Hand Sanitizer dan banyak lagi.



Setakat ini cuma empat jenis ni sahaja yang Maha guna untuk kerja-kerja membersikan rumah dan juga menjaga keselamatan diri daripada pelbagai penyakit yang tidak diketaui diluar sana. Produk mereka ni Maha suka sebab ia juga mudah digunakan dan juga bau yang wangi menyenangkan bila kerja mencuci ini. Banyak tempat Maha guna seperti nak sembur pada sofa yang tak boleh basuh dan kita selalu duduk. Kemudian pada dapur memasak sebab banyak minyak dan ia membersihkan. Juga mencuci tangan selepas keluar yer lah sekarangkan banyak kes Covid-19 ni siap ada varian baru yang lagi power. Dengan ada produk macam ni rajinlah Maha cuci tangan selain guna hand sanitizer. 



Produk Ciera ni boleh dapat kat pasaraya besar seperti Giant dan banyak lagi dah mula masuk pasaran Malaysia. Sempena dengan bulan kemerdekaan sekarang ini Ciera dengan kerjasama Pasaraya Besar Giant menganjurkan "Peraduan Detik Indah Bersama Ciera Dan Giant". Ia adalah cabutan bertuah yamg telah berlangsung bermula 25 Ogos sehingga 25 September 2021. Korang boleh menang hadiah-hadiah menarik seperti:



Hadiah Utama : Proscenic T21 Smart Air Fryer (2 unit)
Hadiah Kedua : Proscenic P8 Plus Handheld Cordless Vacuum (2 unit)
Hadiah Ketiga : Portable Nano Atomizer (2 unit)
Hadiah Saguhati : Produk Ciera bernila  RM50 

Mudah saja kalau korang nak sertai peraduan ini, korang hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
 
Langkah 1: Beli
Hanya beli produk Ciera di Giant bernilai minimum RM30 dalam satu resit dan kongsikan Gambar anda bersama produk Ciera beserta slogan menarik minimum 50 patah perkataan.

Langkah 2: Whatsapp
a) Hantarkan ke Whatsapp berserta gambar resit sebagai bukti pembelian ke nombor 601128002932
b) FOLLOW Facebook & Instagram: @ciera.my & screenshot bukti

Langkah 3: Cabutan Bertuah
Pemenang bertuah akan diumumkan SETIAP DUA MINGGU pada hari Jumaat (25 Ogos dan 25 September 2021) di FB: ciera.my



Jadi tunggu apa lagi alang-alang nak cari pembersih rumah tu beli sahaja jenama Ciera kat Pasaraya Giant dan korang layak nak sertai peraduan ini. Untung-untung boleh dapat hadiah istimewa siapa tahu rezeki korangkan. Maha pun beli hari tu hantar juga penyertaan. Sekarang ni hari cuti mesti cuci rumah untuk jaga kebersihan dan terhidar dengan penyakit yang kita tidak nampak. Moga ia memberi sikit maklumat kepada korang semua ok. Selamat mencuba.









0 Pandangan: