Ayam Goreng Marrybrown,

1 Ogos Hari Nasi Lemak MB Beli Satu Percuma Satu

Jumaat, Julai 30, 2021 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tuptup dah nak habis bulan Julai dan kita pun dah sampai setengah tahun untuk 2021 ni kejap sahaja masa berlalu. Maha sendiri yang kerja dari rumah pun begitu cepat sangat masa berlalu dah nak masuk bulan Ogos dah. Apa yang korang nanti-nanti kan pada bulan Ogos ni masih ingat lagi tak. 



Marrybrown, sebagai rantaian makanan segera Halal di rumah yang pertama, tahun ini telah memasuki tahun kedua mengadakan 'Hari Nasi Lemak MB'. Kalau korang ingat lagi tahun lepas 1 Ogos adalah hari tersebut. Kalau siapa yang pernah dapat masa tu mesti masih ingat lagikan. Tahun ni pun tidak lupa juga, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi nak sampai tarikh tersebut. Kali ini promo lebih hebat kalau beli satu Nasi Lemak MB korang akan dapat satu lagi Nasi Lemak MB secara percuma. WOW!!!.




Cuma kali ini caranya korang kena beli baucer 'Beli 1 Percuma 1 Nasi Lemak MB' melalui aplikasi Shopee pada tanggal 1 Ogos 2021. Lepas tu baucer yang dibeli boleh ditebus di kedai Marrybrown yang mengambil bahagian bermula dari 2 - 31 Ogos sahaja. Tahun ini Marrybrown menyediakan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB untuk rakyat Malaysia. Jadi korang boleh beli baucer Nasi Lemak MB ni pada masa dan link yang Maha kongsi kat bawah ni :-

Tarikh: Ahad, 1 Ogos 2021

Masa: Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya

Platform: Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit sahaja)

Maha tahu rama suka makanan ikonik Malaysia iaitu Nasi Lemak. Sebab Maha sendiri pun suka makan Nasi Lemak pagi atau juga malam. Tambahan pula Nasi Lemak MB ni sangat penuh dengan rasa santan dan haruman daun pandan yang cukup. Juga ada Marrybrown autentik sambal yang rasa pedas manis, kacang goreng, ikan bilis dan juga timun yang segar. Serta juga ada Papadom dan juga ada Ayam Goreng Marrybrown dalamnya. Harga untuk satu set Nasi Lemak MB dari RM9.50 sahaja tau. Sangat berbaloi lah kalau beli puas makan korang kena cepat kerana promosi ni selagi stock masih ada.




Hari Nasi Lemak MB meraikan warisan dan perjalanan Marrybrown dalam melayani rakyat Malaysia sejak 40 tahun lalu. Jadi siapa tak kenal Marrybrown kan. Promosi yang mereka tawarkan cepat-cepat grab sebab sangat berbloi. Kalau korang nak tahu lebih pantas sebarang info dan promosi lain Marrybrown boleh lah layari laman sosial media mereka ok. Selamat menjamu selera semua.

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV










6 ulasan:

  1. 24 tahun yang dulu kalau nak balik ke kampus USM nak pi PUDU, akan lepak makan nasi lemak MB dekat area situ . fuh nostalgia nasi lemak dia nih ..

    BalasPadam
  2. Hari tu pergi MB nak.menghabiskan e-belia. Beli nasi lemak MB ni. Sambal dia sedap kot. Dan nasi dia pun sedap. Semestinya ada papadom

    BalasPadam
  3. Ok. 1 Ogos kita nak gak! Boleh tak MM hantar kat kita satu? Boleh kita makan sama2 gitew

    BalasPadam
  4. Wah best lah! baru jer tau 1st august is nasi lemak day, i also like MB nasi lemak.

    BalasPadam
  5. Waduh nak jugalah, rugi tak beli nii... beli satu free satu, sapa nak bagi kannnn... masih ada kan?...

    BalasPadam
  6. yeay nasib sempat beli aritu! dah rasa nasi lemak MB memang sedap! promosi ni pula memang berbaloi! rugi kalau terlepas haahaaa

    BalasPadam