Aik Cheong,

IT’S SIXPACK Terbaharu Daripada Aik Cheong Coffee Untuk Sekeluarga

8:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih ingat lagi tak Maha pernah cerita dulu tentang jenama kopi Malaysia terkemuka iaitu Aik Cheong Coffee. Kalau masih ingat bagus siapa kurang pasti mari Maha imbas kembali sedikit latar belakang kopi yang telah lebih 65 tahun berada dipasaran negara Asia Tenggara ini. Syarikat kopi ini telah ditubuhkan sejak tahun 1955 yang diwarisi dari turun temurun mengekalkan resipi penghasilan kopi terbaik untuk dihidangkan kepada pecinta kopi.



Walaupun Maha ni bukanlah merupakan pecinta kopi tegar seperti mana orang lain tapi kalau sekali sekala perkena kopi keluaran Aik Cheong Coffee ini membuatkan rasa tenang dan juga bagaikan berada di ladang kopi. Bagi mengikut perkembangan dan juga citarasa pecinta kopi yang makin moden dan juga pelbagai sekarang ini Aik Cheong Coffee juga telah memvariasikan produk mereka sejak dari tahun 2019. Ini dengan memperkenalkan produk seperti Teh Tarik, Chocolate, Granola dan macam-macam lagi.



Semua produk keluaran mereka telah diiktiraf Halal oleh JAKIM dan juga mendapat GMP dan HACCP. Kalau nak tahu boleh cari kat Google apa itu ok. Jom mari Maha tunjukkan antara produk yang terkini telah dikeluarkan oleh Aik Cheong Coffee untuk memikat kepelbagaian citarasa warga Malaysia dan juga Asia Tenggara.

IT’S Dalam Cawan Tahan Panas


Ini ramai yang dah tahu kot konsep minuman segera yang senang dibawa kemana-mana sahaja dalam bentuk ‘Hot Cup’. Ini juga tujuannya adalah untuk mereka yang sibuk dengan gaya kerja yang tiada masa untuk nikmati minuman sihat waktu pagi atau minum petang. Sambil jalan atau juga menunggu masa boleh nikmati minuman kopi dalam cawan ini. IT’S Cup ini bagi Maha satu inovasi bagus dan memudahkan orang ramai untuk nikmati kopi dalam cawan di mana-mana.



IT’S Cup ini ada banyak pilihan variasi bukan sahaja kopi seperti Long Black Extra Short, Flat White Extra Shot, Cappuccino Choco Topping dan Macha Latte Nata De Coco. Ada juga pilihan lain buat mereka yang suka coklat seperti Chocolate Marshmallow dan juga pecinta teh iaitu Teh Tarik Gula Melaka. Ia juga dibezakan dengan warna bagi memudahkan untuk kita ingat dan juga dalamnya ada bahan untuk bancuh mengikut nombor panduan yang disertakan. 



Konsep cawan ini juga meberi kebebasan kepada pengguna untuk mengurangkan manis atau juga mengikut citarasa lidah masing-masing. Juga saiz cawan ini lebih besar kalau nak minum untuk sarapan pagi sebelum mula kerja sangat bagus dah cukup satu cawan memberi kekenyangan. Antara semua tu Maha paling suka adalah yang Chocolate bersama Marshmallow memang kena dengan selera Maha lah. Korang pulak nak pilih yang mana.

IT’S Granola Makanan Kesihatan Dalam Cup


Ini juga satu lagi produk yang dikenalkan oleh Aik Cheong kepada pegemar makanan sihat yang mudah dinikmati. Ia mengetengahkan slogan “Your oat to try” untuk produk makanan kesihatan yang mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti 'Oatmeal, Chia Seeds, Coconut Sugar dan Canola Oil'. IT’S Granola mempunyai dua citarasa yang berbeza iaitu campuran berries serta campuran buah-buahan dan kekacang dalam cawan yang akan memudahkan para pelanggan untuk bawa dan menikmati pada bila-bila dan dimana-mana sahaja.




Kalau mereka yang tengah mengamalkan diet dan juga dalam proses untuk menjaga badan dalam musim PKP ni memang ini sangat sesuai. Mudah juga nak sediakan hanya tuang dalam cawan yang disediakan tak kisahlah nak letak air panas atau juga susu segar atau juga yogurt sangat sesuai. Bawa kemana-mana sahaja pun boleh tiada masalah. Kalau tak sempat nak makan malam atau tengahari ambil IT’S Granola ini pun dah cukup.



Sebab apa produk Granola ini adalah makanan sihat kerana Tinggi dengan Serat, Banyak Sumber Protein serta menggunakan bahan-bahan yang asli sahaja di dalamnya. Paling penting ia TANPA Perisa buatan dan TIADA gula tambahan. Jadi kalau ambil setiap hari pun cukup bagus ini. Maha suka sebab dapat rasa buah-buahan dalamnya memang kegemaran jugalah.

IT’S SIXPACK Untuk Kotak Sekeluarga


Ini adalah yang terbaharu dalam variasi produk IT’S dari Aik Cheong yang digarap dalam konsep “Family-Styled Boxed”. Ia dipanggil IT’S SIXPACK bukan kerana kotak tu ada ketul-ketul tau tapi kerana dalam kotak yang disediakan ini sesuai untuk dinikmati enam orang dalam satu keluarga. Sebab apa Maha cakap macam tu kerana dalamnya ada enam pek semuanya lengkap tunggu untuk bancuh sahaja. 



Setakat ini mereka memperkenalkan empat perisa iaitu:
i) IT’S SIXPACK Teh Tarik dengan Gula Melaka
ii) IT’S SIXPACK Chocolate dengan Marshmallow
iii) IT’S SIXPACK Cappuccino dengan Choco Toppings
iv) IT’S SIXPACK White Coffee dengan Salted Gula Melaka

IT’S SIXPACK Teh Tarik Gula Melaka


Ini adalah Teh Tarik paling Maha suka sekali kerana apa ia menggunakan kemanisan daripada Gula Melaka. Lepas itu pula ada tambahan lain yang membuatkan Teh Tarik ini lebih istimewa iaitu dimasukkan pula dengan Nata Decoco dalamnya. Baru tu bila minum Teh Tarik dengan kemanisan semulajadi Gula Melaka dan dapat juga rasa ketulan Nata Decoco. Korang boleh bancuh Teh Tarik ini dalam air panas atau juga dinikmati sejuk dengan meletakkan ais batu lepas dibancuh.



Tengok bila bancuh dalam cawan ia ada buih-buih lembut dipermukaan seperti mana teh susu telah ditarik dikedai mamak. Seperti mana Maha ceritakan tadi di dalam kotak ini ada enam bungkus untuk dinikmati dalam keluarga yang ramai. Bancuh seorang satu cawan dan minum bersama keluarga itu konsep IT’S SIXPACK ini. 




Cara nak bancuh mudah sangat ada hanya perlu air panas dan juga ikut nombor yang disediakan pada setiap pek. Lepas tu terus boleh minum waktu pagi ker atau petang layan sangat. Kotak pun menarik tau kalau korang nak kasi hadiah kepada kawan-kawan yang suka minum the bagus juga ini hurmmm.

IT’S SIXPACK Chocolate Marshmallow


Ini adalah minuman paling Maha gemar sekali dalam variasi IT’S ini. Rasa coklat sangat pekat dan juga daripada bahan coklat berkualiti ini. Tak ada rasa kelat atau pahit. Tambah kalau mereka yang tengah stress dengan kerja kat rumah serta nak layan karenah anak-anak lagi boleh minuk coklat ini kerana coklat dapat memberi ketenangan.





IT’S SIXPACK Chocolate Marshmallow ini dalam kotak warna pink yang nampak style. Dalam tu juga ada enam pak untuk semua bahan iaitu bahan utama coklat, ada marshmallow dan juga brown sugar. Korang bancuh sama juga dengan air panas atau nak nikmati coklat sejuk boleh masukkan ais batu kemudian. Maha suka dalam dua-dua situasi panas untuk minum pagi kalau petang minum yang sejuk wow.

IT’S SIXPACK Cappuccino Choco Toppings


Pecinta kopi Cappuccino boleh lah cuba yang ini. Juga dalam kotak dengan enam bungkus dalamnya sangat sesuai dinikmati bersama keluarga atau yang duduk bujang macam Maha boleh bancuh untuk kawan-kawan baru eratkan silatulrahim. Yer lah masa PKP ni duduk rumah semua mengadap muka masing-masing jer jadi sekali-sekali bancuh kopi untuk kawan-kawan mesti mereka suka kan.





Dalam kotak tu ada enam seperti yang lain juga ia disertakan nombor untuk memudahkan arahan yang mana perlu masukkan dahulu. Nak masuk banyak boleh atau separuh pun boleh ikut pada selera masing-masing. Dalam korang tu ada enam pek Cappuccino Premix, enam pek Choco Topping dan ada dua belas pek Brown Sugar pada yang nak lebih gula atau kurang terpulang pada selera masing-masing.

IT’S SIXPACK White Coffee Salted Gula Melaka


White Coffee ini sangat istimewa dimana ia telah dicampur dengan Salted Gula Melaka bagi memberi rasa yang berbeza dan memperkayakan Gula Melaka. Tambahan pula, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana index glycemic yang rendah serta kaya dalam vitamin dan mineral. Ini membuatkan lagi rasa yang lain daripada kopi putih ditempat lain sebab tu korang pecinta kopi wajib cuba ini.





Ini juga dalam kotak tu ada enam pek untuk dihidangan enam cawan pada satu harga sahaja. Pek pun sangat cantik dan kemas. Ini kerana Aik Cheong memberi jaminan terhadap kualiti pembungkusan dan kenikmatan kopi untuk para pelanggan. Juga boleh dinikmati dalam keadaan panas atau juga sejuk dengan ais batu. Ohh lupa dalam semua kotak IT’S SIXPACK ini juga disediakan stick untuk membancuh setiap minuman cuma cawan dalam gambar tu tak adalah ok.

Di Mana Nak Dapatkan Produk Aik Cheong Coffee


Maha selalu dapatkan secara dalam talian sahaja kerana sekarang ni musim PKP nak keluarkan pun dalam radius 10KM jadi tak banyak tempat boleh pergi. Jadi korang juga boleh dapatkan di dalam Shopee atau juga Lazada. Kat situ cari sahaja Aik Cheong Coffee Store nanti akan keluar semua list produk yang Maha ceritakan ini juga ada banyak lagi produk lain.


Tapi bagi yang rajin nak berbaris dan juga tunggu lama masuk supermarket ada juga jual seperti kat Aeon Big, Giant dan Mydin. Maha ada perasan sesetengah produk seperti IT'S ada jual kat kedai sebaneka macam myNews dan juga 7-Eleven. Jadi senang nak dapatkan juga kat sana produk Aik Cheong Coffee ni. Nak info lanjut tentang produk dan juga produk lain boleh pergi ker laman sosial mereka yang Maha senaraikan kat bawah ni ok. Selamat mencuba semua dan selamat menikmati minuman enak ini.


Platform sosial media Aik Cheong Coffee

Platform social media Produk IT’S
IT's more than just Facebook: https://www.facebook.com/itsbyacc 
IT's more than just IG: https://www.instagram.com/its_by_acc

Beli di sini :


#aikcheongcoffee #BeYourSelfAlways #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve #Hoot9eeeee #InilahMasanya #VITAMEDIA #ASKPERT









14 ulasan:

  1. Fuh banyaknya pilihan produk Aik Cheong ni. Dari coffee sampai ke granola semua dia ada. nak try lah juga nanti.

    BalasPadam
  2. White coffee gula melaka? oh my oh my sounds sedap ya amat tu! Teringinnyaaa

    BalasPadam
  3. Curlass ko macam kat ladang kopi Brazil kah? Lawa ye bekas dia kalau buat gift pax. Ingatkan 6 pack badan ke apa tadi. Kopi depa mmg sedap. Sis pun ada stok ni kat rumah.

    BalasPadam
  4. packaging cantik yakmat, berkenan sangat. belum pernah try lagi kena try ni

    BalasPadam
  5. Huyooo banyak betul. Six Pack ingatkan jadi sasa perut tu. Rupanya pilihan kopi yang pelbagai. Nanti Ruby nak beli lah kat Shopee. Tq share!

    BalasPadam
  6. wahhh... bestnya Maha ada semua jenis. kite selalu beli kat myNEWS yang Chocolate dengan Teh Tarik tu. Sedap kan. Next time nak try la yang lain-lain.

    BalasPadam
  7. Syoknya ada semua jenis perisa... Kalau kita sampai xtau nk minum yg mana.. Ramai kata sedap aik cheong coffee...

    BalasPadam
  8. Rawlins memang suka gila - especially marshmallow dan salted gula melaka. Bungkusan dia memang sangat praktikal

    BalasPadam
  9. Ok ok nak beli.. nasib baik di Petron berdekatan ni ada jual okay.. so bolehlah beli.. geram plak nengok.. kalau jiran, aku dah minta semua tu hahahaha

    BalasPadam
  10. Warghhh .. semua nampak menarik . Nak gak try teh tarik gula melaka tu ha. Nampak soddapp !! Satgi kita beli online ja . Risau gak kot keluar kang cari takde stok atau lom sampai. Tak ke haru . Online ni confirm terus sampai depan rumah kan . Granola pun menarik jiwa ai nak try .. hehehe

    BalasPadam
  11. iena suka coffee hehe suma ni iena da cuba..memang best ada familly pack macam ni.Puas hati dapat minum banyak siket hehe..iena suka yg chocolate marshamalow dengan teh tarik gula melaka tu :D

    BalasPadam
  12. Wahhh, best la packaging terbaru Aik Cheong ni..semua flavor tue kegemaran saya bah...

    BalasPadam
  13. Semua lengkap, air ada granola ada, snack sihat.. Senang.. Bagus brand ni keluarkan macam2. Nad nak try coklat marshmallow tu.. Nampak sedap tu

    BalasPadam